Thursday, January 19, 2012

Surat untuk Aiyu

Kepada: Aiyu

Daripada: Arissa

DSC03810-eDSC03811-e

Memandangkan Cik Aiyu telah menukar setting camera ku dari 4:3 12M kepada 4:3 VGA, maka sah sah le korang takleh baca luahan hati Arissa pada kami sekeluarga.

Dengan rajin nye, iolls salin balik apa yang Arissa tulis, sebijik bijon ikut ejaan yang tertera di surat itu….



Assalamualaikum Ateh, Aiyu, Uncle Colby.

Ateh sihat ke? Kalau sihat baguslah. Kaklong rindu ateh. Disana ada salji kan. salji pun dah turun. Cik Aiyu pulak disana tak buat masaalahkan ateh. Ateh tahun 2012 Harijadi Aiyu ateh buatlah kat sini sebab 2011 birthday aiyu sambut dekat USA tahun 2012 sini pula bergilir-gilirlah. kitorang tak pernah sambut Harijadi Aiyu di Malaysia ni. kaklong kalau Elmo ada mesti kaklong teringat Aiyu. kalau kaklong pakai baju Ateh kaklong teringat Ateh. kalau kaklong tengok bahasa Ingeris dan cakap bahasa Ingeris kaklong teringat Uncle Colby. Aiyu pun bila datang sini mesti tak ingat dah dayang-dayangnya di sini iaitu kami bertiga. Aiyu akan mendapat pengalaman menaiki kapal terbang. Ateh kaklong cemburu lah dengan rumah Ateh ada jalan rasiya untuk letak baju bila kat luar ada bakul baju yang kotor. Aiyu kecil-kecil lagi ada bilik dia dalam Maikorner berjudul Finally. cantiklah bilik Cik Aiyu. Cik Aiyu dan Cik Dalilyia sebelah mama dua-dua orang comel saya pernah nampak di dunia ini. Ateh balik sini cepat nye. kalau boleh waktu harijadi kaklong & Abg Danial. I’m sorry hilangkan benda yang Haritu Ateh punya untuk buka bank. I LOVE U ATEH, AIYU And UNCLE COLBY.”



Hehehe.. comel sungguh kan.. Come to think of it, rasa rindu pulak nak dapat surat camni. Zaman skang, semua pakat e-mail aje. Tu pun kira nasib baik, kalau tak takat kat Twitter, BBM, Facebook, WhatsApp aje lah. Tu belum lagi bila orang wish Happy Birthday “HB”. Waddehel, kot ye pun… taip la panjang sket tak? Aku kekadang naik pening nak interpret apa orang tulis, hehehe…

Anyway, terima kasih Arissa. Nanti Ateh suruh Aiyu balas ok. Tapi confirm awak tak boleh baca, pasal nanti Aiyu pakai conteng saje, hehehe…

17 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

alololo cutenya bahasa. walaupun byk kesalahan tatabahasa, tp tetap nnmpak jujur. hmm dia igt US dgn Malaysia sebelah² gamaknya. siap nk gegilir balik for celebrate bday. hahahaha

*hatitersentuh*

farah said... BALAS

Awww macam sedih pulak baca surat Arissa. Memang betul2 dia rindu korang ni Nurul esp cik Aiyu la kan. Hopefully birthday cik Aiyu nanti tercapai la impian Arissa nak cik Aiyu sambut di Mesia. Hehe. Mana la tau kan (^_^)

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

alaa sedihnya. cik aiyu faham ker bhs melayu. nanti kena ajar la :)

potpetmama said... BALAS

huda; so sweetlah kata2 anak sedara u..how she appreciate u..jarang ada anak2 skrg yg so concern camtu

sha said... BALAS

aaa sgt comel hokey! i'm soo rindu ngan surat2 comel gini time kecik2 dulu. huhu

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

ALOOOOO..suweeet sangat arissa ni tau... gaya dia tulis tu memang dia rindukan sangat family uolss kat sana nun...especially cik aiyu...owhhh tacing sungguh.

jie said... BALAS

alamak huda, cik aiyuu sudah overshadow u la ;) surat pun dah dialamatkan pada cik aiyu. ayooyoyoy mommy dah tak glamour nampaknya ;) haha just joking. smile huda ;). so pelagi sila la pulang ke tanah air, dah ada yang rindu tu ;)

Niza said... BALAS

cutenye surat... kita pn dah lama x dpt surat2 ni melainkan surat2 kategori bil2/utang tuh.. hihi... terharu baca letter dr arissa ni, dia dh windu sgt tu kat cik aiyu satu famely... kena blk msia la nti bebila senang

lyza said... BALAS

rasiya..aye jenuh pk..rupanya rahsia..:P bahasa jiwa bangsa.. berkecamuk rupanya jiwa anak aye.. tatabahasa, ayat tunggang langgang..hahaha...

aye pun penin ngn tulisan shotcut nie.. peti ais = pt es , aku = aq hohoho..penin nk paham...

**mamanya pun baru tau isi surat nie.. ;) **

Shahrizat said... BALAS

alaa saya pulak yang over emo sampai bergenang airmata baca surat yang inisen ni. comellll.

Anonymous said... BALAS

Alahai sedih aku baca surat arissa :( tapi cute!

sabira said... BALAS

Cute letter from ur niece kak..if aiyu can understand the words,confirm dia angkut beg balik Malaysia..heheheh..mcm nak tulis kat cik aiyu surat la.."dear blondie, i really adore ur hair colour" hehe..serius hair colour dia lawa kak..takyah susah2 pegi saloon colour rambut..btw wanna share some info Hard Rock Cafe already open in UNESCO city (Malacca).nnt balik Malaysia, kalau ada masa datang dropby melaka yer kak :)

Anonymous said... BALAS

so touching surat awek dr mesia tuleh..meh la aiyu...balik mesia..wat beday party..ditaja oleh papa colby..leh kak mary makang kek elmo 3D..huhu

Amy Z! said... BALAS

rajin mak aiyu ni type balik surat tu. hihi. :-D

terharu kan baca surat cam ni? dari anak buah. bahasa dia tulus jujur je. Comel dan sweet. alahai~ :-)

yg tulis HB tu, sengal kan? boleh tulis panjang2 kat wall fb tu, HB jugak dia tulis. haha.

Anonymous said... BALAS

Budak2 kan... Jujur sggh mereke ni.. Polos je... Jadi Ateh, Aiyu & Uncle Colby sile la tunaikan permintaannye itu... hehehehe...

ITA

Nazayiena said... BALAS

Arissa nie sepupu Cik Aiyu ke Huda?baca surat dia beria2 dia nak Cik Aiyu sambut birthday kat M'sia.....

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Itu le pasal kan... kalau US ni macam Brunei, soheh tiap bulan ku singgah, hihihi...

Farah,
Hehehe.. tak kot, kitorang plan nak balik time raya :D

Elissmie,
Cik Aiyu faham kot, I selalu cakap BM dengan dia. Cuma kekadang dia buat tak paham le, esp bila part larangan, hahaha

Potpetmama,
Thanks dear :) Kitorang adik beradik memang rapat, anak2 buah semua memang rapat. Kalau cuti sekolah gilir gilir tido rumah nenek :D

Sha,
Best kannn.. kita time kekecik pun suka tulis surat. Adik kita siap tulis surat kat kucing lagi, hahahaha

Ana,
Sesekali layan blues kekanak, rasa sayu pulak

Jie,
Op kosss... dah lama dia overshadow I. Skang ni takde orang pedulik kat kita tauuuu

Niza,
Malaysia tu kalau 10 hours flight I boleh consider lagi, ni 24 hoours! Belum masuk transit lagi. Tiap kali pergi, nak recover penat 2-3 hari, heheh

Kak Lyza,
Hahahaha.. tau takpe, kena lah buat kelas ejaan kat rumah nanti :D

shahrizat,
Auwww... thanks dear sudi baca :)

Anonymous,
Hihihi... belum jumpa dia lagi, lagi baekkk dia ayat!

Sabira,
Hihih.. kita pun jeles tengok rambut dia, halus! Mak nye rambut taraf penyapu tauuu, hihih... Itu la, ada gak nampak orang tunjuk FM HRC Melaka. Harus buat usul nanti ;)

Azza,
Heh, kalau dekat dah lama kita balik hehehe

Amyz,
Biasa la aii, hihihi... Time kecik kecik ni diorang jujur sikit, tu yang best. Haaa.. awal2 kita tgk HB tu, pelik. Haribulan ke? Lelama baru paham, hahaha

Ita,
Hihihih.. insya allah raya nanti kot baru balik :D

Kak Nurul,
Arissa ni sepupu Aiyu, anak abang. Diorang sepupu bertujuh, semua memang dekat kecuali Aiyu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...