Wednesday, February 15, 2012

Bola yang membuatkan Cik Aiyu terlentang

Bola apakah itu?



Bola sepak?

Bola tenis?

Bola keranjang?

Bola jaring?



Nehi.. nehi……



Bola Oreo & cream cheese.

DSC04291

Bebola ini telah membuatkan Cik Aiyu kita terlentang di dapur, protes pasal tak dapat makan, hahaha…

Sebenarnya aku buat bebola Oreo & cream cheese ni semalam. Waktu buat tu, dia dah ngap 2 ketul. Balik taman, Cik Abe kata dia makan seketul lagi. Lepas seketul, dia nak lagi, Cik Abe tak kasi. Time tu dah terlentang, tapi Cik Abe buat tak paham, pastu sorok atas dapur. Waktu kejadian, mak nye di kelas Zumba.

Nak jadi cerita, malam semalam masa dia jejalan kat dapur, boleh pulak la kan ternampak bebola Oreo ni. Terus member tarik tangan mak nye, tunjuk kat bebola itu. Mak nye buat tak paham, sambung basuh pinggan. Terus dia pergi tarik Cik Abe pulak, sambil jari duk tunding kat bebola Oreo atas dapur. Cik Abe pun buat tak paham jugak. Dah dua tiga kali dia cuba, mak bapak tak respons, terus member terlentang atas dapur, hahaha…

Kesian memang lah kesian, tapi tak koser aku nak kasi dia cekelat jam 8 malam. Sat gi tak tido, sape susah? Mak nye jugak yang susah kan….



Anyway, kalau nak cuba buat bebola yang membuatkan Cik Aiyu terlentang….

Bahan-bahan:-
- sepeket 16 oz Oreos
- sepeket 8 oz cream cheese, suhu bilik
- 12 oz semi sweet chocolate
- 12 oz white chocolate

Cara-cara:-
- Kisar biskut Oreo sehingga hancur. Krim kat tengah tu pun kisar sekali. Bila dah agak agak tak berketul, campurkan dengan cream cheese. Kisar sehingga sebati.
- Buat bulat bulat dalam 1.5” diameter, kemudian masuk freezer untuk sejam.
- Cairkan cokelat (iolls pemalas, pakai microwave aje), pastu celupkan bebola dalam cokelat. Letakkan atas kertas minyak, tunggu sehingga cokelat keras (dalam 15 minit)
- Kalau rajin, boleh buat corak muka Angry Bird.

Semoga anak memasing akan terlentang sama, hehehe…

19 comments:

Anonymous said... BALAS

ni cik aiyu ke mak cik aiyu yg terlentang.. ke mak cik aiyu tamak nak mkn sorg.. x baik sggh... hahahaha...

ITA

Jiejah @ Iza said... BALAS

x nak buat sbb takut mak budak yg terlentang hahaha

farah said... BALAS

Alalala nape x ambik gmbr budak tgh terlentang tu. Sure comel, terlentang protes x dpt mkn choc balls (tetiba I teringat lagu choc salty balls cite south park, lagu tu 18sx uu...ok out of topic)...
Resipi tu yummylicious tp I ngeri ngeri dkt cheese n oreos, ngeri ngan kelemakan mereka...haha...tp wknd ni maybe blh try klau rajin. Hehe.

Anonymous said... BALAS

Mujurlah jauh beribu-ribu-ribu kilometer. Kalau dekat, dah ku curi jua bebola beracun tu ikut tingkap dapur dan ku ngapppp sorang-sorang sambil berbuai-buai atas buaian Cik Aiyu.

Masa tu, bukannya Cik Aiyu yang telentang, tapi maknya yang telentang kempunan.. he.. he.. he..

Sari..

Amy Z! said... BALAS

hohoho.. tak boleh buat ni.. jgn kata terlentang. terguling2 kat lantai nanti. hahaha.

umie said... BALAS

sedapnya..patut pun cik aiyu terlentang...

Watai said... BALAS

Kasi aje laa ish,kesian kat dia

Anonymous said... BALAS

lama tk de resepi..nk wat cik mary..tempting pula...biarpun die tk suka mkn manis2..mcm papaya yg skinny dippy

miss scofield said... BALAS

suke btul baca blog nih....
suke tgk gelagat cik aiyu....
comel3 nakal.....

yg x tahan part panjat cabinet tv...keh4....

Hanamiko Sakura said... BALAS

mesti sedap sampai cik aiyu terlentang dekat dapaur...ish2.. kesian cik aiyu.. ^^

sya_zazoo said... BALAS

adoi..haruslah di cuba. Kompem telompat2 sampai pagi..haha

Anonymous said... BALAS

alahai..cian nyer cik aiyu xdapat ball,,mummy wat ball chomeii sgt tu yg cik aiyu asyik nak mkn ke tu. =) sedap nyer ball ni..nak copy resepi la, n hrap2 mnjadi . tq kak mai post resepi ni =)

WAWA PUTRAJAYA

HIdayah said... BALAS

huda, aiyu terlentang nangis 2 tak? kita pening kepala lah shafiq skrg kalau nak tak dpt terus mengelupur pastu suka hentak2 kepala...tak tau dh nak buat cmana...mati akal kejap.

Madam Sooyaree said... BALAS

Ita,
Hahahah... macam pepaham aje kan :P Senyap senyap dah la, malu ai kat blog ni, hihihi

Iza,
Hahahah... terlentang kekenyangan kot! :P

Farah,
Eh, you pun layan South Park eh? Best kannn.... Cik Abe siap kumpul DVD lagi, tapi skang dah jarang sket le tengok. Hihihih... ngeri sikit kandungan lemak, tapi kek lapis tu 50 telur kuning takpe! :P

Sari,
Hahahah.. mai la, kita boleh la spread the love, eh, fat orang kata :P

Amyz,
Alam pun suka makan manis ke? Aiyu ni kekadang risau gak, nak cekelat je! (iktu sape la tu kan, hehehe)

Umie,
Memang sedap, tpai nak buat camne, kena lah berpada pada

Watai,
Sat gi kalau dia hyper tengah malam, ko baby sit :P

Azza,
Elok le gitu, gigi pun terjaga. Hat ni semua manis dia tibai, takut!

Miss Scofield,
Eh eh... minat Michael ke? Ensem kan dia, hahahaha... Thanks dear, sudi sudi la visit selalu, hihihih

Hanamiko Sakura,
Hihih.. dia memang gitu, tak dapat sket terlentang. Abis protes le tu

Sya,
Senang je nak buat, cuma remeh tang lekit lekit kat jari tu le, hihihi

Wawa,
Senang je dear, tak yah bakar tak yah ape. Cuma takut tak sempat nak celup, dah masuk mulut, hahaha

Hidayah,
Dia nangis gak aa, tapi tak la chronic. Pasal selalu kalau dia bising gitu, kitorang ajuk balik. Dia jerit kita jerit. Dia baring kita baring. Lelama dia pun boring, hihih..

Nazayiena said... BALAS

Biskut nie namanya cik Aiyu terlentang ya....x berani le nak cuba buat takut nanti anak aunty terlebih dr terlentang......

nur easy said... BALAS

mmg heaven makan ni ;)

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

ni bukan aiyu jer terlentang ni, eliss sekali ni :p

miss scofield said... BALAS

tuh le...my long lost husband...ahaks :p...xtahan tgk kekacakan dier dlm prison break....
cair giler ngan intelligent dier...

crunchy said... BALAS

alamak..dah tergoda ni..kene cuba la jgk..nti nak testing anak i terlentang ke idak..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...