Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga. iHeartMaiKornerReaders =))))))
Update terkini, mak dah keluar hospital tengahari semalam. Tapi dia duduk rumah Jaja, pasal nanti boleh la bibik Pari tolong tengok tengok kan. Tolong masak dan buatkan kopi O. Kopi O bibik Pari sungguh kaw, betul betul holiao! Lagi pun ada 3 orang dayang tambahan kat sana, takde la sunyi sangat macam duduk kat PJ. Ala, bukan jauh pun rumah Jaja, kan Bandar Kinrara je, hehehe… Lepas tol LDP dah sampai.
Tuan tanah pulak alhamdulillah hari ni dah sihat. Semalam selsema dan batuk dah reda, tapi bantai sakit kepala pulak. Jenis yang rasa nak pakai hammer ketuk kepala. Berdenyut denyut, rasa macam nak pecah. Kepala dah la besar, kalau meletup mesti efek lagi kuat, hahaha.. Nasib baik pagi tadi dah hilang, kalau tak mesti tau siapa yang bakal jadi mangsa, hehehe… Minggu lepas Cik Abe tak kerja, so dia lah yang take over jaga anak, masak semua. Hari ni, kena kerja balik dah.
Pagi tadi borak borak dengan Melissa, cerita pasal kebun. Tak sabar nak tunggu first week of March, minggu untuk mula bercucuk tanam. Pokok instant pun ada yang dah beli, iaitu pokok thyme, oregano dan rosemary. Sepasu $4 aje, kalau beli fresh herbs pun dalam $3 sepeket. Alang alang baik beli sepasu kan, sah sah tahan lebih seminggu dua, hehehe…
Sebenarnya, dalam excited tu, aku risau gak dengan masa depan kebun kami tu.
Pasal ni haaaaa….
Cik Aiyu kita suka sangat main tanah kat situ! Banyak banyak tempat, situ gak port dia. Tadi siap guling guling, pastu dia kaut tanah tu siram kat badan dia. Naik hangin aku, nasib baik tak naik suara. Agaknya kena belikan dia sand box kot, atau buat plot untuk dia bercucuk tanam sendiri, hahaha.. Takut kang baru je benih nak bercambah, ade orang dah ragut dulu. Dah la first time ni nak berkebun, tak sesuai tauuu…
Hari ni cuaca elok, jadi aku bawak dia gi taman. Bukan apa, siang tadi dia makan banyak Oreos, jadi kena bakar segala gula dalam badan. Kalau tak nanti dia exercise dalam rumah, aku gak yang pening.
Memula kami gi taman yang jauh sikit, tapi kat sana ada banyak bebudak dalam umur 10 tahun camtu. Yang tak sedapnya, ada sorang tu lari sana sini tak pakai mata. Bukan sekali, dua kali, tapi tiga kali dia langgar Aiyu! Yang kali ketiga tu dia langgar time Aiyu tengah panjat artificial rock, jadi aku bising gak aaa… Kalau jatuh camne? Aku rasa Aiyu pun takut, pasal time ajak balik tu dia ikut je. Kalau tak, jangan harap la dapat balik taman tanpa drama, hahaha…
Aktiviti baru Cik Aiyu, bina otot biceps triceps. Mak nye pun fail bergayut camtu, hahaha… Camne nih nak lengan macam Michelle Obama?
20 comments:
alhamdulillah u and ur family dah sihat. happy sbb everyday tggu entry dah akak letops anak comel. auuwwww
btw, selamat jadi petani moden di bumi USA .:)
amboi cik aiyu bergayut x hagak² ..
Cik Aiyu nak muscle ketul2 eyh? hehe..comel je bergayut camtu.
ANR,
Alhamdulillah.. but I'm still worried about my mom :( Thanks dear, kita takut ada kambing jadian je nanti kat kebun tu, hahaha
Iza,
Itu le, yang seram kita jugak kan!
Cahya,
Kalau kat taman je takpe, ni kat meja makan pun dia buat. Takut tau, kot kot terlepas, kepala cecah simen
cumel sgt2!
comel sgt la aiyu ni
klass ko aiyu possing atas tanah lagi..nampak perut seksi lg..hehe..memang le sebiji cam remaja dah nie..;)
Mak cuma kena pulih selera makan.. insyallah ada selera makan..cepat la baik..dun wori sis..kami ramai kt sini..;) Take care ur self ek sb kami2 ni jauh...huhu..
Wah siap baring lg Cik Aiyu kat tanah tu,x sabar nak tgk kebun family cik Aiyu nie....
Betul2 makan Oreos byk eh cik Aiyu, byk betul aktiviti regangan dia buat kat taman...hehe...part posing atas tanah tu x tahan aunty tgk, cam psoe majalah Mangga dah cuma atas tanah je blm org buat lagi dik non, awak 1st! Hehe...good to know ur mom & u are okay now. Back to regular blogging! Hehe
cik aiyu yang comel...=)
peace aiyu's style hehehehe....
menarik gak idea buat satu plot utk aiyu bercucuk tanam..mana tau tgn dia sejuk....mak aiyu jugak yg senang heheh
emy
aiyu aiyu golek2 kat tanah siap posing ayu gitu. ciap lah mak kamu nanti bila dah tanam pokokkk...hehe
Alhamdullilah syukur mak akak dah kuar spital. Moga sihat sepenuhnya hednaknya.
Em.. nampaknya tuaian akan dilakukan oleh cik aiyu cepat dr masa yang ditetapkan. "senang" le mummy dia tanam poko br lak.. hehehe
mary ckp baju come..so blh aunty huda ..present utk kawan aiyu..:-P
comei cik aiyu kita ni....
speedy recovery for ur mom....& u too...:)
good luck with ur kebon....tak saba nak tgk hasil...huhuhu ;)
& mcm biasa, geram tgk cik Aiyu! :)
Alhamdulillah. Tuan tanah pun sehat. mak tuan tahan pun dah oke.
Kita takut gak nak bawak Alam main kat playground sebab ada budak besar2. Alam pulak ingat dia dah kuat. Budak langgar dah jatuh. Dia jugak yg menangis. Sabo je la.
Kalau takde org sangat, boleh la biar dia main2. Hehe.
Amboi cik aiyu. Dasat memanjat. Respect auntie tgk. Hihi.
alhamdulillah.... akak dan family dah sihat...
cik aiyu pun nampak bersemangat... ^^
Cik Ayu yang memang ayupun...
Lelaki Ini,
Thanks dear!
Mokteh,
Timasih Mokteh :)
Kak Lyza,
Okeh.. mak tunggu Kak Lyza masak laksa kot, hehehe... Itu le, anak ai memang kelas :P
Kak Nurul,
Camne nak tumbuh pokok kak, kalau dia pakat guling situ hari hari, hehehe
Farah,
Haaa.. dia memang suka guling guling tempat terlarang. Pening I tau, cakap tak leh nanti dia tengok aje kita, pastu sambung projek. Adoi!
Oli-go,
Thanks dear, kembang lagi Cik Aiyu kita :P
Emy,
Hahaha.. kalau dia tanam menjadi, tau la sape kena kerah nanti, hihiih
Cik Jannah,
Kalau dah tanam pokok nanti, kena letak gate tinggi kot. Tu pun kalau dia tak panjat, hahaha
Ayang,
Alhamdulillah... harap2 mak dah rajin nak makan lah sekarang :) Rasa berdebar tau nak berkebun ni, semua pasal Aiyu, hihih
Azza,
Auww.. thanks Mary! Baju tu grandma nye kasi, tatau beli mana
Wani,
Timasih Wani :))
HangKebon,
Eh, malu pulak kita nak tayang kebun tak seberapa nanti, hihihi
Amyz,
Alhamdulillah.... Aiyu jatuh tak nangis, tapi kita la geram esp kalau bebudak tu main langgar je. Kalau terlanggar takpe, yang saje cari penyakit tu yang angin kan... Alam suka tonggeng, Aiyu suka memanjat. Elok le, hehe
Hanamiko Sakura,
Alhamdulillah :))) aiyu tu memang selalu bersemangat, kita je tak larat nak layan, hahaha
Mak Wardah,
Auww.. timasih :)))
Post a Comment