Wednesday, February 8, 2012

Jalan jalan pusing Midland

Apa khabar semuaaaa???

*sambil pegang mic hala kat semorang, sebelah tangan lagi kat telinga*

Amacam masuk kerja, setelah 4 hari cuti? Hehehe.. best kannn orang Malaysia, cuti banyak! Amerika kedekut cuti sket. Waima Christmas, sehari je dapat. Kalau aku la keje, memang boleh bawak meroyan!

Hari ni Lee & Brynden nak jalan jalan pusing bandar. Biasalah, aktiviti tourist kekdah nye. Tapi itu le, bandar kecik, takde benda yang boleh dibanggakan pun. Paling kuat pun rumah zaman kekanak presiden Bush. Aku selalu ajak Cik Abe pergi, tapi haremmm… Tiap kali ajak, nanti dia pandang aku macam aku ajak dia pergi Disneyland. Hari ni ada alasan kan, nak bawak orang luar tengok, hahaha…

Akhirnya sampai jugak kami di rumah presiden Bush tu. Tapi takat lalu je la, Cik Abe tanak berhenti. Selain daripada tu, kami pergi mall & Rosa’s Café. Kalau dah duduk Texas ni, haruslah dicuba Mexican food. Authentic gitu. Gambar waktu kejadian tak sempat nak amik, pasal semua dah tahap kebulur. Cik Aiyu pun tanpa segan silu terus serang makanan iolls. Dia memang suka kalau makan chips ni. Lelagi kalau dapat cicah dalam refried beans, memang feveret dia. Bab cicah mencicah, memang suka. Janganlah kasi dia nampak botol sos tomato, kalau tak memang itu aje yang dia hadap. Naik kembang tekak mak nye tengok, hehehe…

DSC04175-e
Penggemar sos tomato tegar.

Anyway, mak nye skang ni tengah di la la land. Lagi 3 minggu nak pi jejalan kat San Diego, California, woohoo! Tak sabar nak tengok laut. Tak dapat mandi pun takpelah, tengok aje Winking smile

14 comments:

Anonymous said... BALAS

Salam Mama Aiyu,

Wah, wah seronoknya nak pi jln California...silap2 boleh beretuh bahu dgn retis hollywood. hahaha.

Have fun in California!

-Delila-

Anonymous said... BALAS

Lama tak komen kat sini.

Kalo pergi San Diego jgn lupa ambil gambar rumah Spanish yg cantik dan unique.

Jgn lupa singgah Venice Beach boleh tengok orang bogel. ooops!

kalau sempat pg la Hollywood Studio. Jgn tak jumpa jalan balik Midlands, Texas. Haru nanti

ahkak

farah said... BALAS

Close up cik Aiyu gitu, I likey!! Putih melepak anak u k...

♥♥relyza♥♥ said... BALAS

cik aiyu ada muka tomato!

lemongrass said... BALAS

Awat I tengok bibir Cik Aiyu tu ala2 Angelina Jolie aje, hehehe...

Anonymous said... BALAS

uiksss, cik aiyu macam tengah geram kat omaknya. apasal tu?

Nota Cikgu Anum said... BALAS

wiiiiii...bibir bak delima merekah ni la contoh terdekatnyer :)

aziahmk said... BALAS

huda....sudah bwk kluar itu bikini ka??? mau lepak california kan...harus lepak ngan bikini warna terangggg

Amy Z! said... BALAS

Wahh bestnya nak gi jalan2. Hihi. Nak shopping ke mommy? Hehe.

Cuti banyak. Lepas tu semua tempat penuh dgn org. Nak jalan2 pun bengang sebab jammed. Duduk rumah je rest, marathon movie. Haha.

Haha. Org lelaki gitu la. Benda tak penting dia malas nak layan. Haha.

Hahaha. Aiyu.. Why so seriuss?? Haha.

Anonymous said... BALAS

Lepas ni Kena lah support Giants ..... Eli Manning..

.. said... BALAS

wow .. seksi nya bibir cik aiyu!

ak yuyunz said... BALAS

nanti jangan lupa update laut cantik di California ok! :D

Madam Sooyaree said... BALAS

Delila,
Salam dear! aminnn... kot kot terjumpa Katy Perry kan, hihihi.. Thanks dear!

Ahkak,
Hollywood Studio tak pi kot, bofren kata suruh tunggu Cik Aiyu besar sket. Tapi pergi 4 malam, insya allah bakal dibodek, hiihih... Venice Beach tu mesti Aiyu yang suka, boleh lari bogel tak pakai diaper, hihihi.. Thanks for the tips!

Farah,
Thanks dear, memang le putih, pak nye putih, haha

Anor,
Muka tomato pasal suka makan sos tomato, hehehe

Kak Mynn,
Biasa la, kecik kecik kena praktis, besar boleh jadi Keila Fairy, oopss! :P

Anonymous,
Tak aih, dia tengah kejar kamera. Tu yang gambar dekat, hehe

Nota Cikgu Anum,
Tapi untuk Cik Aiyu kita tukar sket, bibir bak tomato terbelah, boleh? Hehehehe...

Kak Aziah,
Biasa laaa.. yellow polka dot bikini you! Hahahah... pengsan atuk happy kang, anak pakai bikini, hihihi

Amyz,
Shopping tak kot, hari hari dah shopping, cuti takleh shopping :P Biasa la kan, waktu cuti ni tempat umum memang penuh. Duduk rumah lagi best. rileksss... Cik Aiyu serious pasal tengah kejar paparazzi :P

Eli Manning,
Pandai demo kecek Melayu weh, hahahaha... Tapi uolls tak ensem cam Tom Brady, camno? :P

..,
Thanks dear, ikut mak nye tu, hahahahaha

Madam Sooyaree said... BALAS

Ak Yuyunz,
Insya allah kita jadi Asian truly Asian, bawak kamera merata, hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...