Tuesday, May 8, 2012

Tonsilitis

Cik Aiyu kan, balik Kelana Jaya macam masuk hutan kekdahnye.

Dah la badan bintat sana sini dengan serangan bertubi tubi dari pihak nyamuk. Gigih dia suruh Dayang #1 tolong garu. Bila Dayang #1 berhenti, dia tarik balik tangan dayang, suruh garu. Asyik…

Selain daripada tu, Cik Aiyu mula batuk sejak sampai hari tu. Ingatkan perubahan cuaca, tapi makin lama bunyi makin kuat. Mak nye tak sedap hati, terus bawak jumpa doktor.

IMG_1597-e

Soheh, anakku kena tonsilitis. Anak tekak bengkak, dan ada bakteria. Doktor kasi antibiotik & ubat batuk. Tidak lupa ubat gatal sekali, supaya saham boleh up 50 posen.

Lepas balik dari PMC, dengan kadar tak sedar diri, kami pergi ke Bangsar Village. Sally nak makan Delicious, sambil nak tapau air yang Helen duk sebut hari tu.

-e

Usher kasi kami sofa, kata dia supaya Cik Aiyu boleh duduk. Duduk hape, dia bantai baring terus. Buat cam rumah sendiri.

IMG_1614-e

Eh, ada orang tu enterprem laaaa… Smile with tongue out

Aku order nasi kerabu, Sally order cheeseburger. Biasa la, orang Amarika nak makanan Malaysia, orang Malaysia nak makanan Amarika. Tapi mak aih, toksah le beli nasi kerabu kat Delicious. Tak delicious langsung, hahaha.. Harap kat cik kak kita, balunnnn… Sakit tekak pun serupa tak sakit tekak, watermelon shake ku terus dijajah anak.

IMG_1621-e

Sedap sangat kot, sampai asyik dia makan. Siap cakap nyum nyum nyummmm kuat kuat. Jadi duta Delicious tak berbayar. Pastu lambai lambai cakap hi kat orang yang makan. Mesra alam sungguh kamu.

IMG_1624-e

Hari ni kami plan nak ke Aquaria. Ada sesiapa nak join? Open-mouthed smile

23 comments:

ANR said... BALAS

muka cik aiyu setimm abis minum shake itewwwww:)

Amyz! said... BALAS

Eh eh.. Lama tak nampak mak enterprem. Hihi. Haii mak aiyu..

Amboiii, gambar last tak blh blah. Muka kepuasan selepas minum watermelon shake tu. Hahaha.

Selamat berjalan2. Aquaria tu ok la best. Tapi rasa cam sempit sikit. Mesti aiyu excited.

farah said... BALAS

Mummy kurus uu!! Nampak sgt muka dah cengkung tuh mesti penat jg si kecik...hehe...sedap nauu cik Aiyu makan siap stim mata eh menikmati...hehe...
Enjoice Aquaria ye, if roger awal2 boleh daku speed gi KL bawak Fatehah...chewah! Hehe...

Hanamiko Sakura said... BALAS

nyumm.. sedapnya dia minum watermelon shake tu..

nazayiena said... BALAS

Baru nampak mom cik Aiyu interprem....
Amboi org sakit tekak dah x sakit tekak lg bila jumpa watermelon shake,dgn muka kepuasan lepas minum tu lg comel buat camtu....

sabira said... BALAS

cute nyer leopard print skirt cik aiyu...kesian member kena tonsilitis..cuaca tak tentu skang nie kak huda..

lyzaCR7 said... BALAS

Ai nak ikut bleh...hehehe...

Mama Nurin said... BALAS

Salam..bila balik sini..baru perasan lepas baca blog...hehee bila kita nak jumpa2 ni?? jom auntie belanja cik aiyu makan jom..

P/s: Still guna no phone aritu ke? hehehe

Missy CSI said... BALAS

kulit mak cik aiyu kelihatan cantik bersinar. apa rahsia nya

Erma Azman said... BALAS

mommy cik aiyu sangat sweet! i like it bebeh..gorgeous:) ya allah nasi kerabu dekat delicious memang out. haritu makan, balik rumah terus muntah.rugi bayar memahal!huda, muka aiyu sebijik ikut muka mommy..hhiiihihi

Yong Is My Name said... BALAS

wahh.. yummiee nasi kerabu delicious..
slurppp ..watermelon shake tu..
Si kecik melayan penuh persaan!

my everything said... BALAS

comey sangat dua2 mak n anak!!!

Anonymous said... BALAS

Assalam, mommy aiyu n aiyu isabella..bonda mia drop by lagi

Kak huda, u now what, since akk intro kidsgym kt BV tu last time u balik mesia, kitorang terus melekat. And since then, bila tgk BV, apasal la teringt kt akk 2branak. Kita pon xtau..hehe. Everytime masuk BV je terpikir, eh mn agaknye shop yg kak huda mentioned tu eh? Mls nk bgtau hubby. Sbbnye kang dia terperasan, awatla kalut sgt bini aku.

Amboi cik aiyu, suka nooo minum shake. Mcm anak dara kita la. Bila la buleh ketemu ye kak huda? agaknye cik aiyu tu segong si mia laila, tentu gedebuk jatuh..hikhik..

Wahh! Me likey la latest gambar mommy tu..alhamdulillah..kurus n cengkung sikit. Nmpknye xsia2 gi kelas menari kt amarika kn..

:)

get well soon aiyu.

miss scofield said... BALAS

pergh....feeling cik aiyu minum watermelon shake...!!!
get well soon cik aiyu...!!

p/s: mommy cik aiyu....kulit clean n clear.....gune product apo ek?? share aaa skit info....

Nota Cikgu Anum said... BALAS

aduyai hadek Huda. kamu semakin mensomell. angin Amarika gak nyer

FaznFaz said... BALAS

huda, sila layan nasik kerabu kat belanga empire subang... mabeles gitu!!!! ko lama ke kt msia???

lemongrass said... BALAS

Cik Aiyu sgt comel lepas dpt puas minum watermelon shake.
Emak Cik Aiyu pun chomel jugak walaupun tak dpt minum watermelon shake:-).
Lepas balik Amarika nanti, adalah Cik Aiyu akan terkenang2 watermelon shake Delicious itu.
Pastu, adalah Emak Cik Aiyu yang terpaksa menggigihkan diri buat Watermelon shake kat Amarika nanti, hehehe

fifi said... BALAS

suke sangat tengok cik aiyu.. setiap kali tengok muke cik aiyu mesti teringat anak kat rumah baby sitter..

Pink Mama said... BALAS

Alahai comelnya Aiyu.

P/S:Akak reader baru. Sekarang ni tengah gigih backlog baca entry lama-lama =D

dilla.rose said... BALAS

kak huda! nnt dtgla visit zoo negara. iolls kerja kat situu, boleh bagi exclusive tour gitewww hehehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

ANR,
Muka setim tak cover kannn... boleh buat proposal, jadi duta watermelon shake, hehehe...

Amyz,
Hi mak Alam! :D Aquaria memang best, kagum anak kita tengok ikan besar! Pastu geli main degan gamat, hahaha..

Farah,
Muka je, kesan penuaan, muka mengecik, badan membesar, hahaha... Waaa.. rogi rogi, kalau tau tadi, war war awal sehari :D

Hanamiko Sakura,
Sedap... sampai tanak share you!

Kak Nurul,
Time minum tu kita pun terlupa dia sakit tekak. Alhamdulillah dah ok :)

Sabira,
Auww.. thanks dear! Tu la, tak tau dari cuaca ke jangkitan, pasal dalam rumah ni ramai batuk gak

Kak Lyza,
Boleh aje, you can dah ada kete, mai la, hehehe

Mama Nurin,
Baru sampai Jumaat lepas. Tapi tak lama, 3 minggu je sini. Ha ah, kita still pakai tipon hari tu. Ok aje, kami pantang makan ni, hahaha

Missy CSI,
Auww.. thanks laling! Rahsia nye... rahsia la, hahahaha :P

Erma,
Thanks laling! Tu la kan, dulu pernah rasa, memang out. Ingat dah insaf, tak jugak rupanya. Muntah, kesian you. Nasib baik kami ok, tapi asa rugi pasal tak sedap le, hehehe... Aiyu ikut muka kita, warna je lain :P

YONG,
Nasi kerabu sana memang tak kena pada tekak kita :( Watermelon shake, kena! :D

Nana,
Auww.. thanks laling! Dah settle tak insurance? :)

Bonda Mia,
Waalaikumsalam... Thanks dear, asyik teringat kat kita. Padan la bulu mata selalu gugur, ada orang rinduuuu... hihihih :P Boleh aje jumpa, tapi kita weekend selalu duk rumah, pasal dayang 6 orang datang cari pasal di rumah nenek nye, hihihih... Kurus ke? Badan dah naik, tapi takpe la, aminnnn :D

Miss Scofield,
Sedap kan, kita balik ni belasah shake sana sini je. Kat Amerika bebalik rasa lebih kurang je, boring nyah. Wowwy... ramai tanya ni, harus la koyak spenda mak Aiyu, hihihi...

Nota Cikgu Anum,
I ke mensomel? Auwww.... kembangggggggggggg....

Eila,
Sedap eh? aku dah lama tak gi Empire, last 2 tahun lepas kot. Thnaks laling! Aku kat sini lagi seminggu setengah je

Kak LG,
Hehehe... thankssss :D Itu la kan, lepas ni kena mintak orang Ostolia export watermelon nye yang besar ituuuuu :D Kita beli benih, tapi tinggal dalam beg lagi, terlupa nak semai, hahahaah

Fifi,
Thanks dear... anak Fifi baya baya Cik Aiyu ke? Mesti dah petah kan mulut :)

Pink Mama,
Thanks kak for visiting, really appreciate it :) Blog ktia tak terurus sikit, jadi kalau susah nak cari, maaf ye kak :D

Dilla,
Auwww... hari tu ada dalam plan gak, tapi takut jadi langit tidak selalunya cerah, hihihi... Nanti insya allah minggu depan ok kot, mana nak cari Dilla? :D

Anonymous said... BALAS

Agaknya selesa tekak dia yang sakit tu kena air sejuk kan...semakin comel.

Dark @ng3L said... BALAS

hudaaaaaaaaa...asal dh kurus..jelesnyehhhh.....dem dem demm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...