Wednesday, November 21, 2012

Still sick

I hate congestion!


Adehhh... kepala tuan tanah rasa kurang enak dua tiga hari ini. Cik Aiyu bukan bakal dapat adik ye, ini selsema campur batuk punya pasal. Pernah tak korang ada hingus tebal melekat, yang bila nak sembur, dia macam tarik otak korang sekali? Gegendang pulak rasa macam nak meletup!

Hahaha... jijik kannnn.... Tapi macam tu la yang I rasa sekarang ni tau.... I blew one nostril so hard, that the other nostril bleed! Bila buat tak tau, nak bernafas pulak susah. Nasib baik ada teman tapi mesra, pasal dia pun hidung tersumbat sama, hahaha.. Parah gak kan, selsema yang terus buat sakit kepala ni. Tapi takpe, bersyukur aje lah, pasal masih ada yang jauh kurang sihat dari kita.

Khamis ni Thanksgiving, kira perayaan besar jugak lah di US ni. Tapi rasanya ramai yang tunggu hari esok tu, Black Friday. Ala ala Boxing Day di UK lah, sehari lepas Christmas. Hari buat tebiat beratur luar kedai pasal nak beli television 55 inci macam rumah jiran sebelah. Sekarang ni ramai dah panggil Thanksgiving Black Thursday, pasal banyak kedai buka malam Khamis tu jugak. Macam Toys R Us, esok bukak jam 8 malam, sampai la ke petang Jumaat tu. Tak ke meriah namanya!

So far tuan tanah belum lagi merasa. Dulu duduk North Dakota sejuk sangat, tak kuasa aku nak keluar rumah. Jumaat ni kalau Cik Abe ada rumah, boleh jap usha kedai kan, hehehe.. Tak sedar diri yang tak sihat nyah!

Cik Aiyu pulak, makin hari makin panjang cakapnya. Sekarang dia dah boleh buat tiga perkataan dalam satu ayat, contohnya "one black horse". Tapi masa nak cakap tu, hidung memang kembang kuncup aaa nak menahan kasi tak salah. Pemahaman pun dah bertambah, maka sekarang ni kalau dia buat tak paham bahasa, memang kena tarbiah extra :D

Macam siang tadi, kitorang dalam kereta. Waktu berhenti kat lampu isyarat, aku kasitau dia,

"Huwaaa... mengantuk!"



Cer teka apa jawapan anak ku kasi?

?

?

?

?

?

?

?

"Mommy, coffee."



Hek elehhh.... dia pulak suruh kita minum kopi!



Ni aktiviti petang tadi. Sekolah cuti, jadi kami pergi padang sekolah rendah dekat seberang jalan. Nampak tak pokok kat belakang Cik Aiyu, dah merah dah warna dia. Autumn in New York Midland!





Lepas main kat padang, kitorang jalan-jalan kat sekitar kawasan sekolah tu. Ada orang tu ada hati nak menyorok belakang setiap tiang yang dia jumpa.

Tak dapat tiang, pili bomba pun jadi.



Eh, elok sangat tu, warna dah sama!

9 comments:

Mixed-family in da house.... said... BALAS

Cik aiyu prihatin !!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Prihatin mak nye kekurangan kopi, hihih.. alhamdulillah :D

Anonymous said... BALAS

Cik Aiyu boleh speak Malay ke?

Unknown said... BALAS

comel dia men nyorok-nyrok plak ye.hehehe..maknya tk sihat ye..cian.miga cepat sembuh

Unknown said... BALAS

Kak Huda ajar cik aiyu cakap melayu jugak ke? Baru je nak cakap paip tu sama baju dengan warna baju. :)

Amyz! said... BALAS

Hahaha. Pandai dah tu. Kot2 besar nanti, kita cakap mengantuk, tup tup dia buatkan coffee. Lagi best. Hahaha.

Get well soon darl.. ;-)

Fifi Nadhrah said... BALAS

amboi.. menyorok.. penuh gaye..

Madre said... BALAS

Kami satu rumah pun baru baik selsema, batuk:)

Just to share, sebelum tido, try pakai Sea Water Nasal Spray. Memang best sebab segala benda yg terkumpul kat idung mengalir dgn laju & dapat tidur dgn lena.

get well soon:)

Madam Sooyaree said... BALAS

Anonymous,
Perkataan Melayu dia tau la, macam makan, mandi, nak buat ayat fail!

Abah Khalisha,
Setiap tiang elektrik kitorang kena berhenti pasal dia nak menyorok, hahaha.. Thanks dear!

Mami Little Hero,
Kita cakap dengan dia, tapi dia tak berapa nak cakap Melayu sangat. Tapi kekadang dia eksyen gak, bila akak ajak "bath time", dia pakat "yeay, mandi!"

Amyz,
Hahaha.. kalau tau buat teh tarik lagi elok!

Fifi,
Hihih.. thanks dear!

Madre,
Thanks dear! Kami cuba saline water Cik Aiyu, ada kesan sikit :) Tapi banyak phlegm kat dalam, tu yang kurang selesa :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...