Sunday, June 23, 2013

6 days to go!

Hari Sabtu ni kan, ada birthday orang tu tau.

Lepas ni, orang tu dah bukan toddler. Preschooler gitu. Dah besar dah.

Tu yang skang kerek semacam. Bila kita marah dia memanjat, dia kata "Aiyu is big kid".

Banyak le ko, sat gi jatuh, Aiyu is mommy's baby jugakkkk....

Insya allah tahun ni ada party sket untuk mek kita. Dua tahun pertama, kita kita je. Malas nak ajak reramai. Satu hal, kawan takde pun, hahahaha.. Pastu takut dia rasa rimas, tak tau mana nak pergi. Tahun ni dah reti main beramai-ramai, so ok sket la kot.

Anyhow, Jumaat lepas, masa amik surat kat mailbox, tetiba je ada orang tu lagi femes dari mak nye. Mak nye dapat katalog Victoria's Secret je dalam mailbox, dia dapat sampai 2 sampul surat. 2 sampul surat berisi pulak tu, bukan nya junk mail atau pun bil macam yang mak nye selalu dapat. Jeles ai tau.


Yang belah kiri tu, dari Nicholas. Diorang skang kat California.

Yang belah kanan tu, dari auntie Sabira, atau nama glemer nye, auntie Shippa. Thank you lalings! Buat susah-susah aje. Jauh surat merantau, berapa kali lah kan surat tu naik kapal terbang.


Tengok tu, sampai tersengih mek Aiyu, pasal ada surprise. Dia memang suka hadiah yang berbalut ni. Mak Cik Aiyu pun suka tauuuu, hahaha...



Sabira, thanks for the book & card! Suka Cik Aiyu, bila kita buat geli geli caterpillar tu kat muka dia. Tergelak besar dia. Kitorang pun tumpang gelak sama, bila tengok dia geli camtu, hehehe...



Ingatkan habis kat situ, rupanya tidak. Esoknya kami dapat satu lagi sampul dari Malaysia. Wah wahhh... murah rezeki cik kak kita! 


Kali ni hadiah dari nenek, Sally & Jon pulak. Makasihhhh! Cik Aiyu dapat baju ngan mermaid Barbie, memang lagi galak laaa anak saya itu. 


Cantik kan dress ni? Boleh pakai untuk birthday party, hihihi...



Oh ya, kalau nak tau, skang ni kalau nak amik gambar, kena cakap macam ni kat Cik Aiyu...

"Aiyu, smile like the beasttt...."

Nanti baru dia senyum tunjuk gigi :D

Tak ku sangka, senyuman ini yang menjadi pojaan Cik Aiyu.


10 comments:

Unknown said... BALAS

hahahhaa lawak giler part smile like the beast tuh hahahaha :)

Anonymous said... BALAS

Seronok cik aiyu.... :)

sabira said... BALAS

heheh..no prob kak..takut gak parcel sampai lambat..btw..just a small gift for her...hope she enjoy her coming 3rd birthday..yeah she is big girl now..rindu plak time time dia baby dulu..hihihihih

Eliss said... BALAS

wah syoknya dpt present yer :)

ffh said... BALAS

cuteee! you should have Instagram!

Batrisyiamommy said... BALAS

Beza sehari je anak kita ya.. My dotter 30june..

Unaizah said... BALAS

Murah rezeki cik kak kita ni. Cantik baju Disney Princesses tu!

mama maman aka yana said... BALAS

happy berday cik aiyu.. seronok ronok dpt hadiah yer.. :)

Fifi Nadhrah said... BALAS

hahaha.. smile like beast.. wahahaha.. cute sgt okey..

Amyz! said... BALAS

hahahaha. smile like a beast. baru nak tunjuk gigi eh? ahaha. pandai betul. aaa.. auntie pon suka cerita beauty and beast ni masa kecik2 tau. alam tak suka beauty and the beast. dia tengok iron man. haih. -_-'

yeay. nak masuk 3 tahun. dah big girl, nak dpt adik pulak tu. be good kakak ye? mwah! xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...