Tuesday, October 22, 2013

Her school picture and the rest of the house

Hari ni kan, I dapat parcel istimewa dari cikgu Cik Aiyu.

Parcel yang penuh dengan gambar sekolah dia, hehehe... Orang sini semangat sket nak amik gambar ala ala skema ni. Walaupun pada zaman siber ni kan, diorang selalunya akan amik gambar family reramai untuk Christmas card. Kalau kita kat Malaysia, nak dapat kad raya, tunggu dari kedai je la. Macam Watson's ke ape kan. Yang lain, semua pakat ucap kat Facebook ke, Instagram ke. Kalau tulis "Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin" tu kira ok lagi la kot, kekadang dapat ucapan SHRMZB. Awal-awal dulu penat gak duk fikir, apa laaa orang ni tulis. Lelama baru faham. Sorry, mak dah 3 series, tak paham bahasa muda mudi. Hari tu nak tau apa maksud "swag" pun, kena google k. Belum lagi perkataan "twerking" hahahaha...

Anyway, gambar sekolah Cik Aiyu ni, yang nak masuk majalah sekolah le kot. Mak nye dengan penuh semangat, order banyak giler gambar, hahaha.. Belum lagi masuk gambar bermagnet, siap beli 6 ketul lagi tu. Nak pos balik Malaysia, boleh la sepupu sepapat, atuk nenek tengok gambar Cik Aiyu hari-hari, hihihi....


Bapaknya balik bantai gelak tengok gambar anak. Kata Cik Abe, ni mesti kes kena paksa senyum tunjuk gigi. Nak ikutkan "pretty face" dia, senyum pesen tak nampak biji mata. Photographer tak kasi kot, hehehe.. Tadi mak Hannah bising, pasal tetiba aje rambut Hannah kena side parting dalam gambar. Nasib baik rambut Cik Aiyu maintain. Nampak dah besar sangat dia dalam gambar ni kan? :D



Cerita pasal rumah semalam, entri ni untuk Sue Ginola. Nasib baik rumah dah kemas (mak mertua alert, mak mertua alertttt), jadi ok lah nak tepek, hahaha...


Ni gambar dari main entrance. Ikutkan untuk tetamu lah, pasal kitorang nye garage kat belakang. Yang pintu belah kiri ada cermin kotak kotak tu, will lead to our sun room (ruang berbumbung, tapi takde insulation), which then will lead you to the backyard.

Ikutkan patut ada bar stools menghadap dapur, tapi biasa leee... sini semua benda kena order.  Minggu depan baru sampai kot.


Meja makan, atau bak kata Cik Aiyu, "brown table". Pintu kat belakang tu, pantry kami. Banyak khazanah dalam tu, separuh Malaysia maliiiii....


Sebab musabab kenapa Cik Aiyu panggil meja makan kami, brown table. Pasal meja tempat dia buat kerja, dia panggil "white table". Ni kira Aiyu's corner lah, tempat dia lepak main playdough, main gunting-gunting, melukis, tampal sticker dan sebagainya. Meja ni kalau dia nak tampal sticker ke ape, kami tak kisah. Ko jangan tampal kat tempat lain, sudahhhh...


The other side of the kitchen.


Perhati elok-elok belah kanan. Lesung batu turun temurun, jangan dilupakan.

Sambil basuh pinggan, boleh tengok tv. Best kan, hahaha... Kabinet tv pun tak siap lagi, naik malas nak komplen, pasrah aje lahhh...


Semalam ada kemuncak bilik air kan? Hari ni ada kemuncak dapur lak, hahaha...

Feveret Cik Abe nih, built in chopping block. Sesuai nak buat potong orang. Eh, tembikai. Ikutkan pada I, my favorite part of the kitchen is the bling bling backsplash. Sendiri pilih, mestilah sendiri suka kan, hihihi... 

I guess that's all, nak tunjuk lebih pun, takde benda nak ditunjuk. Semuanya basic saje :)

20 comments:

SueGinola said... BALAS

TQVM Kak Huda...
Puas hati dapat tengok...
Memang cantik sampai tak berkelip mata ni...hhihihi....
Nanti bar stools dah sampai jangan lupa tunjuk (hamboiii..demand lelebih pulak..huwahahahaha....)....^_^

Eh, nak tumpang gigit pipi Cik Aiyu boleh??...gebuss sangat!!...





p.s.: tak pepasal glamer kejab.....heheheh...^_^

NJ said... BALAS

suka sgt dapur camtu. boleh tgk area ruang tamu. sambil masak, boleh borak dengan orang, boleh tengok tv.. dekat malaysia tak penah tgk design rumah mcm ni lagi.. mostly, rumah omputih cemni.. :)

My Life My World said... BALAS

Cantik nyer rumah dia. Suka suka suka ...

Nota Cikgu Anum said... BALAS

santek. ni klu kt Malaysia mau dorg nk tumpang bikin filim :)

sabira said... BALAS

kah kah kah..nak gelak tengok gambar skema mek aiyu..slalunya tengok gambar baru bangun tido...siap rambut ada side parking lagik...yang penting pipi maintain pau k...wahh dapur cantik kak..floor tue pun mengancam...

Flip-flop (Norul) said... BALAS

Cantiknya rumah! Seronok tengok..

:)

SyimaSyaz said... BALAS

basic saja??? cantik nyeeeeeeee....

Melissa Imran said... BALAS

WOW!! Dah totally change!! Bilik ayu kat depan tu dah hilang terus :) Nampak spacious betul skrg. Love your couch very much!! (in my mental map, terbayang rumah lama tempat kami melepak2 tu, dah tak de :)

Lynna Ghani said... BALAS

Gambar cik Aiyu tuh mmg tabley blah..hilang 5% kechumilan cik Aiyu..hehehe..gambar college yearbook US pon mcm tuh jgk....nak ambik pon malu tgk muka sdri jadi kejung semacam jer....and semua senget sepesen jer.hahaha...dari zaman tok naduk sampai skrg tak berubah lg rupanya style omputeh ni ambik gamba utk sekolah2..tak kira la sapa pon jurukamera dia...hehehehe

<3<3<3 ur kitchen tuh! :)

ima said... BALAS

bestnyer huda...geramm tgk uma ko...jeles pun ade..klu kat sini klu x cecah 1 juta mmg x dpt la kn uma bsr mcm ni...
haiiihhh...mendongak ke langit je la nak dpt uma bsr mcm ni...hihihi

Schazaza Zober said... BALAS

chomelnyaaa cik aiyu kita.nampak sangat senyum terpaksa nampakkan gigi. kalau x, sure mata xnampak plak. hehehehehe anyway kak, your house is so nice and cosy... syioklaaa. kids friendly for me...

p/s: tommee tippee double electric breastpump ada x kt sana? how much agak2? pls help...

Madam Sooyaree said... BALAS

Sue,
Hahaha... over tauuuu... nanti lepas hari Khamis ni, insya allah ada entry lain pulak kan, hehehe... Time tu bar stools pun tak nampak dah :P Boleh aje gigit pipi dia, kalau kena tinju kami tak tanggung haaaa

NJ,
Tu la, I pun suka open concept gini. Ikutkan rumah kami tak besar sangat, cuma nampak spacious pasal takde dinding pemisah di tengah. Ni sambil masak, boleh sambil gosip. Kat Malaysia I rasa yang ada kalau studio apartment la kot. Rumah orang jarang buat pasal segan kot, kita kan pemalu orang nya, hehehe

My Life My World,
Terima kasih dear :)

Nota Cikgu Anum,
Thanks :) Hehehe... kalau gitu, boleh la cari side income kan, nak recover dari renovation cost, ahahah

Sabira,
Hahahaha... tu la, sekali sekala bersiap kan. Dia pun skang mood tanak bergambar sangat, so malas nak paksa

Norul,
Terima kasih :)

Syima,
Basic lah, pasal kami takde perabot dan barang-barang perhiasan yang selalu tengok dalam rumah di majalah tu. Ahkak tak kreatifff pastu malas nak kemas pun iye, hahahah

Melissa,
Haaa tu la. Dinding nya udah hilanggg... Kesian adik Cik Aiyu, takde bilik mainan dah, hahahaah

Lynna,
Kita terbayangkan, photographer dia mesti ala ala baya atuk, hahaha.. Tapi tu la, memang sampai skang yearbook memang gitu. Tradisi gituuuu

Ima,
Haaaa... kalau kat KL/PJ, sejuta pun takde makna wehhh... Apa lagi, kena pindah Texas leeee

Schazaza,
Thanks dear. Memang kena buat kids friendly, pasal ada budak kecik gak. Tak dapek nak letak pasu glemer, hahaha... Breastpump kita tak carry la dear, besar :) Insya allah next time ok kot, kena tengok market camne dulu ;)

Anonymous said... BALAS

Cik Aiyu comel.....rumah kelassssss gitu dan yang paling mahal sekali lesung batu tuuuuuuu......

Anonymous said... BALAS

sukanya... simple tp nampak exclusive...

Fifi Nadhrah said... BALAS

aiyu nampak sangat matured!~

Wan Aniza said... BALAS

Alahai comeynya cik aiyu! Pandai dia pose skema tu. Hopefully my little raisha secomey cik aiyu jugak nanti.

Anyways, i just followed your blog. Pls link me up too at daughterwifeymommybeliever.blogspot.com

Tq

Aliaa said... BALAS

You have a beautiful house!

Bunnybucukcomel said... BALAS

Fulamak Mai.. is that vitamix that I'm seeing?

Bunnybucuk (Adra)

Unaizah said... BALAS

Love all the renovations. Rumahku syurgaku kan....

n.a.n.i.e said... BALAS

cantik rumah akak.. :)

comel cik aiyu bergambar nmpk gigi..nampak besar dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...