Monday, October 21, 2013

Our house renovation

Sorry, entry tertunggak, hehehe...

Poyo giler kan. Janji nak tulis pasal renovation rumah lama dah, tapi baru nak buat. Bukan apa, nak masuk blog, kena lah kemas sikit tak? Hidup berpura-pura, macam ibarat kemas rumah bila mertua nak datang, hahaha...

Hari ni Cik Abe ada rumah, jadi amik kesempatan untuk mengemas apa yang patut. Sini habuk nya, mak aihhh... cepat sungguh berkumpul. Belum lagi dengan lantai yang berpasir, pasal ada orang tu kan suka bawak balik pasir dari sekolah, hehehe..

Sebenarnya I tak tau sangat nak tulis apa pasal renovation rumah. Besides the fact that we had to pay 50% extra on top of the original estimate, huwaaaa.... nanges! Tapi nak buat camne kan, rumahku syurgaku. Lelagi dengan taraf surirumah berjaya, rumahku ofisku gitu. Balik-balik kat rumah kan, jadi kalau membazir kat situ sikit, takpe la kot.

We didn't really do much. Mainly on kitchen and our bathroom. Selain tu, kami pecahkan dinding bilik mainan Cik Aiyu, dan ganti lantai satu rumah. We used to have a mixture of wood, carpet and tile flooring, skang ni semua hardwood. Senang nak vacuum ngan mop, sekali harung je. Tak yah tukar kepala vaccum tu, kejap carpet, kejap lantai. Cadangan hati nak beli robot bulat yang sapu sampah tu, tapi nanti-nanti la.

Untuk lantai, kami pilih dark port maple flooring. Tak silap I le, pasal iolls nama-nama kayu ni fail sikit. Cengal ke meranti ke I tau la. Dah nama omputeh ni, confuse tau. Sama macam nama ikan, hahahaha...

Tang kabinet dapur lak, kami guna ash.



We have galley kinda kitchen, lupa pulak nak snap gambar belah sink. Insya allah esok kita tepek. Satu benda yang I suka pasal dapur baru adalah, dapur gas! Sebelum ni dapur elektrik, very takde feeling nak memasak tau. Dah ada dapur gas ni, baru la best masak goreng-goreng. And of course, we maximized the cabinet space and added a pantry, so boleh la bertambah barang-barang kat dapur, hahaha... Tunggu bofren ni, bila la nak belanja periuk La Creuset untuk bini kannn :P



Ni bilik air kami lak.


Bilik air lama tu macam bersegmen, pastu shower kecik bebenor. The vanity place used to be much bigger, and had mirrors on 3 sides of the wall. Tapi cermin banyak-banyak pun nak buat apa, bukan tetiba boleh bertukar jadi Miranda Kerr. Guna satu cermin sudahhh...

Sink dulu ada dua, kami buat tinggal satu je. Sink baru ni besar, boleh la buat mandikan anak nanti, hahaha... Sebenarnya kitorang order online, tak sangka besar gitu. Tapi ok la, I prefer for it to be a big one. Bila basuh muka, takde air meleleh kat siku, pasal dengan siku-siku sekali dalam sink, hehehe...


Shower yang dulunya kecik, skang dah besar. Siap ada tempat istirehat, sesuai untuk ibu mengandung duduk waktu mengah, dan untuk membasuh buku lali yang dah lama tak nampak. 


Tapi apa-apa hal pun, ni lah kemuncak bilik air kami. 

Rain shower, yeayyyy! Serious best, highly suggested. Kami beli dari Hansgrohe, setiap kali mandi, memang rasa mandi dalam hujan lebat! Cik Abe awal-awal mandi takut dia nak mandi lama, pasal Midland ni tarif air mahal. Tapi bila dia tau, yang rain shower ni pakai 2.5 gal/min je, instead of what he initially thought, around 6 to 7 gal/min, terus berkubang dalam bilik air, hahaha..

In the end of the day, we feel more at home now than we did before. I guess it is not so bad living in a small town called Midland :)

22 comments:

gerbera said... BALAS

jatuh hati tengok bilik air .

Lynna Ghani said... BALAS

Love the shower! suka giler hokeh! boleh mandi sampai kecut neh hahaha :P

SueGinola said... BALAS

Excitednya nak tengok rumah omputihhh (jangan mare ye kak Huda...)...eheheheh..
Memang cantik sangat-sangat (jeles i okeh)......
Kak Huda, nanti jangan lupa buat entri tunjuk semua ye....tq....^_^ ......

Rizziela said... BALAS

Bestnya ...mcm hotel

Amyz Azlie said... BALAS

Cantik sgt!! Dapur tu, time masak memang best la. Baru bersemangat gitu.

Kalau rain shower camtu, kompem laaa alam tak mau keluar dari bilik air. Hahaha.

farah said... BALAS

Santekknyaaa dapur bilik air sumee...lap ailio tgk shower rain, hansgrohe lg, kat Mesia ni pi hotel 5 star je la kot nk fefeeling shower rain tu kann...kalo rmh sndiri nan hado...hehehehe...camni baru betul like u said rumahku syurgaku, kalo i tido dlm bilik air pun okayy...hehehe...cik Aiyu pun mandi shower rain sama ke tuuu...

sabira said... BALAS

toilet cantik gile kak..siap mcm boleh tido kat situ..wah air mahal ke kat sana....?glupp..kat sini tarif elektrik lak mahal ...

Anonymous said... BALAS

bilik air taraf hotel 5*
jutawan MLM nangis tgk tau..haha

Cik Nadz said... BALAS

wowww..mashaAllah cantiknyerrr!!
I love everything that u showed especially kitchen cabinet yg superb cute whitish. my favourite~
klau dpt tu sy akan sgt3 smangat nak memasak hari3..lalala

Nazayiena Ayiena said... BALAS

wow cantiknya bilik air dan luas,dapur pun cantik......bestnya huda.

IntanRizal said... BALAS

nicely done! Black stove?!?! i loikeee!!!

Nice Home. :)

munira said... BALAS

Assalamualaikum kak, nk tanye dr pandangan chef masakan melayu, ok ke letak microwave ats dapur gas? Bnyk tgk kt gmbr dapur mat saleh cenggitu. Knape e nk letak kt situ sebenarnye. Vent hood kt mane? :) sorry ye nyebok je

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... BALAS

mak aih,.. rumah ke hotel ni.. cantik nya kak. jeles :)

Anonymous said... BALAS

Cantekkkk.....i like

emy pokden said... BALAS

cantik bilik air u...jelos ahhh

Ninie Hanis said... BALAS

Serious cantik sangat! Saya teruja.Kalau ada rezeki rumah sendiri nak tiru idea bathroom tu. :)

Nanti hapdet la lagi setiap ceruk eh.Dapo punya kabinet ala2 english pun ada.

Anonymous said... BALAS

Berapa budget USD?... . Saja nak tahu kot2 nak plan buat rumah akak kat Midwest ni ....

MamaHarriz said... BALAS

waaa canteknyeee..nangess tengok huhu

SyimaSyaz said... BALAS

wuuuuu cantiknyaa.... suka nya tgk bilik air camtu.. kalau nak buat bathroom nanti nak buat gini tapi ala2 je lah... copy paste memang tak mampu... nangis en.syazwan saya...hehehe

~Mami Little Hero~ said... BALAS

K Nurul Huda,

Home Sweet Home... So nice n cozy. Tandas nampak cantik mcm kat hotel.

Madam Sooyaree said... BALAS

Gerbera,
Jatuh hati takpe, jangan jatuh kerusi sudah, hihihi.. gurau2 je :)

Lynna,
Thanks dear. Hehehe.. kita selalu mandi sampai tak nampak dinding, pasal wap kepul2. Skang ni sejuk!

Sue,
Ehh.. tu rumah separa omputeh je, pasal ahkak tetap Malaysia di hati, hahaha.... Thanks dear, biasa2 je :)

Rizziela,
Thanks dear, belum lagi macam hotel, pasal kita lah receptionist, kitalah housekeeper, hahaha

Amyz,
Thanks dear! Hahaha.. Alam suka mandi shower ke? Mek Aiyu tak berapa sangat, dia takut, hahahaah

Farah,
Apa lagi, tu tanda suruh tukar shower head tu, hehehe... My old house yang kitorang jual tu, pakai rainshower head gak. Tapi tak sempat fefeeling pasal tak pernah duduk sana :( Cik Aiyu tak berani sangat mandi shower gitu, dia kalau pakai handheld shower tu ok lah. Dasar budak suka berkubang dalam tub.

Sabira,
Air sini mahal, pasal kitorang jauh dari sumber air. Bebulan ada lah dalam $70 - $90 camtu, padahal duduk bertiga je. Tu semua pokok layu jeee

Anonymous,
Hahaha.. jutawan bebila nak buat ok je. Kita yang baru dapat nak renovate ni, tu yang jakun nak tunjuk kat semorang, hahahaha

Cik Nadz,
I pun suka kabinet putih, tu we settled for ash cabinet pasal kayu dia warna cerah sket. Ikut hati bofren, dia suka warna ala ala kabinet bilik air tu. Hehehe.. boleh la jugak bertambah semangat skang untuk masak, tapi standard le, kekadang tapau kedai jugak hahahaha

Kak Nurul,
Alhamdulillah, rumah sini nampak luas pasal setingkat kat. Tanah tak mahal sini, air je mahal :(

Intan,
Thanks babe. Kena cari color contrast dengan cabinet, kalau tak putih sangat rumah nanti, hehehe

Munira,
Waalaikumsalam dear, untuk microwave tu, kita buat camtu pasal nak save space. Kalau letak hood je, rasa membazir ruang le pulak. As for the vent, memang ada di belakang microwave, dan sambung kat atas (dalam kabinet). Kalau nak beli, memang kena cari "over the range" microwave. Tak sure senang cari tak di Malaysia, tapi kat sini memang banyak pilihan. So far akak pakai ok la, tapi kita bukan goreng hari2 pun. Selalu rotate masakan, hari ni Malaysia, esok Amerika, pastu Italian. Masak omputeh ni sebenarnya lagi senang, hahaha

Mrs Yana,
Thanks dear :) Ni nampak ok pasal kemas, kalau takkk.. hahaha

Anonymous,
Terima kasih :)

Emy,
Makasihh.. tak dapat selalu pergi bercuti, fefeeling kat rumah sendiri jadi lah :P

Ninie,
Terima kasih, insya allah dear. Sini rezeki kami duduk bandar kecik, rumah bertanah tak mahal sangat. Boleh la renovate sana sini sikit. Kalau kat Malaysia, hmmm.. takpe lah... Nanges!

Anonymous,
Kak duk kat mana? I guess the cost varies from town to town. Sini mungkin overpriced sikit pasal contractors tak ramai, orang lagi suka kerja oilfield. Kami kena dalam USD100k :(

MamaHarriz,
Terima kasih dear, biasa2 je rumah kami :)

Syima,
Kitorang nye rumah, rumah lama. Proportion bilik & bilik air main bedroom macam tak masuk akal sangat berbanding dengan bilik & bilik air lain. Tu yang boleh stretch out gitu. Ala ala pun ok, asal kena pada taste kita, memang berbaloi2!

MLH,
Thanks dear, home sweet home gitu. Esp kita yang tak kerja ni, 24 jam mengadap rumah, hehehe

Fifi Nadhrah said... BALAS

bestnye bilik air.. suke pulak tengok bilik air akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...