Thursday, October 17, 2013

Short trip to Lubbock

Hiii!

Macam mana raya Aidiladha semorang? Kitorang kat sini biasa biasa je. Cik Aiyu sekolah, so tak dapat lah nak berbaju kurung kuning berseri. Yang mak nye kompem tak muat baju raya kan, pakai jeans sudahhh... Nasib baik Cik Abe cuti, so ada la gang nak gi masjid.

Tang masak-masak pun sama. Memula ingat nak buat rendang, tapi bila fikir-fikir balik, cancel. Sudahnya makan nasi tomato ngan ayam masak merah. Ok lah tu, dari makan burger kan, hahaha... Lepas semayang raya ada upacara makan-makan, tapi kitorang tak join pasal takut tak sempat. Anak sekolah 3 jam je kann..

Anyway, sehari sebelum hari raya hari tu, orang Amerika sambut Columbus Day. So kira cuti panjang lah, dari Sabtu sampai Isnin. We didn't really plan for anything, until the very last minute. Cik Abe tanya, nak ke Lubbock tak? I cakap ok je, pasal Cik Aiyu pun sebelum tu ada duk ajak pergi "office" dia. Lagipun Lubbock tu dalam 2 jam perjalanan je, ala ala pergi KLCC time jam dari Kelana Jaya, hahaha...

Maka, pada hari Ahad, kami pun bergerak le ke Lubbock.

Perjalanan nak pergi tu, adalah mencabar sedikit. Hujan lebat you, nasib baik takde ribut. For mid Texas, that's not really common. Tapi best gak, dah lama tak nampak hujan lebat gitu. Lagipun bukan I yang kena drive, hahaha...

Sampai saja di Lubbock, kami check in di shopping mall dulu. Jalan-jalan cari makan. Cari tenaga untuk bercebur kejap lagi, hehehe...


Tak padan dengan air kolam yang sejuk, diorang redah jugak. Kulit biawak ke ape tah dua beranak ni. Mak nye takat pandang je la, malas nak turut serta. Baik berendam dalam bath tub.

Esoknya, diorang berendam lagi di pagi hari. Perghhh.. takpe lah weh. I duduk dalam bilik, sambil tengok tv, sambil kemas bag. Seperti kata tajuk, a short trip. Semalam je you.

Lepas check out, kitorang pergi ke Science Spectrum. Ada Children's Museum juga dalam tu, jadi memang sesuai lah.


Tenaga buruh pada hari itu.


Cik Aiyu kembar lapan, hehe..

Honestly, it is kinda cool museum if you like science. Macam-macam eksperimen ada, sampai mak bapak Cik Aiyu pun teruja sekali, hahaha...


The music room.


Untuk orang fefeeling masuk tv baca berita, hehehe... 



Tempat kegemaran Cik Aiyu. Bubblessssssssssssss!!!!



Science Spectrum ni ada 3 tingkat. Basement area, they have fossils, aquarium, experiments for your senses like eyes, ears, brain and so on. The top floor, more to aeronautical side. Kami tak naik pun, pasal Cik Aiyu dah penat, dan mak nye... lagi lah penat. Dah masuk minggu ke 38 ni, dapat jalan tanpa henti pun kira bersyukur, hehe. Tak tau macam mana mak-mak yang boleh bekerja sampai due date, memang respect lah wa cakap lu.

Dari Science Spectrum, kami terus balik ke Midland. Jalan-jalan nak shopping takde. Ada la pergi kejap, tapi tak sampai 10 minit dah keluar. Cik Abe risau, siap check suhu kat dahi, takut bini demam.

I guess that's how much faith he has in me, hahahaha...

Ok la, nak guling-guling kejap. Sambil-sambil tu, nak layan lagu Kris Dayanti,

"Menghitung hariii... detik demi detikkkkkk...."

10 comments:

Lynna Ghani said... BALAS

Bestnyaaaaaaaa yg bubble tuh! Aunty plak yg over excited! LOL :P

Nazayiena Ayiena said... BALAS

Bestnya jln2 wlpn smlm je....

FaznFaz said... BALAS

38 minggu???? x pernah sempat merasa!!!! anak2 aku semua kata xbest duk dlm perut!!! 35-36minggu semua dh kuar.... so, mmg xpernah sempat menghitung hari!!!! huhuhu!!!

dun worry, sikit je lagi... u can do it!!! caiyuk!!!

Rizziela said... BALAS

Bestnya...mandi pool private lg tu

NJ said... BALAS

my first visit here.. :)
best baca cerita anak malaysia di perantauan.. lebih2 lagi yg dah berkeluarga.. :)

Anonymous said... BALAS

ya lah best... lagi2 masih 'kemelayuan' dan 'kemalaysian'...tabik i kat u...
semoga selamat melahirkan ...amin...

Anonymous said... BALAS

ya lah best... lagi2 masih 'kemelayuan' dan 'kemalaysiaan'...tabik i kat u...
semoga selamat melahirkan ...amin...

SyimaSyaz said... BALAS

yelah memang mengah... saya dulu 38 dah surrender mintak cuti. koser nak kerja sampai due...

Madam Sooyaree said... BALAS

Lynna,
Hahahah... sama la kita! Tapi kena cover, kasi bebudak main. Nama pun children's museum kan, bukan mak2 jakun museum :P

Kak Nurul,
Tu la kan kak, asal berjalan, memang lagi indah, hihihi

Eila,
Waaa... Aiyu dulu lebih 40 minggu, hahaha... Ok le tu, makin lama makin tak selesa weh!

Rizziela,
Eh pool tu bukan private, pool awam. Tapi takde orang nak mandi pasal sejuk, hahahaha

NJ,
Thanks dear for visiting, really appreciate it :)

Anonymous,
Aminnn.. thanks for the well wishes dear. Melayu dan Malaysia tetap di hati, hehehe... Siap bawak balik Nona Roguy ni, hahaha

Syima,
Tu la, tengok ada orang selamba je buat kerja ofis sampai hari due. Tak sanggupppp

Fifi Nadhrah said... BALAS

besar betul bubble tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...