Wednesday, December 3, 2014

Here we go!

Moh kitaaa!



Jemaah Euro trip: Adiha, Hani, Ooni, Sri, Sue & tuan blog.

Lokasi: London - Paris - Amsterdam.



Destinasi pertama: kota London.

I sampai London, pagi Rabu. The plane ride went well, siap tido ngan tengok 2 movie lagi. Dah lama tak buat gitu, hahahaha... Dari Heathrow I terus amik tube, pergi ke South Harrow. Kami tak tinggal di Central, pasal nak menginap di rumah kawan Sri di South Harrow. *Hi Q! Hi Alee!* Nak jadi cerita, rupanya isteri kawan Sri tu, kakak kawan I masa sekolah dulu, hahaha... Kecil betul dunia ni kan?

Jarak dari South Harrow ke Central, dalam 30-40 minit. Kena naik bas dan tube. Bunyi macam leceh je kan, tapi tak pun. Bas diorang datang dalam 5-10 minit sekali, pastu kitorang pun tengah holiday, bukan nak kejar apa pun, hihihi... Lupa pulak, yang ada di London hari tu adalah Sri, Ooni, Sue & I. Lagi 2 orang gang cik kiah, kitorang jumpa di Paris. Jadi jumlah ahli rombongan adalah 6 orang. Dasar havoc macam ada 10 orang ahli rombongan, hahaha... Dah kata pompuan pompuan berkumpul, memang lah bising. Lelagi kitorang dah berkawan lebih 10 tahun. Yang Ooni nak masuk 20 tahun I kenal, hihihi...

So first day tu, lepas makan nasi lemak sedap buatan Alee, kitorang mula cargas ke bandar. Cadangnya nak singgah ke Abbey Road, dan terus ke Camden Town untuk beli Doc Mart Sri.

Honestly I am not the biggest Beatles fan. Dengar tu dengar, nyanyi tu nyanyi, tapi gitu gitu la. Tapi dah kata jadi tourist kan, haruslah tuju ke tempat-tempat begitu, hihihi..

Bila sampai je Abbey Road, my first impression was, "Hek elehh.. ni ke jalan yang famous tu?". Jalan biasa satu, pastu diorang tak tutup pulak tu! Ramai gak la orang yang tunggu kat hujung jalan, nak pura pura lintas amik gambar ala kumpulan The Beatles. Kalau I jadi orang yang tinggal dekat-dekat situ, mesti rasa irritated tahap dewa. #bloodytourists

After countless attempt, this was rather our best picture.


We simply had to run, because walking is just overrated, hahaha... Sangat lah kan. Padahal kitorang lari pasal ada kereta, tak tau kitorang patut berhenti ke terus jalan. Dah la pakai jurugambar instant kat situ, tah siapa lah yang kitorang suruh tolong amik gambar. Dah lepas lari tu, semua sakit perut pasal tergelak gelak, hihihi...

Dari Abbey Road, kami ke Camden Town seperti yang dijanjikan. Keluar je tube, nampak ada mamat ni bawak sepanduk kedai kasut. Maka apa lagi, haruslah pergi ke kedai dia, hehehe...


Tengok tuuu... tu tak sampai separuh weh! Sri happy giler dapat masuk kedai ni, I yang kekonon tak minat Doc Mart pun terus terminat, hahaha... After trying a few shoes, she finally decided for their black mary jane, made in England. It was like the holy grail of Doc Mart, since they are no longer producing made in England mary jane. Tinggal satu je, dan kebetulan saiz Sri. Memang meant to be kan? :D


Lepas beli kasut, kitorang pusing pusing Camden, beli souvenirs.


Of course, what is London without their double decker bus.

Malam tu kitorang pergi jejalan kat Oxford Street, tengok bandar, hahaha... Siap singgah Selfridges lagi, untuk pekena cronuts, or as they called it, cocodough. Cronut is a hybrid between crossaint and donut, and made famous in a small bakery in New York. The waiting line here in US can go for hours, and everyone is limited to buy 2 or 4 each. Ni dulu lah yang I tau, sekarang ni tak pasti macam mana. So for me to get to taste the cronut in Selfridges was purely heaven. Which was agreed by the other 3 ladies. Sedap sungguh, kau memang takkan menyesal nak.


Esoknya, kami ke London Dungeon. Ni macam rumah hantu sikit, tapi bukan rumah hantu betul lah. It is a place where they recreate the timely gory tales of London. Ada lah cerita pasal Jack the Ripper, Sweetney Todd and all. Sambil tu, ada orang sergah sergah ko kekadang, hahaha.. I suka, especially the final ala Solero Shot ride. Rasa nak gugur jantung, hehehe.. Selepas makan fish & chip kat London Dungeon tu, kitorang jejalan ala tourist terlampau. Terlampau pasal sikit sikit berhenti buat 360deg GoPro, hahaha.. Sue oh Sue!






Tower of London ground was covered with plastic poppies, for Remembrance Day. Ni kira macam Hari Pahlawan la.

Hajat asal kami nak masuk Tower of London ni, tapi pasal masa tu dah pukul 3 petang, orang kaunter tu cakap elok datang esok je. Takut tak sempat nak cover semua tempat.

Jadi kitorang pun berlegar lah kat luar, sambil amik gambar jambatan.


London Bridge, notttt!

Kitorang confident giler masa tu, yang ni lah London Bridge (it is Tower Bridge uolls!). Siap nyanyi nyanyi lagu "London Bridge" lagi masa buat pusingan 360 untuk GoPro Sue. Masa kitorang nyanyi tu, ada beberapa orang mat saleh tahan gelak. Ingatkan diorang nak gelak pasal kitorang nyanyi lagu London Bridge, rupanya dia nak gelak pasal kitorang nyanyi kat jambatan yang salah! 

*shame shame*


Dalam masa duk fefeeling tengok Tower Bridge tu, tetiba ramai je orang berkerumun. Tengok tengok, rupanya Princess Anne datang ke Tower of London.


I kekonon nak jadi paparazzi la, sekali tu....

Wallet I kena seluk kat sini :(



Bersambungggg....

12 comments:

T said... BALAS

Suspense….

Tell me more, tell me more :-D

Kniedaz said... BALAS

tak sabar nak tau kisah seterusnya...

sharon m.q. said... BALAS

tak sabar nak baca sambungan post ni! update cepat2 tau,kak... haha..

Chekgu Azrine said... BALAS

bestnya dapat jejak kaki ke london

mama maman aka yana said... BALAS

tak bertamadun org2 london.. main seluk walet org lak.. sabar jew la.. camner u nak shopping tuh.. hhhmmm..

Syima Syaz said... BALAS

Wahhh cerita u suspend nye...

Cepat cerita lagi.insyaallah 2016 kalau ada rezeki dpt la kot jejak sini.... Insyaallah amin

Poist-en Ivy said... BALAS

Literally baru nak inzal...... kemudian bersambung... ini kejam namanya...

hidayahrodhi said... BALAS

rasa mcm nak hi5 je part salah nyanyi lagu tema itu..kikiki..kita serupa kita serupa

Inani Hazwani said... BALAS

seronoknya jalan jalan :)

Makcik Anak 3 said... BALAS

mamarazzi...

Fifi Nadhrah said... BALAS

ok.. nak bace kisah seterusnye..

bestnye london..

Unknown said... BALAS

ok, kelakar sgt crita pasal lagu london bridge di bridge yg salah okay. haha. but i'm so sorry to hear you lost your wallet :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...