Friday, December 5, 2014

London II

Ok, sambung cerita kelmarin.

Lepas wallet kena seluk, harus lah gua gabra kan. Memandangkan masa tu tengah ada banyak polis, they directed me to an officer, to lodge a report. Bila ditanya, rupanya kena seluk tu perkara biasa. Bak kata officer tu, "today is quite slow, we have like 3-4 cases before you". Cisss... kalau peak time, tah berapa ramai la mangsa yang kena kan. Walaupun hati sakit pasal duit ngan kad semua takde, tapi I macam bersyukur jugak la, pasal passport tak kena amik. Rasanya diorang ni memang jenis nak duit ngan wallet je kot. Kalau amik telefon ke kamera, macam susah nak jual. 

Esok tu I pergi US embassy, pasal nak report green card yang hilang. Tapi seperti biasa, US embassy ni banyak hal sket. Sampai sana, diorang cakap kena make an appointment through e-mail. Like seriously? When I did, I received an automatic reply, saying that they will attend me in 3-5 business days. Ha ha ha.... diorang ingat aku ni duduk London ke apa? Memandangkan hari tu pun dah Jumaat, dan kitorang nak pergi Paris pagi Ahad, I pun fikir baik settle travel aprroval kat Paris je la.

Dari embassy, I jumpa the girls kat railway station. We headed out to Bicester (sebut "bis-ster" ye puan puan, bukan "bi-ches-ter"). Naik train dalam 40 minit gitu, pastu naik shuttle bus. Best juga Bicester tu, tapi tak besar sangat. I guess I am just spoiled by the outlet shops in San Marcos, hahaha.. Kalau kat San Marcos, sehari suntuk berjalan tak tentu dapat masuk semua kedai. Banyak giler. Tapi tak semua kedai best lah. Kat Bicester I teman the girls shopping, sambil buat keje part time menghasut orang suruh beli barang, hehehe.. Nak beli sendiri tak dapat kan, so hasut orang je la, hahaha... 

Selesai ber shopping, kitorang gi makan Helen Kebab di Edgware Road.


Sedap weh, tah ape lah yang diorang letak dalam kebab tu, hehehe... Tambahan pula ada mango juice, perghh... layannn...

Lepas makan kebab, haruslah jalan jalan bakar lemak. Jadi kami ke Kings Cross Station, nak gi Platform 9-3/4 macam dalam cerita Harry Potter tu. Tanya I, memang I tak tau, pasal I tak tengok Harry Potter, hahaha.. Actually I did watch the first one, tapi takleh masuk. Lepas tu tengok tengok gitu je la kalau keluar kat tv, tapi nak duduk dan memahami, memang fail. Sama gak dengan Star Wars, tu lagi lah, epic fail!


Ooni dan aksi terbangnya, hahaha... She managed to jump so high, orang lain yang beratur pakat gelak gelak gembira. Siap beli gambar dari professional photographer lagi, hehehe.. Baru lah tourist gitu kan :P

The next day, we went to Buckhingham Palace. Kalau nak pergi, kena pergi jam 11.15 pagi pasal masa ni lah, guard diorang bertukar. Jadi dapat lah tengok diorang berkawad. Ingatkan nak amik gambar dengan sorang guard, tapi tak jumpa pulak. Baru ingat nak jadi cam Mr Bean, hehehe...




Bila dah boring tengok guard, kitorang pusing-pusing jalan kat taman.



The beginning of the jumping shots.

Sebelum ni, takde pulak nak melompat lompat. Tetiba je kat taman ni, Ooni ngan Sri fefeeling nak lompat. Lepas tu amik ko, tiap sudut nak lompat. Lompat ngan 360 GoPro. Memang #bloodytourists kami, hahahaha...


That night, we bid farewell to Q, Alee and the kids. Oh my, diorang memang tuan rumah terbaik I tell you. Siap masak bagai, pastu boleh cakap tu masak simple je. Simple tu pun, kosong periuk nasi, hehehe... 

Dari South Harrow, kami naik cab untuk ke hotel berdekatan Gatwick Airport. Dari London ke Gatwick tu dalam sejam gak driving, so memandangkan flight kami nak ke Paris tu awal pagi, kami tido sana je la. Takut lewat ke ape, saje je.


By the way, we did find it.

The real London Bridge uolls!

6 comments:

Amyz! said... BALAS

LOL! The real London Bridge tu epic. Hahaha.

Kes wallet tu apakah kesudahan? Haha. Kesian kat you. Tak sabar nak baca sampai habis kisah eurotrip ni. Jgn jadi cam eurotrip movie dah le. Hahaha. Tu lagi cam haromm.. Hahahaha

Take care yang!

Makcik Anak 3 said... BALAS

jalan jalan dgn bff adalah seronok...

Syima Syaz said... BALAS

Pastu macam mana belanja tanpa wallet? Ish ish.... Kalau i sure hilanv mood ke laut trus

Fifi Nadhrah said... BALAS

lepas report tu ape tindakan derang? siap boleh cakap hari ni slow..

lyzaCR7 said... BALAS

gambar ko lompat takda ke nurul?

Liyana said... BALAS

Bile nk sambung next next part ni? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...