Monday, January 4, 2010

Egypt Part 1

Egypt oh Egypt... Mana nak mula ek? Aku kat Egypt dari early Apr 2006 to end June 2006, ada course 3 bulan kat sana dulu. Oh yes, di sini lah berjumpa cik abe, hehehe. Macam buku cerita pulak, sorang dari US, sorang dari Malaysia, jumpa kat tengah2 (Egypt). Ok la tu kan, nak ber fairy tale takde le pulak jumpa pari2 ke ape, hehehe...

Kitorang tinggal di Fadhi Land (tak sure nama atas map ape), tapi kira2 30km east of Alexandria. Kat situ kitorang tinggal dalam bungalow yang ada 5 bilik. So, sorang satu bilik lah. Aku dapat bilik kat tingkat 3, memang jenuh gak naik tangga tapi yang best pasal satu floor tu aku conquer sesorang. Hari2 naik van pergi training class. Van nye memang hazab, sempit gilos. Ni aku yang pendek, camne lah yang lelaki tinggi2 dan gumuk2 tu rasa. Sian diorang.

Dalam kelas ada 26 orang total. 5 pompuan, yang lelain lelaki (kalau ada yang khunsa, memang hamba tak tau. Best friend aku dalam kelas tu nama Louise Olivia Djibo, kitorang panggil dia Olive (tah apsal dia pantang orang panggil dia Louise). Olive asal dari Ivory Coast, tapi dah reside kat US. Dia ni memang kelakar, lelagi dalam bab2 impersonate orang. Memang menjadi.

Pasal training lak, basically kitorang belajar basic techniques untuk kerja nanti. Theoritical & practical lah. Macam masuk sekolah balik la kira nye. Yang tak best nya selalu ada exam, memang stail sekolah. Tapi ok lah, kalau tak belajar mana nak pandai tak?

tempat tinggal kami

aktiviti dalam kelas aktiviti luar kelas aktiviti waktu terluang outdoor BBQ (bukan hari2 ada tau, eksyen je lebih)

1 comment:

FaznFaz said... BALAS

waaaahhhhhh.... baru perasan ada entry nih!!!! rindu!!!! huhuhu!!!! gilaaa ah aku gain weight banyak gila pasal hari2 melantak mcd sbb makanan tak sedap!!!! heheheh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...