So dari sini kitorang naik train ke Minneapolis. Jakun acik, tak pernah naik tren lelama la nama nye. Since train ni byk stop, amik masa dalam 12 jam gak nak ke sana. Tapi yang best train jalan malam, jadi apa lagi, tido aje la dalam tu kan. Train tu kira cool jugak aaa, siap ada lounge semua kalau nak makan. Seat dia pun amat selesa, ala2 business class kapal terbang.
Grand Hotel Minneapolis
Kami sampai Minneapolis hari Jumaat pagi. Sewa kereta kat train station tu, terus ke hotel. Hotel nama Grand Hotel Minneapolis, area downtown. Satu le area ni, nak parking punya hazab. Mahal lak tu. Tapi yang agak cool diorang banyak skyway. Skyway ni macam terowong yang sambungkan bangunan2 kat situ. Iye lah, nak jalan kat luar sejuk bebenor (-10 degC gitu ye puan2). Tapi skyway ni kena pakai peta gak, silap korner pusing2 tempat sama kang.
Hotel yang kitorang sewa ni, memang meletop! Kami booking kat orbitz.com, dapat murah sangat berbanding harga sebenar. First time gi hotel yang petang2 diorang ketuk pintu, offer cokelat Godiva. Kalau kat KLCC, nak masuk kedai Godiva pun segan ;) Pastu bilik air punya lah luas. Lagi best, kat bath tub siap ada tv. Time tu la terbayangkan Sally & Nisha, kalau diorang ada mesti tak habis berangan dalam tub tu.
Swimming pool hotel pun memang cantik. Lagi mahal tengok changing room dia, memang luas. Siap ada benda utk compress hilangkan air dari swimming suit. Bertambah jakun acik. Sauna & steam tak sempat nak skodeng, pasal orang kata kalau pregnant tak elok pergi.1st day tu dengan tidak sempat-menyempat, ajak cik abe gi FO.
Hahaha, acik kan skang seller berjaya, kena la ambah koleksi bag. FO kat Albertville tu ada 6 block, tapi acik sempat gi satu blok aje, pasal dah ter overdose gitu kat Coach. Masuk je Coach, dah rambang mata tengok kanan kiri. Kalau boleh semua nak beli. Seller tu offer bag ala2 bag biru Ikea tu untuk letak barang. Amik ubat, penuh bag tu acik sumbat. Orang lain jeling2 je pasal kekadang terlanggar diorang. Jeles le tu, hehehe. Tapi duk syok2 pilih barang, seller tu kasitau diorang ada limit, 10 signature collection & 10 leather collection. Hek eleh, kemut tul. Nak beli ni, bukan nak curi. Maka nye acik balik dengan 18 barang, hahaha
Makan Time!
Tah apsal kali ni kitorang 3 kali ke restoran Jepun. Tapi acik makan sushi yang goreng2 aje la, nak makan ikan tak masak tak boleh kan. Paling best restoran nama Zake kat Hennepin Ave & 6th St, memang sedap. Harga pun not bad la. Malam pertama tu ade makan sushi gak kat Zataar, restoran kat hotel tu, tapi ok ok la. Rege pun mahal bebenor. Tapi malas nak berjalan punya pasal kan. Pastu kitorang ada makan kat Italian nama Zelo (jgn tanya kenapa semua restoran mula ngan huruf Z), sedap gak. Paling sedap kek cokelat + aiskrim, marveles!
Berbalik pada tujuan asal, kitorang gi tengok Lee perform Sabtu malam. Ok la band diorang, total ada 4 band main kat Terminal. Acik ni buta musik, lelagi musik metal ni. Layan aje la, hehehe.
Jalan2 mana boleh tak beli cenderahati tak? Paling penting kat sana ada HRC, dan sebagai pengumpul t-shirt HRC, acik beli seketul. Di samping tu ada beli drumstick gak utk Rock Band drum kitorang. Dan paling penting, FM you, hehehe. Selain FM kat HRC, ade gak beli FM Minnesota kat Mall of America. Dulu orang kata mall terbesar di Amerika, tatau la kalau ade yang cantas skang. Tapi memang besar, siap ada Nickelodeon theme park lagi. Tapi acik tengok aje la, nak naik takleh kan. Sebelum ni ada gak datang mall ni a few times (hasil transit selalu di Minneapolis), tapi datang sesorang tak se best datang ngan orang lain, iye tak?
kalau la anak hilang dalam mall ni, nangis!
4 comments:
nak jugak beg coach...
hehehe.. kena la visit www.sooyaree.com ;)
shopping sakan acik kite ni..mesti cik abe yang tolong bawakkan beg2 tu sumer...hehehe
biasa la kak, selalu kalau time nak beratur bayar tu mula la akan call dia. apa nak buat, dasar bini pemalas angkat barang
Post a Comment