Thursday, June 3, 2010

Maxis SS2 yang $$#&#&*%#&#


Tadi pi Maxis SS2 ngan Sally, nak tukar plan telefon. Dia still pakai plan 75 yang dulu2 tu. Memandangkan bil atas namaku, maka kena la tuan punya IC ikut sama. Sebelum ni selalu gi kat TTDI, tapi since dah ada kat SS2, ok lah, kami cuba tempat baru. Dekat sikit pun iye.

Bila masuk je kedai Maxis tu, kitorang agak terpinga2. Ada 1 customer, 6 pekerja, tapi suasana agak ribut di dalam. So bila nampak ada kaunter nombor tu, kitorang pun pergi la amik nombor.

Since takde customer, kitorang pun terus kena panggil ke kaunter 4. Kaunter 1 - 4 budak2 Melayu jaga (utk servis + pembayaran + registration). Kaunter 5-6 lak 2 Chinese guys jaga (diorang jual handphone je rasa nye). So yang budak2 Melayu ni tah apsal tah, duk tergelak2, berborak2 sesama sendiri masa attend kitorang.

Tu takpe lagi, pas tu yang jaga kaunter 2 tu, boleh pergi belakang, amik cawan Coke McD tu, kasi kat budak yang tgh attend kitorang. Pastu diorang boleh borak2 pasal mamat ni duk collect cawan McD tu. Hhheelllloooo..... kot ye pun, takleh ke tunggu time takde customer. Bukan busy mana pun kedai Maxis tu.

Lepas tu pulak, budak kaunter 3 ni mintak gunting kat mamat kaunter 2 ni. Budak ni boleh pulak buat action gunting pakai jari. Konon2 nak bergurau lah. Paling best, budak kaunter 3 ni boleh tunjuk middle finger kat mamat kaunter 2. Depan kitorang. Akal takde ke? Kitorang ni bukan customer ke? Kang aku file sexual harrassment, baru tau.

Kesimpulannya, kedai Maxis kat SS2 memang serupa kedai kopi daaa... Budak2 yang jaga kaunter semua buat macam itu kedai sendiri. Agaknya kalau takde customer, lagi diorang suka. Bukan nak cakap apa, tapi camne la Melayu nak maju. Kerja pun tak serius. Customer tak tau nak hormat.

So far memang worst experience ngan service company.

4 comments:

miralatiff said... BALAS

Macam siot jer perangai dieorang ni..aku rase dieorg x paham la work ethic in terms of nak layan customer..Maxis dekat KLCC pon same jugak...

Madam Sooyaree said... BALAS

oh ye ke? ingatkan kat ss2 je... cissss....

Watai said... BALAS

hahahaha cam funfair je kedai tu

Madam Sooyaree said... BALAS

kau pakai maxis kan, kau cuba gi kedai tu. dia sebelah public bank, deret murni semua. tak elok weh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...