Yeay, Cik Abe dah sampai di tanah Malaysia! :D
Kesian dia hari tu, kena tunggu dalam 30 minit kat airport. Tu la, selalu nye lambat dia nak keluar (queue cop passport & tunggu beg), tapi kali ni awal le pulak. Sorry laling! Dah la kali ni datang dengan rambut serabai panjang ngan tak shave nye (dia kata nak simpan sampai janggut dia panjang cam dalam cita Wolfman, hehehe), terkejut mereka dan keluarga mereka kat sini.
Anyway, tadi kitorang gi Bangsar Shopping Centre. Ade orang tu nak makan cheese & pickled herring, jadi kena la cari kat grocery store Bangsar. Nak carik kat Giant takut takde le pulak. Lepas habis ngan grocery, kami melepaskan batuk di tangga penat di Alexis Cafe. Lama dah nak pergi, nak makan pavlova, baru hari ni dapat :D
Pavlova ni macam meringue cake gitu la. Kat Delicious Cafe pun ade gak, tapi lupa nama dia apa. Sedap gak, tapi BSC takde Delicious. Kat Bangsar Shopping Village ade lah. Berbalik pada pavlova, atas dia ada blueberries & strawberries. Bau dia ada sedikit hanyir (entah berapa bijik telur la diorang pakai) tapi memang lazat! Pekena lak ngan iced cappucino, pergh... mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar!
Cik Abe makan Margharita pizza. Yang ni pun sedap gak, cuma bini dia lagi interested ngan dessert dari makanan biasa, hehehe. Memang mengundang penyakit!
P/S: Entry ni dibuat pada 20 Jun 2010, tapi oleh kerana kehilangan USB cable telefon, maka upload lambat sket haaa...
P/S: Entry ni dibuat pada 20 Jun 2010, tapi oleh kerana kehilangan USB cable telefon, maka upload lambat sket haaa...
1 comment:
gila sodaaappp..teringin nk makan ;)
Post a Comment