Tuesday, August 10, 2010

Diapers shopping!


Tadi kami ke spital lagi. Cik Aiyu nye selsema tak elok2 lagi, so pergi jumpa Atuk Dr Chin. Harap2 ubat ni ok lah, kesian tengok insang hati beta tu tido malam2. Macam susah je nak bernafas. Bikin mommy susah hati, nak tido pun tak sedap hati.

Lepas balik spital, kami singgah ke Kedai Ubat & Arak Lian Fatt. Haa kau.. nama penuh lagi tu. Kedai ni kat Section 17, kat rumah lama kami. Hajat utama nak beli pati ikan haruan untuk Shima (adik kakak ipar yang baru beranak). Kat sana Buy 1 Free 1 ni, siapa tak nak kan. Sambil2 tu, ku usha2 jugak lah diapers sekali, pasal kedai ni lagi murah dari Giant. Tapi yang potong stim kat kedai tu ada brand Drypers & MamyPoko aje. Baca dari eForum, Drypers ni tak best, takde magic tape. Kesimpulannya sekali dah pakai diaper tu, takleh dibuka tutup lagi lah. Oh, sungguh tak sesuai untuk Cik Aiyu yang selalu kentut ber'mustard' berisi itu (maafkan mak nak, mak memalukan kau dalam blog ini).

Jadinya ku beli MamyPoko aje. Sebelum ni memang pakai MamyPoko ngan Huggies. Tapi dah jadi mak-mak ni, kena la mula buat ilmu hisab kan. Belanjawan negara gitu. Kat kedai Lian Fatt harga MamyPoko size S, 48 keping adalah RM 36.

Lepas tu kami ke Giant kecik pulak. Tujuan nya ialah insang perut ku nak makan KFC, hehehe. Macam la esok kau puasa kan, tapi nak gak sibuk2 beli hari ni jugak. Dari KFC terus singgah ke Giant untuk beli diapers PetPet pulak (baca review, ramai yang rekomen). Ok lah, sama harga ngan Huggies (RM 29.99), tapi dapat 60 keping. Huggies 44 keping aje. Dan jeng jeng jeng... MamyPoko yang sama RM 39.99 you! Jimat RM 4 ku!

P/S: Tapi yang tak best nye, MamyPoko ni mencarut. Oopsss.. macam mana tu? Ni haaa... tengok bahasa nye, tak sesuai untuk kanak2 bawah 12 tahun gitu, hehehe

6 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

hehehe.. insang hati wakaka... i tengok gak cerita tu tapi baru ni termiss jap, dah jadi duyung ke si cleo tu?
:D

C!kpuanmuda said... BALAS

yup.. yup.. mamy poko is the best.. dedua anak pakai yang tu..

laling, nanti review petpet... kalau bagus dan boleh jimat, why not kan?

Madam Sooyaree said... BALAS

Lady, Cleo baru balik, tapi lepas dia jumpa Danny, dia macam tak nak gang ngan Ari, hahaha.. Saksikan petang/malam ni ok... (petang mak layan Zee 108 kul 5pm, so kena sambung separuh lagi kul 9pm kat 109)

CPM, tu la, so far pakai mamypoko mmg ok. tapi tu la, kena buat bajet, hehehe... i tgh pakaikan petpet ni, so dalam 2-3 hari boleh tgk kesannya pada muntot aiyu

miralatiff said... BALAS

Mak aku selalu jugak bgtau beli susu ngan diapers kat kedai SengSeng (panggilan kedai ubat cine oleh mak aku) memang murah..tp memang di akui murah just kena check expired date susu kalo beli kat kedai seng seng sbb takut stock susu lame..husband aku bg tau diapers pon sbenar nyer ade expired date jugak..aku x sure sgt pasal tu...

dynz said... BALAS

Salam, tumpang semangkuk,

ada jugak geng2 yg melayan Ari n Cleo. I kadang time iklan pi dapur sat, anak siap panggil...mama,mama cite duyong dah start...boleh?
Dah abis pun, ending lawak kan dgn si cleo dok baca magazine, pastu si duyong ari berenang2 kat kolam.

i pun beli susu ngan huggies kat kedai ubat. harga dia murah banyak compared to kat shopping complex

Madam Sooyaree said... BALAS

Mira: Tak perasan pulak diapers ada expiry date, nanti akan ku check

Dynz: Salam :) Hahaha, ramai jugak tengok cerita duyung tu! Nanti next week kita tunggu cerita baru pulak :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...