Monday, September 27, 2010

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang

Nama suspek: Cik Aiyu
Umur: 2 bulan 26 hari
Lokasi: Dari Malaysia ke USA

Pengalaman bermula pada hari Jumaat, jam 11:15pm apabila kami check out dari KLIA Pan Pacific. Sesi babai membabai dibuat awal sedikit, agar Cik Aiyu tidak sedih lagi macam hari sebelum tu.
Cik Aiyu nak sama besar dah dengan Nenek, hehehe

 Dari hotel, kami ke KLIA dengan servis shuttle buggy. Alhamdulillah, semua bag & stroller muat atas satu buggy. Walau padat macam sardin cap ayam. Cik Aiyu nampak terkesima dengan pengalaman menaiki buggy.
Aksi menahan perasaan gayat

Setelah meng check in 5 buah bag (allocation 112kg, mak yang kedekut, bawak semua benda balik US), kami pun makan ice cream di McDonald's. Request Cik Abe setelah ada orang tu tak puas hati ter makan ice cream durian kat dinner buffet.
Nak makan McFlurry Oreo ke Cornetto?

Lepas perlepasan kastam, kami pun ke gate C35 (ke C25? mak short term memory lost). Time ni jugak Cik Aiyu nak ter beri-beri. Nasib baik tak lama lepas tu, kami boleh boarding. Terus ku dan Cik Abe bergegas masuk ke tandas untuk mencuci punggung anak. Nasib baik tak gemuk sangat, muat lah kami berdua dalam tandas kapal terbang. Macam Amazing Race kami tukar diaper, nasib baik ada semangat kerjasama. Masa take off, ku & Cik Abe muka memang tak boleh blah, takut dengan apa yang bakal terjadi. Alhamdulillah Cik Aiyu ok. Bila dah dipasang bassinet, terus tido. Cuma bassinet itu agak pendek, insya allah next time dah tak muat lagi.
sabar menanti....
zzzzzz......kroiihhhh.... phhewwww....

Dari KL kami sampai ke Shanghai. Untuk pengetahuan semua, kalau transit di China, kita kena claim bag & re check balik, unless kalau transit di Beijing. Nasib baik line imigresen nye special untuk baby. Takde lah menunggu lama. Tapi yang potong stim, bila nak check in, Delta kata tak jumpa tiket. Kena re book le pulak. Dah tu, kasi seat kami jauh dari masing-masing! Apo kono kau jang? Malas nak argue + nak kejar flight, kami pun redha aje lah. Nasib baik ada satu cik abang budiman sudi tukar seat. Thank you cik abang. Lagi yang kami takleh handle, flight delay satu jam. Selalu ku ok aje kalau delay, tapi ada baby lain cerita. Dah le kapal terbang panas. Cik Aiyu dah mula mengomel, tapi nasib baik tak lama sangat. Cuma time nak landing tu dia jerit-jerit. Mak nak buat camne, bukan boleh berdiri pun. Sabar ye nak.

Lepas tu kami stop di Tokyo. Next flight adalah kapal terbang yang sama, tapi kena keluar jugak lah kan. Time kat airport, sempat lah ku ke toilet untuk tukar diaper Cik Aiyu. Bak kata Rara, toilet di Jepun adalah marveles! Even tempat nappy change pun agak cool, siap ada seatbelt gitu.
mau air ka? angin ka? cuci depan ka? cuci belakang ka? semua ada!
gatal kepala kerana cuba memahami tulisan Jepun

Dari Tokyo kami ke Minneapolis. Tapi kapalterbang hampeh ni, nak jugak delay 1 jam lagi. Sib baik Cik Aiyu dah pengsan. Kali ni nasib tak baik, semorang kedekut seat, tamau tukar. Nasib baik selang satu seat tu kosong, jadi Cik Abe duduk kat situ. Nak tukar dengan Pakcik Indon tu, dia tak kasi le pulak. Nasib kau lah, bila Cik Abe kena langkah banyak kali. Dah le takde bassinet. Rosak kata diorang, walhal sebelum tu ok aje. Stewardess kali ini memang tak elok. Boleh cakap 'we'll call the airline to ask for replacement' Wtf??? Airline nak hantar sampai ke atas ke? Dalam flight ni, Cik Aiyu ada menangis satu kali. Ooohh oooo... dia menangis agak lama la kan. Mungkin lapar & penat. Cuba nak kasi susu, dia tanak. Setelah beberapa cubaan, baru ok. Puhhhh... legaaa... Dan lepas tu, dia pengsan agak lama. Cik Abe siap ingat ku dadahkan anak, muahahaha.
pengsan dah...

Bila di Minneapolis, kami kena go through New Immigrants line. Wahhh... untuk pertama kali, semua nya berjalan lancar. No more soal siasat ala kami ini ahli Taliban. Alhamdulillah.... Tapi pasal flight sebelum ni delay, kami terlepas jugak our original connecting flight. Kena lah amik the next one to Fargo. Masa kat airport tu, ku belasah tido atas kerusi dengan berselimutkan kain batik. Sojuk! Cik Aiyu pun selepas menyusu, pengsan. Dari boarding, ke take off, ke landing, dia tido. Power anak mak.

Sampai kat airport, grandma & grandpa sudah menunggu. Mula-mula dia nangis jap bila grandma nye angkat, tapi lama-lama dia ok. Dan sekali lagi, dia pengsan tido. Penat betul Cik Aiyu. Thank you for being such a good baby!
diselebung oleh Grandma yang tamakkan cucu, hehehe

P/S: Yang pasti, Cik Aiyu ni friendly orang nye. Ramai orang stop untuk tengok dia, dan dia dengan menggeletis nye mesti nak sengih-sengih kat orang yang tak dikenali. Kena jaga elok-elok ni bila dah besar.

11 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

wah dah selamat sampai us dah narif.. banyak bebenor transit kalau nak kesana kan maklum la jauh kan.. mak mentua narif nampak happy sungguh jumpa cucu hehe

marinahunny said... BALAS

selamat semuanya..nak jadik heroin cik aiyu ni..hahahaha

ni kira terus stay kat US ke?

Chibi Maruko said... BALAS

gembira atuk nenek belah america sana jumpa cucu yea... banyak gila transit.. aiyu memang ada bakat menjadi pengembara kecik gitu sbb tak banyak kerenah dalam plane..

Madam Sooyaree said... BALAS

lady: byk transit pasal gi bandar kecik, kalau LA ke NY ke, 1 transit dah ok. tu lah, berebut grandma & grandpa cik aiyu, hehe

marina: alhamdulillah selamat... duk sini lama sikit kot, tgk kerja cik abe camne

chibi: tu lah, penat kan bila byk transit. tapi kalau duduk saje dalam kapal terbang lama2 pun lenguh gak bontot. agaknya dia dah praktis dari dalam perut kot, selalu travel, hehehe

KV said... BALAS

tumpang 'kenaling' baca cerita cik aiyu fly jauh2 tu. Huhu

lyzaCR7 said... BALAS

alhamdulillah..selamat dah sampai n selamat mengupdate blog slalu... :D :D :D
yang pastinya sally sms,mak dah mula pegang tetikus demi aiyu.. hehehe...

best nampak aiyu tdo berbungkus dgn grandma.. ;)

4 Kay-E said... BALAS

Finally dah sampai pun ke rumah :)

Amboi Cik Aiyu.. tido lena.. dah pandai sengih2 ye...

Imparfait Saint said... BALAS

wah Aiyu Rocklah...insyallah nak bawak baby No. 2 to Langkawi masa 2 bulan nanti tp nervous . Tgk Cik Aiyu can cross atlantic for 29 hours! oklah ada confident sikit

rara said... BALAS

alhamdulillah dah sampai. bravo cik aiyu! hehehe..

Madam Sooyaree said... BALAS

KV: kenaling tu ape? :P

lyza: hehehe, elok le tu, grandma nye pun cakap, nanti mak mesti mula duk depan pc, hehehe

4 kay-e: alhamdulillah... ha ah, dia gelak pun dah mula skang :D

jas: insya allah no prob. asal kita tak gabra diorg ok punya

Syima Syaz said... BALAS

bagusnye aiyu...kalau anak buah saya tuh,dari rumah nenek dia ke rumah cik leha sebaris rumah nenek pun dh melolong2 'jom aahh bayek...'(jom la balik)..sgt tak best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...