Hari ni ku buat cookies. Dah lama tak membakar, last sekali masa buat cupcakes secara besar-besaran tu lah. Rasa seram hati bila nak mula baking. Bukan apa, takut Cik Aiyu perlukan kasih sayang waktu kita tengah berperang di dapur.
Cerita pasal chocolate chip cookies, teringat Phoebe cerita F.R.I.E.N.D.S. Ada satu episod tu, Phoebe & Monica bersusah payah buat banyak batch of cookies pasal nak cari resipi sama macam resipi arwah nenek dia. Lama-lama baru diorang perasan, yang resipi tu sebenarnya resipi kat belakang packaging Nestle Toll House chocolate chips. Konon la kan resipi turun temurun. Hahaha, sooo Phoebe!
Anyway, resipi hari ni pun pakai resipi Nestle Toll House. Sama aje cam resipi belakang packaging Hershey's, cuma Hershey's pakai 1/2 tsp salt, Nestle pakai 1 tsp salt. Yang lain sebijik bijon.
Gambar sebelum:-
Gambar selepas:-
Cik Aiyu pulak, semalam dia dah upgrade satu level. Anak mak dah pandai rolling, dari baring ke meniarap.
Tapi bila dah meniarap, dia tak tahu nak buat apa dengan tangan kiri dia. Apa lagi, selepas seketika Cik Aiyu mula lah bersuara soprano.
Hari ni pulak, dia berjaya buat katak dia gym mat dia untuk menyanyi. Katak tu kena tarik, nanti dia akan keluarkan lagu. Handal anak mak dua tiga hari ni. I'm so proud of you.
9 comments:
aiyu jolie dan pouty lips :D
aye & sally dah lama tak usik oven ...buat display je masa ni
@helen@
ayu dah grow up...rindu la nk dgr sora kucen dia tu..hehe..
blk pj sok dah bleh berlari dah nnt.. hehe..
@mama arissa@
sgt sesuai dgn title.. bake & roll :)
Dah rolling ye cik aiyu...
aiyu...pipi nya....eeiii geram...
cam sedap je cookies tu...hehe
bravo cik ayu, nt esok2 dh pndai merangkak xde masa dh nk baking kut..
codap nyeeeee
Haha gamba tu mesti dia tgh stuck kan dengan tangan dia,pastu kau amik gamba dulu.heheh nice
dalam gambar ni nampak tenang ja cik Aiyu walaupun tangan stuck..ni mesti beberapa saat ketenangan sebelum suara soprano keluar, kehkeh
Helen: Aye dah agak dah, hot-hot chicken shit aje :D
Mama Arissa: Aiyu pun rindu kat korang. Skang ni kalau nak mengada takde yang nak melayan
Ita: Itulah, selangkah ke hadapan dah, hehe
Syima: Cookies ni jenis yang lembut tu, bukan yang crunchy tau
Marina: Skang ni pun nak masuk dapur kena ikut timing dia, bukan timing kita lagi, huwaaa
Opie: Thank you, boleh cuba, mudah aje
Watai: Pandai pun kapten. Dia cuba2 dulu, dah agak takleh menyelamatkan diri baru nangis, hehe
Dina: True! Dia cuba nasib dulu :D
Post a Comment