Monday, November 1, 2010

Ayam bakar Cinderella

Hari ini cuaca sangatlah baik. Snow mula mencair. Matahari terang bersinar. Semua orang gembira. Seriously, kalau cuaca baik, orang selalu macam baik sikit. Especially those who are serving customers. Diorang selalu terlebey excited untuk greet semorang. Which I really appreciate. Bukan macam kat KLCC, layanan yang bakal diterima adalah berdasarkan pakaian anda. Atau handbag anda. Atau bling bling anda.

Anyway, tadi kami pergi groceries shopping. Cuaca yang baik = queue bapak nye panjang. Nasib baik Cik Aiyu good mood, walau hari ni dia tak tido siang lama sangat. Biasa lah dia tu, kalau berjalan ok aje.

Cik Aiyu ni ikut trademark daddy & abang Luqman nye. Kalau senyum, mata tak nampak. Dulu masa zaman baru bercinta, amik gambar berdua mesti Cik Abe masam aje. Kita sebagai warga wanita haruslah terasa hati kan. *apa dia ni, macam terpaksa amik gambar aje...*

Tapi Cik Abe selalu kasi ultimatum, 'do you want to see my teeth, or you want to see my eyes?'

Sama dengan abang Luqman, selalu kalau amik gambar, ayat feveret nye 'Ibu, cepatlah amik gambar, Luqman dah penat bukak mata ni'

Berbalik pada Cik Aiyu, skang ni, dia suka tarik jari kaki.
Tengok tu, dah macam ayam bakar bontot disumbat lemon rupanya. Stokin nye tak usah cerita lah, bersepah sana-sini. Tiba-tiba aje dah tinggal sebelah. Macam Cinderella you. Nak cari stokin yang hilang, rasanya lagi senang cari kasut kaca. Banyak jugak stokin Cik Aiyu yang kehilangan pakwe. Terpaksalah beli warna putih je skang. Kalau hilang pakwe, takpe. Patah tumbuh hilang berganti, hehehe.

Malam ni Cik Abe tunjuk skill masak pizza. Sebagai isteri yang setia lagi memahami, kita sokong aje lah kan sebagai tukang jaga bayi sewaktu baginda beroperasi di dapur.


Ok lah, pizza dah masak. Kena makan bersama, barulah isteri mithali, hehehe

8 comments:

cIk JanNah said... BALAS

chomelnye dia tarik2 ibu jari kaki.
nasib baik sampai
T__T

Marliza said... BALAS

OMG qairyn has the same love2 romper!

Hidayah said... BALAS

Rambut Aiyu caler ape huda? ada penambahan tak since lahir haritu? geram betul tgk pipi dia...

marinahunny said... BALAS

nak skit pizza..

Syarliz M. Saaid said... BALAS

cepatnya dah turun snowkan..
now belum winter lagi kan...

geram tgk cik aiyu....comel banget!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

jannah: tq. tarik ibu jari ok lagi, jgn hisap sudah le. basah stokin kang

marliza: kita ni same taste kot, byk baju sama, hehe

hidayah: rambut aiyu skang dah mula gelap dah. masa baru lahir blondie sket. skang rambut pun makin bertambah, tapi tumbuh ala mohawk pulak. shafiq still botak kan

marina: ada dalam peti tu, mari lah. 16" pizza, separuh pun tak abis, hehe

syarliz: tu lah, cepat kan. tak ready lagi. skang tgh nak tukar season. tapi hari ni dah panas balik. tq dear :)

Hidayah said... BALAS

Shafiq sejak cukur sebulan lepas mcm makin cepat sikit tumbuh, kalau tak mcm tak der penambahan pun, kaler pun makin gelap..agaknyer nak sesuai dgn cuaca malaysia kot..lol

ComeyBelako said... BALAS

bertuah badan...rajin masak lagik cik abe. aiyu...untie geramm lah pipis itus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...