Friday, December 31, 2010

Jumping joy

Entry terakhir tahun ni. Apa nak tulis ye.

Hmm... kalau nak recap balik pasal 2010, banyak sungguh kejadian. Kalau nak dibuat rumusan, sudah pasti tahun 2010 ini sungguh bermakna :))

Hari ini kami pergi jumpa pediatrician. Lately Cik Aiyu ada runny nose, budak hingusan gitu. Tapi malam tadi telah menimbulkan concern mak bapak pasal ada a streak of blood in her mucus. Kalau hidung mak nya memang tak heran la, memang berdarah selalu. Tapi ini hidung anaknya, risau!

Dan memandangkan Cik Aiyu pun due untuk her last dosage of injectionssssss, kami pun call la klinik. Nasib baik bukak, pasal team bola USA tak menang dengan team bola Indonesia, hehehe.. Ni first time kami pergi klinik tu, pasal sebelum ni selalu pergi hospital dekat rumah Cik Abe. 

Klinik itu sungguh meriah dengan mainan. Tapi Cik Aiyu eksyen, duduk senyap aje dengan mak nye. Tanak join budak-budak lain. Anyway, doktor tu cakap tekak Cik Aiyu ada sedikit bengkak. Bila buat swap test, alhamdulillah bukan bacteria. So takyah la kasi ubat. Dan boleh la kasi last dosage on those injections. Cuma yang tak eloknya, she has to repeat her last dosage of Hepatitis B yang telah diberi semasa dia 5 bulan dulu. Apparently she has to get the last one when she's over 6 months old. Dalam buku Pantai Hospital kata 5 to 6 months ok! But I guess it's just a law thingy here, supaya takde masalah bila dia nak masuk sekolah kelak.

Jadi mak bapak yang kesian tengok anak, cakap kita akan buat tu bila Cik Aiyu umur 9 bulan. Tadi dah kena kiri kanan kaki, so macam kesian lak nak kasi yang ketiga. Doktor tu cakap ok, kami pun ok lah :D

Untuk celebrate umur yang meningkat, Cik Aiyu bercadang untuk melompat kegembiraan. Cuma dah kata dasar camwhore, memang mata asyik pandang kamera. Pelakon kayu la Cik Aiyu, camne ni nak jadi artis.


Tak lama lepas tu, kami tak dengar apa-apa bunyi. Senyap aje.

Tengok tengok.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ehhh... boleh pulak kan. Dari melompat terus pengsan.

Pesanan penaja:-

Kepada semua gang mesyuarat tingkap,

Selamat Tahun Baru dari kami sekeluarga!


9 comments:

{f a r a h} said... BALAS

Hahahaha...lawak la aiyu ni dr lompat2 leh pengsan...betul penat ni

dAYANGnYONYA said... BALAS

cik aiyu comel gila!!geram tgk pipi dia

TK said... BALAS

Bestnya Cik Ayu naik bende alah tu. Patutla Cik Ayu bole tidur! Auntie pun rasa nak naik gak!hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Itu lah, kitorang pun tak perasan. Tau-tau dah pengsan, hahaha. Yang kelakar dia tido dalam tu dalam 10 minit. Terjaga, terus lompat balik!

Dayang,
TQ :)

TK,
Kalau ada untuk orang dewasa, boleh kita lumba siapa yang boleh lompat lagi tinggi :P

rara said... BALAS

kesian cik aiyu... penat sangat kot terus pengsan. hehehhe... anyway, happy new year to u n family!

Dinas Aldi said... BALAS

Kahkahkah boleh pulak tido sambil berdiri! tak nampak macam jumping with joy tapi macam jumping sambil jaga sopan santun gitu.
tambah lagi sorang teringin nak naik benda tu - me, hahaha

lel said... BALAS

penat sungguh cik aiyu ni!

Anonymous said... BALAS

Laaa tido 10 menet je? Amik power nap la konon..dpt energy utk lap lompatan seterusnya.

Haha! Comel la!

Syima Syaz said... BALAS

hahahaha kelakar lah aiyu ni... ada je benda mommy dia blh cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...