Siapa nak anaknya pandai macam Einstein?
Pandai aje macam Einstein ok, fesyen rambutnya jangan ditiru pulak. Tak kuasa you... (mungkin zaman dulu takde pelembap rambut dengan Pro-V dan vitamin B5 ;P)
Ok, cerita hari ni takde kena mengena dengan Einstein pun sebenarnya. Hanya nama dia dipinjam.
Kisahnya, lately ni kami duk cari cara nak distract Cik Aiyu. Bukan tak sayang anak, tanak main dengan dia, tapi kami mana ada bibik. Kalau tengah basuh pinggan tu ok lah nak tengok-tengok kan dia, tapi kalau tengah cuci jamban? Mak selalu kalau cuci toilet tu, mesti ala-ala cuci diri sendiri dah basahnya. Kang kalau anak asyik menangis, mesti tension tak? Macam mana nak concentrate cuci toilet? Nak keluar kang, satu kerja pulak nak cuci lantai yang penuh bersabun.
Nasib baik sekarang dia rajin nak exercise. Lompat si katak lompat. Tapi takkan nak biar dia 24 jam dalam tu kan. Kang orang kata mendera anak pulak. Sudah la semalam buat cerita sedih, tertido dalam Jumperoo.
Sekarang ni, kami jumpa cara baru.
Kasi dia tengok tv.
Sebelum ni cuba jugak, tapi dia macam tak minat. Kecuali cerita Hindustan masa kat Malaysia dulu. Time lepak-lepak dengan nenek, habis semua cerita Hindustan dan sinetron Indon dia layan (eh, bahaya sebut Indon zaman skang ni. Ampun pak).
Bila sampai sini, ada jugak belikan dia DVD bayi-bayi ni. Richard Scarry la, Fischer Price la, semua dia tak layan. Takkan nak suruh dia tengok CSI hari-hari kan? Kang tak pasal-pasal jadi psycho pulak. Dah la kat Amerika ni banyak budak-budak mental. Ubat untuk depression diorang jual macam Panadol dah. Tak sanggup...
Tapi, dengan adanya Baby Einstein, kini Cik Aiyu asyik di depan tv.
Best jugak DVD ni, dia ajar sumber-sumber dan kegunaan air. Kami dah pantau, Cik Aiyu memang suka tengok. Kira dia duduk senyap jap la waktu tengok tv. Walau kadang-kadang dia duduk, pastu baring terlentang, pastu terlangkup, concentration itu tetap ade ye puan-puan. Dan paling penting, takde orang terjerit-jerit dalam cerita ni. Apsal eh, kalau cerita budak-budak, mesti watak dalam tu nak kena terjerit-jerit? Bingit tau!
Esok ingat nak cari siri lain pulak. Harap-harap Cik Aiyu suka :D
Kerja part time Cik Aiyu sekarang, baiki komputer. Siapa nak komputer rosak, sila telefon saya.
5 comments:
ohhh tadi dah taip komen tapi sangkut la pulak, tak boleh keluar kat sini.
nasib baikla ada jugak benda yg boleh distract cik Aiyu, especially masa maknya sibuk cuci jamban, hehehe
Aiyu leh repair pc je ke? Ni nk minta repair Mac...leh x?
iphone leh tak cik aiyu hehehe... iphone aunty ni asyik hang jer.. :D
Dinas,
Letih dah nak melayan, makin lama makin lasak
Farah,
Mac tak khatam lagi, hihih
Lady,
Kalau telefon touch screen memang kepakaran dia. Siap hantar sms kat kawan Cik Abe
wah. oke. nak try beli nih. mana jadi kerja kalo nak ngadap dia je.. huhu. T_T
Post a Comment