Thursday, December 9, 2010

Lady in red

Merah tak Mak Ngah?

Tapi Cik Aiyu anak sulung, jadi nya merah sungguh Mak Long!

Ni first time kami pakaikan dia baju merah menyala gini. Cik Abe kata, "red is not her color". Dia suka tengok anak pakai baju warna hijau. Ada jugak baju warna hijau dalam koleksi, tapi kena lah amik giliran. Kasi sama adil dengan semua baju. Barulah tak pilih kasih kan. Nanti kalau baju merah merajuk, siapa nak pujuk?

Dan dua hari kami tukar wardrobe Cik Aiyu. Upgrade sikit, naik satu saiz. Skang ni dia pakai saiz 6-12 months atau 9 months. Cepat aje kan budak-budak membesar. Yang best nya, lepas korek-korek balik bag, banyak sungguh baju dia untuk saiz yang ni! Ada yang orang kasi, ada yang hands on, ada yang mak nye beli. Kira cukup lah untuk 3 weeks cycle. Kecuali kalau dia poo poo impak maksima. Yang sering terjadi kini. Adakah diapers tidah berkualiti, atau Cik Aiyu yang ada kelebihan tersendiri? Penat tau nak mencuci!

Hari ni kami discover bakat baru Cik Aiyu. Dia dah pandai menganga bila kita nak suap dia. Sebelum ni dia main bukak tutup mulut tanpa henti. Harus pakai payung ok, confirm menyembur kena kat si tukang suap. Tapi hari ni Cik Aiyu dah maju. Makan macam orang besar you. Tinggal tak reti nak suap sendiri aje. Cawan pun fail lagi nak pegang. Tapi takpe, one step at a time k!




Kat rumah pun, ada satu pembaharuan. Periuk belanga mak dah tergantung you! Sebelum ni letak dalam kabinet aje. Tapi rumah kami ni kan ala-ala comel, maka nya nak letak periuk dalam almari tu, kena ada seni. Salah sikit, mesti tersangkut. Dah kena adjust angle semua kasi ngam, baru boleh tarik keluar.

Tapi sejak Cik Abe suka masak ni kan, memang selalu la dengar keletung keletang kat dapur tu. Member tak reti angle yang optimum untuk periuk-periuk tu. Habis macam orang nak bergaduh dah bunyinya. Setelah dibawa berbincang laki bini, akhirnya kami buat begini:-


Taaa daaaaaa....

Posisi: Atas sinki.

Boleh la lepas ni feeling feeling ada island kitchen idaman hati.

8 comments:

My Life My World said... BALAS

Ala-ala comei nyer pose nganga pulut Cik Aiyu tu :)

Fyda Rahim said... BALAS

sangat tomei cik aiyu pakai baju merah. tomei2.. suke tgk. =)

Amy Z! said... BALAS

periuk2 bergantung atas sinki harap tidak terhantuk kat kepala waktu membasuh pinggan. hihi. tapi betul. kita kena fully utilized semua ruang yg ada. kena pandai arrange la.

bertuah sungguh husband suka memasak. kita makan dan jaga anak je. hahaha.

cik aiyu.. kenapa comel sgt? :D

Dark @ng3L said... BALAS

chomel juge cik aiyu pakai merah mak long tu

Dinas Aldi said... BALAS

I rasa cik Aiyu pakai kaler apa pun comel lah! gigih menganga nak makan tu!

hati2, jgn kena timpa dgn periuk belanga, kehkeh

Hidayah said... BALAS

amboi baik budi nyer cik aiyu dok bertimpuh smpai makan..

Lady of Leisure said... BALAS

lepas ni nak kene gantung jugak la periuk belanga.. hehe.. betul lady simpan kat lemari kan nak tarik keluar r ank simpan kadang2 habis jatuh lelain sekali haha...

ASaDa RyutaRo said... BALAS

cik aiyu dah comey.. pakai apa pun tetap comey.. ;)

awal2 dah panggil mak long yer.. ade perancangan nak adakah mak ngah lah nampaknya. hihi ;P

bila agaknya dapur rumah macam dalam gambar last tu ea?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...