Thursday, December 2, 2010

Makan lobak, berak lobak

Hahahaha... tak senonoh kan tajuk.

Tapi memang betul pun.

Semalam kan Cik Aiyu telah berjaya menghabiskan 62g (71g - 9g) lobak merah, pagi tadi poo poo dia sebijik rupa lobak merah tu. Serious, rupa bentuk muka bumi, warna dan tekstur. Sebijik.

Memang gitu ke?

Cik Abe cakap kalau dia tak boleh digest, serupa tak payah bagi dia makan. Tiada nutrien yang diserap.

Tadi kitorang cuba nak bagi lagi, tapi dia macam tak berminat pulak dah. Cuba masak bubur nasik, pun kena reject. Cik Aiyu nak makan cheese cake kot? Ke brownies? Esok mak buat brownies nak tak? Macam best pulak kan makan brownies, pekena dengan aiskrim vanilla... Pergh... tak sedar diri betul.

Hari ni busy sikit, duk cuba nak habiskan sesi fotografi Sooyaree's Closet. Nampak mudah, tapi leceh jugak sebenarnya nak amik gambar bag ni. Lagi-lagi bila pakai kamera orang. 5mp pulak tu (ayat berlagak, tak boleh tahannnn). Kamera kesayangan ku kan sudah ketandusan kasih sayang bateri. Alhamdulillah gambar dah habis amik, belum habis upload ke blog aje.

Gambar duta Little Sooyaree buat hari ini:-

Ini baju persalinan ke tiga ye puan-puan. Baju pertama dan kedua telah dilobakkan dengan jayanya oleh Cik Aiyu. Dah serupa pakai lampin kain le pulak. Harapkan Pampers, Pampers makan padi, camno?

Kepada mereka yang tertanya-tanya apakah itu Sonata Arctica, ia adalah sebuah band heavy metal dari Finland. Bukan Joon Sang dari Winter Sonata ok. Biasalah, anak bapak. Harapkan mak, nanti mak pakaikan baju tulis I Love Britney Spears. Ooh baby babyyy....

8 comments:

My Life My World said... BALAS

Ala-ala comel ... Pssstt, Cik Aiyu meh sini telinga auntie nak bisik. Mak Cik Aiyu tu sebenonyer nak offer cheese cake dengan brownies segala tu bukan untuk Cik Aiyu taw, tapi untuk diri sendiri ... hahahaha... jangan marah Mak Cik Aiyu, nanti kena jual :D

Madam Sooyaree said... BALAS

hahaha... abis la acik, bocor rahsia! :P

Dinas Aldi said... BALAS

Yg benornya, harapkan pampers, pampers penuh lobak, kahkahkah! anyway cik Aiyu nampak tenang ja tu, mungkin sebab semua lobak sudah keluar :D

lyza said... BALAS

hehehe..memang le cmtu..apa yang dia makan..tu la rupa poo poo dia..
cam budak2 dulu,if aye blend sayur bayam + nasi n blend..hasil tut tut cm tu la..kaler hijau..hehe..

ateh - kenapa gambar aiyu sikit.. tak best la..
**arissa**

marinahunny said... BALAS

rasanya sbb hanya itu makanan dia kut itu yg kuar sebijik tu..

somuffins said... BALAS

Salam
I berlenggang kangkong dari dapur LG. Jauh datang nih, dari OZ ke US, kan?

Selamat berkenalan dgn cik Aiyu dan maknya :-)

Madam Sooyaree said... BALAS

dinas: betul tu cikgu! padan la BM time SPM dapat 4, hahaha

kak lyza: colby still tak puas hati, kata anak dia tak serap nutrien. tapi tadi kitorang kasi dia apple lak. tengok camne. arissa, ateh dah letak byk gambar aiyu hari ni!

marina: tapi kenapa bila minum susu berak kuning lak? hehehe

somuffins: salam perkenalan, jauh berjalan tu, dari summer ke winter!

farah said... BALAS

Just like my baby! harapkan pampers, pampers mkn padi...bila membuang aset je, trlmbt sikit tukar, skjpan je dah hancus lebus kena baju...adakah harus tukar pampers high branded? Wehehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...