Tuesday, November 30, 2010

Aiyu's big day!

Big day = hari perkahwinan?

Jangan nak berangan, Cik Aiyu baru 5 bulan ok.

Oh ya, semalam hari Isnin bersamaan 29 Nov 2010, Cik Aiyu berusia 5 bulan. Happy belated 5th month birthday anakku!

By US standard, Cik Aiyu adalah sudah terlambat untuk jadual imunisasi. Yang 2 bulan punya kitorang buat masa dia 3-1/2 bulan, yang 4 bulan pulak kitorang buat pagi tadi.

Ya, amat menakutkan. Mak memang kureng sket le dengan injection ni.

Sebelum sesi bermaaf-maafan tangis-tangisan, kita amik berat dan ukur tinggi dulu.

15 lb 4 oz ~ 6.93 kg, 25-1/2" ~ 65 cm.

Around 75% height, 85% weight. Ok lah, time lahir dulu, 50% height, 100% weight. Bayi debab yang dah tinggi sikit :D

Ditenangkan oleh bapa yang setia di sisi.


Amik ubat, kiri kanan kena cucuk.

Patut ada satu lagi, untuk Hepatitis B second dosage, tapi tadi macam ter confuse pulak. Ingatkan dah buat kat Malaysia, tapi yang itu hanya first dosage. Ada gaya kena pergi balik hospital untuk injection dalam minggu ini. Sorry anakku, my bad.

Tapi kali ni ok lah, dia menangis dalam seminit je kot. Lepas tu main peek-a-boo, terus senyum.

On the way balik, kitorang singgah kedai. Beli present untuk Cik Aiyu.

Nak tau apa present nya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Meal pertama Cik Aiyu!

Sebelum ni kasi makan buah, ala-ala merasa aje kan, kali ni kami cuba kasi makanan yang betul punya. Original wa cakap lu, tak main tiruan punya ok.

Ku selalu bersangka buruk pada ready made baby food, ingatkan banyak preservative and stuff, rupanya sangkaan itu salah. Macam Gerber ni, ingredients hanyalah carrot & water. Not bad eh? Cuba dulu, kalau Cik Aiyu suka makan boleh mak mula memasak.

Keputusan nya............


Cukup puas hati, lebih daripada itu!

Satu bekas 2.5 oz (71 g) tu settle untuk lunch & dinner Cik Aiyu. Tolak 9g untuk yang disembur keluar.

Kelakar tengok dia makan, mula-mula punya lah laju. Makin lama makin perlahan, in the end sampai tersandar.

Syabbas betty!

10 comments:

Marliza said... BALAS

Qairyn at 6mo dlm 8.1 kg masa 5mths 7.5kg and the height sama mcm aiyu..tp kenapa qairyn tak berketak2 mcm aiyu ek?msti berat tulang qairyn ni..ssh betul nak jadikan dia mcm baby michelin hehe

Anonymous said... BALAS

rambut aiyu dah kurang mohawk .. tak sabar tunggu rambut aiyu panjang cam gegerl ...boleh gedik2 ngan hair accessories plak :D

@ helen @

Unknown said... BALAS

hahaha....abih tomot. tomey ah aiyu wpun tomot.

My Life My World said... BALAS

Clap clap clap ... Cik Ayu menanggis tak lama. Sungguh berani.

kaptenkeirin said... BALAS

dah 'tua' dh cik aiyu ^^ mudah2 an jd anak yg baik, anak yg mendengar kata ...

Rozie said... BALAS

soyaree...cik aiyu debott dah leh duduk kee..? kire okla tu..anak i..@4months+...dah 7.2kg...kekekkee...

Dinas Aldi said... BALAS

seminit ja nangis? way to go, cik Aiyu! sungguh la comel walaupun comot makan tu, x bleh tahan gelak!

Amyz! said... BALAS

comot2 pun comel. mwah! :-)

ICAZIESYIRA said... BALAS

wah! makan carrot comot sekali!
cuba try bagi nasi baryani plak?
heheheheh

alahai cik aiyu.
aunty geram sama kamu!

Madam Sooyaree said... BALAS

marliza: wah, berat juga ye baby Q! aiyu terlebih kulit kot, harap-harap meninggi le bukan ke tepi, hehe :P

helen: tu lah, rambut dia dah berat kot. nanti boleh la pakai klip rambut cam luqluq :P

cb: tengkiu auntie cb!

acik: alhamdulillah :)

hisyam: terima kasih, aminnnn :)

rozie: ha ah, dia dah boleh duduk sekarang. tapi kekadang rebah jugak le :P. aiyu skang dia gain weight lambat. awal2 dulu sekilo sebulan. tapi asal sihat alhamdulillah :)

dinas: tengkiu :) muka puas hati tu, makan banyak!

amyz: thanks :)

icaziesyira: thanks auntie :D nasi beriyani, kang mak dia yang bantai makan, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...