Sejak kelmarin, kitorang discover talent baru Cik Aiyu.
Dia dah pandai cari pacifier nya pada waktu malam.
Selalu bila dia dah tidur, kitorang memang letak kat bahagian kiri atas tilam nya. Kena kasi seragam, senang nak cari. Siapa-siapa yang ada baby ketagih candu pacifier, mesti tau akibatnya kan, kalau kasi pacifier itu lambat. Atau lagi teruk, bila hilang. Wooo... pernah terjadi sekali. Memang terpaksa berpegang aje lah. Nasib baik jumpa satu celah sofa. Esok tu jugak kitorang borong 4 terus. Back up kepada back up adalah wajib ok.
Anyway, dah 2 malam bila terjaga tengah malam nak kasi susu, ku sedar pacifier itu tiada di tempat kejadian. Jumpa mesti area dekat-dekat mulut Cik Aiyu, atau dalam mulut dia. Mula-mula ingatkan Cik Abe buat surprise baik hati bangun tengah malam. Tapi bila dah 2 malam berturut-turut, rasa suspicious la pulak kan. Bila tanya Cik Abe, dia cakap mana ada dia bangun. Waaaa... harap-harap bukan Ju-On yang baik hati nak jaga anak orang lah. Jadi untuk bersangka baik, kitorang anggap Cik Aiyu dah maju, yeeiiihaaa!!
Tak percaya ka? Sila tonton video ini.
Pesanan penaja: Video ini adalah khas buat nenek Cik Aiyu yang baru balik Langkawi. Dengar khabar dapat tangkapan besar di Haji Ismail. Jangan duk perap dalam lemari aje. Nanti kena sound dengan cucu lagi, "kenapa nenek suka simpan benda-benda pelik dalam almari"
Terror kan Cik Aiyu makan. Cuma hampir menyembah bumi, nak kejar sudu punya pasal.
11 comments:
adoh comelnya! nampak bersungguh2 dia makan! tapi sempat lagi renung ke arah kamera tu :D
comelnye! siap bunyi cap cap makan tuh ...hahahhaa
letak la lagi video cik aiyu! comel la!
geram betul aku tgk cik aiyu neh...
Dinas: Eye contact itu penting, hehe
Marina: Itu la, nak tido bising, nak makan pun bising!
An Aspiring Writer: Insya allah kita letak lagi :)
Illa: Tunggu dia menjerit, semua lari!
haishhhh....tomey aih anak dara kiut nih. cubit skets.
comeinya cik aiyu nii....geram tgk...bby narif baru blm 6bulan kan? tp dah blh duduk....my bb 24hb ni 5bln...blm mnirap lg...
CB: thank you mak... ooppss.. auntie...
miniepfume: cik aiyu baru 5 bulan, 29hb hari tu. biasa la tu, lain baby lain cara. tapi bila dia dah pandai meniarap memang pening, lagi2 kalau berangin pasal tak suka tertiarap! (macam ada orang tu)
CB: thank you mak... ooppss.. auntie...
miniepfume: cik aiyu baru 5 bulan, 29hb hari tu. biasa la tu, lain baby lain cara. tapi bila dia dah pandai meniarap memang pening, lagi2 kalau berangin pasal tak suka tertiarap! (macam ada orang tu)
hahahah. cik aiyu ni. comot2 ponnnn cute la. rasa nak geget je pipi dia tu. hahaha.
huda, best sungguh tgk cik aiyu awak kejar sudu! kalau shafiq cmtu kan senang, ni kita nak kena kejar dia satu rumah nak suap mkn kan..tp yg heran mama shafiq ni tak gak kurus kan..:P
Post a Comment