Friday, December 24, 2010

Santaiyu

Christmas eve.

Lain sekali.

Kalau sehari sebelum Hari Raya, memang kecoh rumah di Malaysia. Dapur confirm akan sentiasa berasap, belum lagi acara mengisi ketupat sambil mengumpat. Eh, kalau bulan puasa tak elok mengumpat. Bulan tak puasa pun tak elok jugak. Tapi mengumpat itu sungguh indah. Betul tak kawan-kawan? :D 

Tahun ni first time kami berada di rumah mertua sebelum Christmas. Sebelum-sebelum ni, selalu Cik Abe kerja. Confirm lah kitorang tak buat apa pun, hehehe. Dasar pemalas kan.

Pagi tadi dimulakan dengan upacara ibu mertua membakar cookies dan membuat roti. Tidak lupa pumpkin pie serta apple pie.

Tapi itu aje lah.

Takde acara menukar karpet, langsir dan sarung kerusi. Tiada juga adegan Sally mengelap cermin dan mop lantai. Kerahan tenaga untuk memotong bawang dan memetik daun pandan pun tidak kedengaran.

Bila masuk petang, mertua ku pergi ke gereja untuk acara memasang lilin. Baru tau rupanya Christmas pun diorang pasang lilin, selama ni ingatkan untuk wedding aje. Balik dari gereja, cuba teka apa ibu mertua ku masak?

?

?

?

?

?

?

Popia goreng. Atau nama omputih nye, spring rolls.

Selamba saje kan.

Cuba kalau nak raya kita buat perangai nak masak chicken chop ke, baked potatoes ke, fish & chips ke... Habis 7 keturunan kena kutuk pun tak habis. Kompem satu kampung tau!

Tapi, elok jugak ada acara memasak rendang & ayam merah untuk hari raya. Mai Korner like this!

Untuk cik kak sorang tu, ibu mertua belikan dia suit "My 1st Christmas"


Headband nye gaya macam nak buat senam robik dah.

Ok lah, Cik Aiyu nak tido dulu, tunggu Santa datang malam ni ikut pintu dapur.




11 comments:

FaznFaz said... BALAS

takde adegan masak turkey ker...???? rindu doh nak makan turkey... dalam sumbat potato, bila potong kuar cam larva.... aaaahhh.... indah!!!!!

pastu, next day after xmas lak, boxing day, shopping tahap gila tak ingat!!!!

Mak shafiq said... BALAS

Merry christmas cik aiyu! Dah mcm anak pompuan santa daa...so cute bland with red!

TK said... BALAS

Mewwy Kwismas to Cik Ayu yg serba merah.Pinjam headband auntie nak g aerobic ni..
Hmm..Mesti Cik Ayu dpt hadiah byk dr Santa..

Dinas Aldi said... BALAS

Mak aii, merahnyaaaa! dari kepala sampai ke kaki merah, kehkehkeh!

Fyda Rahim said... BALAS

sgt2 comei. tdo pon still tomei2. geram je tak cik aiyu serba merah. sweet! =)

laila said... BALAS

esok jenuh la cik aiyu nk bukak hadiah byk santa bagi
huhu

Lady of Leisure said... BALAS

hehe mesti santa ho ho ho tu suka giler tengok cik aiyu pakai baju merah sama ngan dia hehe.. comel giler..

Syima Syaz said... BALAS

merahnye mak ngah....merry xmas cik aiyu...aiyu dpt socks ke? xmas present dpt ape? =)

Yat Maria said... BALAS

kalo santa comel cam cik aiyu yg datang habislah kena romos2 ngan sumer :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Eila,
Sini baru nak Krismas skang, hihihi.. Babe, Boxing Day tu kat UK aje. Sini Black Friday, sehari lepas Thanksgiving

Mak Shafiq,
Ho ho ho to Shafiq too! Tengok gambar kat FB, dah 6 batang gigi si kecik!

TK,
Nanti boleh kita buat senam robik bersama ok.. tak pun menari poco poco

Dinas,
Merah Mak Long you! :P


Fyda,
Thank you dear :)

Laila,
Takut mak dia yang lagi rakus, hahaha

Lady,
Sekali dengar Aiyu jerit, Santa terus lariiiii...

Syima,
Aiyu takde socks, socks nye kecik sangat, hihihi... Nanti kita tengok apa dia dapat later k ;)

Amyz! said... BALAS

best jugak sekali sekala masa raya masak chicken chop. haha.

memang kena chop dengan periuk.

haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...