Monday, January 17, 2011

Dan pemenangnya ialah....

Penat sungguh badan hari ini. 2-3 malam ni Cik Aiyu jaga banyak kali waktu tengah malam. Macam malam tadi, sampai 5 kali kot. Bangun tadi kepala rasa nak pecah. Harap-harap tak demam la. Satu hal pulak nak jaga anak time demam. Mana lagi susah, jaga anak time demam, atau jaga anak yang demam? Alhamdulillah Cik Aiyu selama ni belum demam lagi. Kalau demam tak boleh nak imagine riuhnya dia nanti. Skang ni pun duk asyik membebel aje.

Berbalik pada soalan semalam,


Cuba perhatikan gambar di atas. Apakah perubahan yang telah berlaku berbanding dengan gambar-gambar dalam post sebelum ini?

Pemenangnya ialah ati_emylia! Farahmizah pun jawab betul jugak, tapi kali ini teka-teki teka-tekuk hanya untuk siapa yang paling cepat. 

Ehhh... ada hadiah ke?

Sempena dengan progress baru Cik Aiyu hari ini, mak nye dengan besar hati ingin memberi hadiah kecil-kecilan pada Cik Emy kita. Cik Emy, kalau terbaca post ni, email saya ok :) 

Haaa... Cik Abe telah mencantas janggut nye dengan tiba-tiba. Takde angin takde ape, tiba-tiba satu petang tu dia turun, cakap "should I keep my hair like this?"

Aku pun dalam hati "ehhh.. apsal nampak lain aaa.. dia potong rambut dalam bilik air ke?" Lepas beberapa minit baru sedar yang dia dah tak berjanggut. Itu pun dia yang sedarkan, hahaha.. Bini tak guna sungguh!

Cik Abe bukanlah seorang yang berjanggut. Dari kenal dia April 2006, memang clean shave orang kata. Tapi entah kenapa, awal 2010 dia bercadang untuk simpan janggut. Peer pressure kot, kawan-kawan dia banyak yang berjanggut. Kira dah setahun la kan umur janggut itu. Lama tu weh!

Anyway, hari ini Cik Aiyu dah up satu lagi langkah.


Ade awek tu dah pandai merangkak! Tapi masih jatuh-jatuh la. Kira dia merangkak 3 tapak, lepas tu rehat atas perut untuk 30 saat. Tadi kitorang timing, dia amik masa 3 minit untuk merangkak dari sofa ke almari tv. Habis lah, lepas ni mesti nak ber exercise saje.


Tengok tu, badan pun dah susut. Nak kata tak makan, dia makan ok jugak. Semangkuk bubur nasi setiap hari. Menyusu pun dalam 6-7 kali sehari. Tapi susu cap gantung saje lah. Rezeki dia, tak perlu minum formula lagi. 

Sebagai langkah keselamatan, kami dah balut semua almari yang berbucu,  untuk mengelakkan tragedi Oktober. Tengah fikir patut beli tak yang ala-ala barb wire tu, untuk limit kan kawasan dia bermain. Harap-harap semuanya ok saje la kan. Amin.....


17 comments:

FaznFaz said... BALAS

teheheheh.... colby nampak cam budak sekolah bila dah shave.... abih laaa ko!!!! hahahahha!!!

anyway, bila anak dah mengexplore, nanti kurus jer.... cam anak aku, aku rindu gila bila dia 6-7bulan, bolat jer.... skrg gi memana, org ingat aku tak bagi anak makan, sbb kurus jer.... sedey!!!!

Amyz said... BALAS

Semua makanan tak sempat jadi lemak sebab cik aiyu sgt aktif.

Takpe. Kurus ke gebu ke. Janji sehat. ;-)

Kaseh said... BALAS

alahaii...pasni takleh nak berkemas sgt umah..sebab nati ada org tolong kemas..hehe dah pandai merayap dah anak dara tu..

FAD RMLN said... BALAS

bile dah start merangkak xmenang tanganlah jadinya. :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Eila,
Takpe, saham aku mahal lagi, hahaha... Tadi kitorang dah buat persetujuan, baik anak skinny dari obese. Kalau skinny mak bapak yang kena, kalau obese nanti anak yang kena ejek.

Amyz,
Lemak mak nye ni tanak pulak disedut kan, hihihi

Kaseh,
Skang ni pun dia yang lagi rajin mengemas :P

Nrfadlh,
Kita tengah membayangkan future. Pasti banyak adegan mak menjerit-jerit

lyzaCR7 said... BALAS

aiyu dah merangkak..wahhh bestnya pasni ada tukang kemas yang paling handal dlm umah tu..kehkeh..

tak kisah bulat ke lonjong ke 4 segi ke 3 segi ke..jji sihat..tu penting.. lg satu,biar le mak demam..sb bapak leh amik tugas mak..then kita baring n tdo je atas katil..makan pun atas katil..heaven oo..:P

Najwafieqa said... BALAS

sgt cute lah anak u! =)

ati_emylia said... BALAS

i won i won hahahahha......

yer cik aiyu akan jadi super cleaner taklama lagi....

emy

Eliss said... BALAS

my nuha dulu skip step.dia berjalan merata-rata sambil pegang-pegang sofa dulu baru merangkak :p memang time melasak, badan dia susut mcm my nuha jugak la.

{f a r a h} said... BALAS

Alaaaaaa, terlambat plak jwbbbb...dangggggg

Tunggu aiyu start Jln, lg leh kurussssss ;)

lel said... BALAS

nanti dok ligan cok aiyu kira maknya pun exercise la kn
azam akan tercapai!
huhuhu

Unknown said... BALAS

cayalah aiyu...go girl. takpe...budak2 memang gitu. my youngest was born with 4.8kg. mai besaq sikit jer...susut terus ;)

ICAZIESYIRA said... BALAS

tak payah diet la lepas ni. Cik Aiyu akan bagi mommy dia eksesais percuma. Tahniah buat anda! kih kih kih

kaptenkeirin said... BALAS

yela cik aiyu dh mkin2 slim+tinggi...

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Lyza,
Kalau bapaknye ada rumah... kalau bapaknye gi opis? Takyah tunggu nanti, skang ni pun dah mula mengemas. Habis majalah saya!

Najwafieqa,
Thanks dear :)

Emy,
Tahniah! Tapi mana e-mail nya?

Ellismie,
Hahahah... terbalik pulak ye. Itu lah, makan banyak mana pun tak naik kan. Kita yang sibuk ber eksesais tak turun :P

Farah,
Sorry dear :P Kalau Aiyu tau jalan, I rasa kelas vokal pun boleh skip :P

Laila,
Aminn!!! :P

CB,
Besarnya the youngest! Camno keluar tu?

Hisyam,
Agak-agak boleh jadi model tak? Hihihih...

Amyz said... BALAS

mak nye terpaksa la sedut lemak di tempat lain. haha.

ati_emylia said... BALAS

didnt get my email?ishhhhh.....blame my officenye email...coz when i click ur email...its direct to microsoft outlook....jap i resend guna yahoo....

emy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...