Thursday, February 17, 2011

Baby's first word

Hmmm.. agak-agak kan, berapa bulan selalunya umur bayi untuk sebut perkataan pertama?

Cik Aiyu sekarang ni memang becok mulutnya, tak berhenti bercakap. Tapi bahasa German lah. Sumpah aku tak paham. Belum campur dengan menjerit lagi. Memang handal. Kalah Whitney Houston. Nasib baik falseto tak kena, kalau tak pecah cermin tingkap.

Ada jugak cuba-cuba suruh dia sebut mommy. Tapi memang tak dapek le, pasal dia tak reti sebut maaa lagi. Punah harapan nak dia sebut mommy sebagai perkataan pertama. Kalau daaa tu memang dah sebulan dua dia boleh sebut.

Hari tu kami suruh dia sebut daddy. Not bad, Cik Aiyu berjaya sebut daaaa diiiii... Kembang kuncup hidung bapaknya. Eleh, macam la anak kau paham apa yang disebut tu *dengan nada jeles*.


Dua tiga hari ni, pagi-pagi bila dia bangun, dia sebut daaa diiii... Bapaknya yang elok-elok tengah berselimut, terus bangun tersipu-sipu. Hewaahhh... pandai kau beli jiwa bapak ye. Tapi yang fail nya, lepas tu semua benda dia panggil daaa diii, hahaha... Baru bapaknya nak perasan, terus cancel!

Persoalannya, macam mana nak tau, kalau itu betul-betul first word dia? Atau sebenarnya dia maksudkan "mommy is pretty"? @__@



21 comments:

My Life My World said... BALAS

Hehehe ... cerita ini sangat kelakar. Pandai pandai lah bodek anak sendiri MS ... kut lepas lepas ni dia sebut Mummy lak ;)

FaznFaz said... BALAS

hahahhaha..... 1st word anak aku pun di... di..... :( kaciwa sungguh!!!! punyalaaa kita duk ngan dia 24/7, daddy jugak yg dia sebut dulu!!!

Anonymous said... BALAS

Fuuyo!Tak sangka cik Aiyu pandai bodek daa dii. Emaknya janganlah berkecil hati. Itu yg dia dengar dan ringan mulut sebut.

Pengalaman Ai, anak sulong yg dah umur hampir 19 tahun. Dia tak pernah cuba sebut ma, mama, papa. Dia terus sebut satu ayat "mama, air jatuh" sambil tunjuk air hujan. Terharu Ai U. Dia pandai membaca pd umur 4 tahun

Anak bongsu sebut "mammaaa" masa umur 4 bulan. Pastu tak sebut apa sampai dekat 18 bulan. Dia pandai membaca bila umur 7 tahun.

Mereka amat berbeza personaliti. Ai terima je.

Keep on teaching her but don't expect too high. Jangan putus asa.

Azian

Kaseh said... BALAS

videoo pleaseeee.... nak gak tgk first word aiyuu..

lel said... BALAS

hahaha cayalah cik aiyu! klu sebut mummy dulu nnt mummy bg hadiah besarrrr

Marliza said... BALAS

huda nasb baik i baca ur blog...qairyn pun ckp daa dii...kadang2 daa dey..so my hubby pun dah perasan nak mampus..haha tp now i guess mmg babies ckp dadada kot...so not bcos of calling their daddies la...haha (nak sedap kan hati)

nur easy said... BALAS

hehe comel. dah mula nak ckp ya. mungkin tahun depan dah boleh tanya dia, apa sbnarnya y dia maksudkan dgn daaa diii..;)

ati_emylia said... BALAS

huda,
fateh baru nak masuk 5 mnths....asik je sebut ayaaaa ayahhhhhhhh.....("h") tu kadang2 tertinggal......x pasti la plak dia faham ke tak.....tp everytime ayah dia lalu tanpa menegur dia.....dia akan berbunyi....bila ummi dia ini mendera ketika menyuapkan ubat.....itu juga perkataan yg keluar heheheh

emy

Eliss said... BALAS

my nuha dulu semua orang dia panggil mama :p padahal ummi & abah .. yang paing sedih bapak dia la,dimamakan jugak..hehehe.

lupa la my nuha first words bila..sebab terus dpt banyak words..hahahaha

Unaizah said... BALAS

You'll know when the time comes. Susah nak explain. Anak sulung and second both first word them was Abah. Sedih gak tp redha je. My youngest (now 4 mths) dok merapu gak and kadang-kadang mcm terdengar dia sebut Mama. I don't know for sure maybe he was just repeating the same sound. Btw, geram je tengok pipi Cik Aiyu ni...mcm nak gigit je hihihi.

Dinas Aldi said... BALAS

tak bleh tahan part semua benda pun dia panggil daa dii, kahkahkah!

takpalah, mungkin cik Aiyu takkan sebut first word tapi first sentence iaitu, "mummy dan daddy sila belikan saya sebuah laptop untuk berblogging", wakakakakakakak!

{f a r a h} said... BALAS

Anak I yg nk msk 15 bln ni pun x pndi ckp lg..bahasa dia mmg pndi la...kadang dgr dia mcm sebut aiiiyahhh pun Ada ...hahahaha..

Tp x sabar kan nk dgr baby's first word.

{f a r a h} said... BALAS

Nk tambah...my doc bgtau, baby ni cakap je mama, dada sume...tp dia bkn meant mama pun...dia x paham pun pe dia ckp..

So basically,mana Ada baby's first word masa umur 5 bulan kan...

-ilyannur- said... BALAS

haha comel. pandai cik aiyu bagi perasan daa dii dia haha

Eine Frau aus Botnang said... BALAS

Hi Mdm Sooyaree & Salam kunjung balas! haa kelakar bila orang selalu cakap, 'dia cakap german' bila orang tak paham apa dia cakap kan? But Cik Aiyu sangat sangat lah adorable! Gerammm!!!

Umie said... BALAS

haha..Muaz pun suka ckp jerman.. kesian org jerman, kite selalu buat ayat konon2 bahasa jerman adalah bahasa sukar difahami..kekeke..

Muaz's 1st word was PAPA.. kembang kuncup bapak dia..MAMA xnak plak dia sebut.. recently ajar dia sebut BYE BYE & so surprised dia bole ikut but of coz la not 100% kan..ada amik video dia, nnt senang2 kite upload..hehe

Nanak said... BALAS

hahaha..mmg kesian org german..
i ingatkn my hubby je yg perasan lebih..tapi ramai yg ckp, baby ni selalunya sebut dady baru mommy..
baby Fredo pun pgl dedeh or deh..wah, punyalah my hubby happy..1st tym baby Fredo pgl mcm tu,i tgk hubby mcm nak nangis!..wahahaha..

p/s
wpun tak faham apa baby ni dok bebelkan tapi seronok je dengar kan? penat i ajar mommy..mommy..yg dia reti setakat ni..'ma..ma..ma..'
sabar2..

Lady of Leisure said... BALAS

hah comel sebut daa diii.. :D
suka tgk pic cik aiyu kene urut in prev entry.. hehe.. sama lah mcm makcik lady ni cik aiyu, kalau kene urut memang lembik lutut dibueknya..
:D

Madam Sooyaree said... BALAS

Acik,
Kita hari-hari cuba bodek dia, kasi urutan free. Tapi daaa diii jugak tetap jadi pojaan...

Eila,
Itulah, nak buat camne kan.. Nasib baik dia tak sebut Chanel ke Dior, lagi naya! :D

Azian,
Thanks for sharing dear. Memang tak letak high hope pun, asal dia tak menangis pun dah bersyukur! :D

Kaseh,
Insya allah kita cuba buat video. Susah skang ni, diasuka terpa kamera!

Laila,
Terlambat sudah. Daddy jugak yang menjadi pojaan!

Marliza,
Hahaha.. Aiyu sama dengan Q nampaknya! Itulah, cakap kat ur hubby toksah nak kembang, hehe

Nur,
Sat gi tahun depan kalau dah pandai bersoal, tak terjawab kita pulak kang!

Madam Sooyaree said... BALAS

Emy,
Fateh nak ngadu tu, mak nya kasi dia makan ubat, hehehe

Ellismie,
Yang ni terbalik pulak, semua nya di daddy kan!

Unaizah,
When the time comes I should know, good to know that :D Pipi je gebu Cik Aiyu ni, badan kurus!

Dinas,
Takut nanti dia siap cakap "Apple ok dad, nothing less" hahaha

Farah,
Aiyahhh tu Aiyu pun ada sebut kekadang. Cik Abe cakap kat dia "I am daddy, not ayah" hahahaha

Ilyannur,
Ini kecik tangkal taik bapak dia daaa :P

Eine,
Bahasa German susah! Yang I tau ich liebe dich aje, hehehehe.. Thanks dear for dropping by, really appreciate it :)

Umie,
Aww.. mesti papa dia bangga kan. Nanti upload tau, mesti Cik Aiyu suka nak tengok gak

Nanak,
Orang German tak bersalah pun, hahaha... Ok lah tu Fredo boleh sebut maa.. Aiyu maa pun belum pass

Lady of Leisure,
Usahkan auntie Lady, maknye pun sama... confirm lembik bila diurut :D

mama maman aka yana said... BALAS

Nak tanya sikit...[versi berbisik ok...]

'cik aiyu tu tarik apa kat tangan dia tue..... cam bra je... ahaks... atau singlet papa dia...'

hhhaaaa..... cumil la dia.... cubit sikit pipi dia.....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...