Saturday, February 19, 2011

Beku vs panas

Sekarang ni, cuaca tidak menentu. Kadang-kadang panas (5 degC), matahari terang bersinar. Esok tu pulak, turun kepada -20 degC, siap ribut salji gitu. Hasilnya, jalan raya akan diselaputi ais. Licin giler weh! Waktu-waktu begini lah korang akan nampak aku jalan ala-ala cerita Oshin, terkepit-kepit gitu. Silap langkah, memang akan jadi nangka busuk!

Bila cuaca ok, memang aku rajin bawak Cik Aiyu jalan-jalan. Ala-ala exercise le gitu. Kalau tak terperuk je la depan laptop, atau bersilat dengan anak. Bila jalan sorang-sorang, boleh la amik gambar sesuka hati. Kalau Cik Abe ada, dia kata aku ni orang darat. Jakun belaka. Biasalah bang, umur 24 tahun baru jumpa salji. Nasib baik aku tak ajak dia buat snowman depan rumah. Kompem kena reject!



Seperti biasa, Cik Aiyu buat taik mata. Kali ni ok sikit lah, lepas 20 minit gitu baru dia bantai tido.


Selain kami, ada jugak terjumpa orang ber jogging. Bagus, budaya sihat gitu. Yang bawak anjing jalan-jalan pun ramai.

Tapi yang tak bestnya, tuan-tuan anjing yang lahabau taik kobau.

Ooooiiii, selamba saje kau biarkan bahan bukti anjing kau ye. Kutiplah!

Nak yang beku?


Atau yang panas?


Macam-mana ada!



12 comments:

Syima Syaz said... BALAS

wahhhh...pagi2 dah tgk najis

fara dean said... BALAS

mudaaanya lagi...
baru 24 ke? bestnya dah ada baby comel plak tu..
akak ni dah..eh still young in the heart je..haha..

masa ambik gambar kumbahan anjing tu cik abe awak tahu ke? hihi..

Dinas Aldi said... BALAS

oh nooo, doggy poo! yek!

apa benda cik Aiyu kunyah sambil tidoq tu?

ohh muda lagi maknya cik Aiyu!

Umie said... BALAS

kat jepun nie pun diorang rajin bawak anjing jalan2..tapi behave sikit la kot diorang..rajin mengutip taik anjing tu..isk3x, bak kata my friend sanggup diorang nie jadi hamba binatang...hehehe

FaznFaz said... BALAS

tehehehehe.... tak senonoh sungguh tuan-tuan anjing ituh!!!! kat aberdeen dulu, tuan anjing wajib kutip taik anjing, kalau tak, nanti kena saman polis!!! walaupun memula rasa geli tengok diorang kutip hasil, tapi aku rasa lagi geli kut kalau dibiar gitu...

Unaizah said... BALAS

I thought in US when you walk your dog, you have to bring the scoop thingy also.

nur easy said... BALAS

langit biru...cantik ;)

Madam Sooyaree said... BALAS

Syima,
Suwey kan, hehe... sorry!

Fara Dean,
Umur 24 tu 5 tahun yang lepas. Waktu tu le first time tengok salji. 5 thaun berlalu masih jakun lagi, haha

Dinas,
Cik Aiyu kunyah tali topi dia tu. Masam! :P Kita 29 skang ni, ok la, belia jugak tapi tak le 24, hehehe

Umie,
Kat sini pun patut nya dikutip poo poo tu.. Tak sesuai kan.. Macam bos besar pulak anjing mereka!

Eila,
Sini pun wajib. Tapi polis tak ronda, mana nak tau anjing mana yang punya, hahaha

Unaizah,
You have to, but winter time orang amik kesempatan. Polis pun malas nak meronda, hehe

Nur,
Waktu matahari keluar memang cantik :D

mamaDhea said... BALAS

hahahaha.. sabau aje laa kan..

cik aiyu ni mmg tido je ke klu bwk jenjalan.. senang nak jaga..

{f a r a h} said... BALAS

Ooo,tua sethn dr I :) ala sethn je..

Kat sana x wajib ke tuan anjing kutip taik anjing sendri? Sini wajib...pastu sume jujur je diaorg kutip, klu I sure jadi mcm org diatas..hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Dhea,
Selalunya gitu lah. Kalau kat luar memang baik budi pekerti. Kalau kat rumah, tak cukup tanah!

Farah,
Hehehe... kalau nak anggap kita 24 pun ok gak, huahaha... Sini wajib kutip poo poo anjing tu, tapi biasalah, sedangkan orang boleh bunuh orang, ni pulak setakat tak kutip poo poo

TopsyTurvyMum said... BALAS

Ciss!! najis mughollazah! haha..
baru tadi i pun nampak tuan anjing lahabau taik kobau tuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...