Di satu pagi yang hening......
Memang menjadi rutin harian untuk sang ibu & bapa untuk membuat kopi (untuk sang ibu) dan teh (untuk sang bapa) sebaik sahaja terjaga dari tidur. Maklumlah, tidur mereka sudah menjadi tunggang langgang sejak beranak kecil. Dengan kadar kafein sedikit itulah mereka memulakan hari, agar tiada yang tertidur di tengah jalan.
Sedang asyik mereka berbual sambil menunggu air masak, kelibat sang anak tidak kelihatan. Suasana menjadi sepi, tiada lagi riuh mulut si anak kecil. Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak tangan mengetuk lantai persis dinasour berjalan.
Rupa-rupanya....
Anakku sudah naik 7 anak tangga! Bukan 1, bukan 2.... tapi tujuh!!!
Di garisan penamat.
Muka bangga, takbur & riak puas hati Cik Aiyu:-
Ini dah kali ketiga ke keempat dia panjat tangga dari bawah ke atas. Selalu ada orang teman, tapi pagi tadi berani dia naik sendiri. Syabas betty, lepas ni confirm mak belikan kau pagar sakti.
P/S: Penemuan gigi kelapan Cik Aiyu juga berlaku pada hari ini *clap clap*
12 comments:
semangat aiyu naik tangga tu..satu kepuasan bg dia..hehe mak harus beli pagar...pasni apa dia nak panjat lak tu..
hihi..
maknanya kena ada tukang jaga tanggalah pasni..wuii suka benar cik aiyu tu ye..!!
tu diaaaa, takooooott! tapi tengok muka cik Aiyu sangatlah bangga & puas hati dapat panjat, kahkah!
mak bapak cik Aiyu harus pi beli pagar dengan kadar segera, hehehe
Cik Aiyu....sungguhlah comel kamu. Mai sometimes letak pagar pun tak guna juga coz sure diorang akan panjat juga. Ini dari pengalaman my bro. twin dia siap buat kerja gotong royong menolak kerusi hingga ke pagar then cross over itu pagar...sungguh ngeri aksi mereka.
alahmdullillah..
salams.. jalan2 tgk blog.. so found ur blog.. i was into babies blogging.. so sangatlah suka bila baca entry ini.. like my dotter age la miss aiyu ni.. u go girl..
wah cik aiyu, sugoii (amazing)...clap3x utk cik aiyu sbb bakal mendapat pagar sakti..kih3x.. panjat tangga senyap2 ye..mmg abunai (bahaya) nih..fuhh, nasib baik dlm rmh kitorg xde tangga..kalau tak, muaz pun akan akan prektis memanjat tangga jugak le tu..;-D
wahhhh! yeay for aiyu!
muka tak boleh blah. bangga gila ok? geram aunty ica nengok. hehe
untuk mommy, kenalah berhati-hati selalu.
hey...dah jauh merangkak dah..hehehe... menakutkan tu.memang kena buh pagar besi tu ye....
wah satu pencapaian yg baik ye cik aiyu... hehe, dah sampai atas boleh pusing belakang n sengih comel gitu, geram tau! hihi
The last pic is so cute!!!! What is it with babies and stairs? Ingatkan baby kat Malaysia je pantang nampak tangga, rupanya baby kat US pun sama gak. Maybe to them it's ala-ala rock climbing kot hihihi.
Kaseh,
Semalam jugak mak nye sudah membeli pagar sakti itu, hehe
Fara Dean,
Lepas ni memang takleh lepas dari mata le nampaknya
Dinas,
Ya cikgu! Kita beli semalam terus!
Mrs Zack,
Kami beli pagar, harap2 takde kes rempuhan lah. Kalau ada pun orang kata boleh beli masa sikit :D
Sarasofia,
Thanks for dropping by dear :) Yeay, Cik Aiyu ada kawan sebaya!
Umie,
Haa.. takde tangga ye... jangan risau, nanti dia guna bantal buat panjat kerusi lak, hehe
Icaziesyira,
Mommy nya sekarang sudah tambah berhati-hati gitu, takut kan!
Syima,
Sekarang ni dah full gear merangkak, kejap aje hilang!
Lady of Leisure,
Sampai atas terus bangga dengan pencapaian diri sendiri. 17 anak tangga semuanya!
Unaizah,
Baby US ke Malaysia ke, sama aje. Kalau menangis, bawah ketiak mak jugak dia nak, hehehe
waaa gigih betul cik aiyu.. nampak cam xpenat je..
Post a Comment