Sunday, February 27, 2011

Card day

Dua tiga hari ni penat betul. Tak tau lah pasal travel ke, atau pasal sel-sel lemak makin tepu. Rasa macam letih aje satu badan. Cik Aiyu pun tak membantu, masih terjaga 3-5 kali setiap malam untuk menyusu. Kadang-kadang nak aje rasanya sumbat botol susu kat Cik Aiyu. Orang kata kalau menyusu botol ni lama sikit baby tido tengah malam kan. Tapi itulah, takut bila mula menyusu botol, ada pulak yang perut masuk angin kang. Sudahnya aku tetap kena berjaga tengah malam jugak, hahaha...

Anyway, dua hari ni kami busy main daun terup. Ooopss.. bukan main poker poker face tau, ini main game halal punya. Game takde pakai duit. Semalam PIL ajak sedara-mara datang rumah, buat "Whist party". Ada dalam 20 lebih orang jugak semuanya. Tak pasal-pasal rumah jadi kasino free tak berbayar, hahaha.. Alhamdulillah Cik Aiyu tak meragam. Aku bajet mesti dia nangis dan tanak kat orang lain. Tapi sangkaan ku salah belaka. Jadi parcing parcel pulak anakku itu, dah semorang balik baru dapat kat maknya. Apa tidak, maknya pun sibuk main kad sama, hehehe.. Lagi best pasal dapat kalahkan makcik Cik Abe. Makcik dia ni bangsa yang kalau boleh asyik nak menang aje. Jadi bila dapat kalahkan orang macam ni, rasa bangga itu haruslah dengan kadar berganda :D

Pagi tadi bila PIL balik dari gereja, diorang kasitau makcik Cik Abe ni ajak datang rumah untuk rematch. Hahahaha... kelakar betul kan. Sebenarnya mungkin jugak dia saje je nak jemput datang rumah, pasal ni rumah pakcik Cik Abe yang sakit kanser tu. Diorang pun sekarang ni tinggal dua orang laki bini aje. Untuk memenuhi undangan, kami pun pergilah melawat. Dan teka la, sape yang menang tadi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kompem la aku lagi! :D

Keh keh keh... kembang lobang idong dengan kadar yang tidak boleh disangkal lagi.

P/S: Untuk Cik Munirah, terimalah gambar Cik Aiyu. Tapi ni gambar 2 minggu lepas, masa dia turut "membantu" maknya amik gambar untuk Sooyaree's Closet. Sekarang ni tak dan nak amik gambar si kecik tu, baru nak fokus, dia dah lesap!







9 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

comel nya cik aiyu..nak pinjam boleh..hahahaha

Fyda Rahim said... BALAS

geramnye tgk cik Aiyu ni. sgt2 comel tmbh lak bile senyum nmpk gg,tu yg btkn cik Aiyu +++++ comel. hehe.

Umie said... BALAS

kawaii ~ muaz ckp kat cik aiyu

kekekeke

nur easy said... BALAS

dah 3 ari x tgk cik aiyu.. rindu laa ;)

farah said... BALAS

Alololo Cik Aiyu, cutenya senyuman dgn outfit itu...tu duduk dalam laundry bag ke apa Nurul? (^_^)
**baju tu sgt cantik, ada jual dalam littlesooyaree x? Hehe...

Dinas Aldi said... BALAS

haa, ini kotak dia main ba ba cak @ peek a boo dengan bapak dia haritu kan? amboi dia pulak yg masuk terus duduk dalam tu, kahkahkah!

CtmuniRahZainalAbidin said... BALAS

saya suke!! saya suke!!! *drools sambil tepuk tgn*

Madam Sooyaree said... BALAS

Anggerik Berduri,
Thanks dear, nak pinjam takleh! :D

Fyda,
Thanks dear. Dia skang memang suka tayang gigi!

Umie,
Hahaha.. akhirnya bahasa Jepun yang ku paham selain 'domo arigato mr roberto'

Nur,
Cik Aiyu pun rindu Nur jugak ;)

Farah,
Tu soft box untuk amik gambar handbag. Sudahnya amik gmabar anak. Baju tu orang kasi la yang. Tebal pun, dari fleece, kalau pakai kat Malaysia kompem berpeluh ketiak!

Dinas,
Ha ah, tu kotak main baa baa cak ari tu. Bapak takde, dia lah yang duduk dalam macam bos besar

Munirah,
Thanks dear, gmabar khas untuk you ni! :D

CtmuniRahZainalAbidin said... BALAS

ooo hatiku terharu.... *cium skrin lappy*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...