Wednesday, February 2, 2011

Olivia's birthday party

Date: 29 Jan 2011
Time: 1230 - 1600

Sabtu lepas, kami dijemput untuk menghadiri majlis hari jadi Olivia. Siapa pulak Olivia tu? Dia adalah seorang gadis kecil berusia 5 tahun. Anak kepada Alonzo, ex-colleague Cik Abe.

Pucuk dicita ulam mendatang. Kami memang dah lama nak bawak Cik Aiyu bersosial dengan rakan ala-ala sebaya. Asyik duk berkepit dengan mak bapak pun tak elok jugak kan.

Mula-mula ingatkan birthday party tu di rumah mereka, tapi Cik Abe kata diorang sewa dewan. Amboi amboi amboi, birthday 5 tahun pun sewa dewan. Macam kenduri kawin la pulak kan.

Sampai-sampai....




Padanlah kena sewa dewan. Mana pulak kau nak sumbat benda ni dalam rumah. Teringat pulak masa kecik-kecik, selalu gi Jaya Jusco di TTDI main benda ni. Apa ye nama nya? Inflatable? Tak tau nama, yang pasti best! Lompat-lompat, jatuh, tapi tak sakit. Dulu di Jaya Jusco, diorang siap buat ala-ala tunnel gitu. Lepas tu ada buah-buahan. Paling tinggi ingat lagi, buah strawberi. Susah giler nak panjat.

Anyway, Olivia ni anak keempat daripada 5 beradik. Percaya tak, mak bapak nye ada 5 orang anak sebelum umur diorang 30 tahun. Boleh? Walau anak diorang ramai, tapi semua mendengar kata. Harap-harap Cik Aiyu nanti jadi macam tu lah.


Kek ni mak diorang buat sendiri. Cantik kan. Theme birthday party ni adalah Barbie in black, white and pink. Nice combination, I like!



Specialized M&Ms. Siap ada print muka Olivia you.

Memandangkan kitorang antara yang terawal sampai, kami pun main dulu lah. Ehhh.. mak nye tak join sekali. Cik Aiyu aje. Tapi dia ala-ala tak bergerak. Dengan orang lain pun tak nak campur. Terpaksa lah main cak-cak, kasi dia tak boring.


Hidangan yang disediakan adalah vege pasta and fried chickens.


Tapi untuk orang tu, makan apple sauce aje la kau, hahahahaha *sambil gelak jahat*


Lepas recharge perut, diorang mula main game. Yang pertama sekali, hit the pinata. Birthday girl mula dulu, lepas tu diikuti dengan siapa yang paling kecik. Budak besar duduk belakang ok.


Birthday girl in action. Tengok tu, walaupun kaki patah sebelah, punyalah ligat.



Lepas main beberapa game lagi, diorang pun mula sesi potong kek. Panjang giler birthday song orang Mexico. Kalah lagu "Allah selamatkan kamu".


Lepas makan kek, kami pun balik. Sekiann....

P/S: Kepada mereka yang menyambut Tahun Baru Cina, selamat Tahun Baru Cina! Yang tak sambut tapi sibuk nak cuti jugak, selamat bercuti!



10 comments:

Nanak said... BALAS

pinata tu apa?hohoho..jakun btl..mcm best je.. rasa nak buat la bday baby Fredo nanti..ehehe..

Dinas Aldi said... BALAS

Cik Aiyu cakap, "ohhh kutuks2 aku yeh! nantila aku besau sikit, aku lompat sakan main benda ni haaa!"

Happy birthday Olivia!

I masuk kategori tak sambut CNY tapi sibuk dicutikan. I like.

Syima Syaz said... BALAS

bestnye cuti 4 hari..

eh m&m tu cam menarik betul la... kalau lah boleh buat n letak kat guest book corner...

Kaseh said... BALAS

babe...aku sokong ckp dinas.. cik aiyu duk berkata2 dalam hati je tuh.. takperr.. sok dah besar.. abehla mummy akan berkejaran sakan nati..hahaha.

anyway mmg besh la besday bash kat sana. kalau kat sini menda lompat2 tu giler mahal kalau besor tuh..

Hidayah said... BALAS

Sweet nye custom made birthday! Nanti mak cik aiyu nak celebrate 1st birthday cik aiyu kat mana lah tuh yer...hehehe:) Mak shafiq brangan nak celebrate 1st birthday, tapi nampak nye tak kesampaian..:(

Lady of Leisure said... BALAS

meriah giler besday ni yang air botol tu pembalut siap match dengan theme lagik.. fuh, untung birthday girl ni kan..

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Pinata itu diperbuat dari kertas lembut, dalam selalu diisi dengan candy. Bila pinata tu nanti pecah, candy akan bertaburan dan budak-budak akan berebut nak kutip :D

Dinas,
Nanti Cik Aiyu dah besar, kita penat suruh dia berhenti pulak, hehehe.. Cikgu cuti seminggu ke?

Syima,
Kalau berminat boleh tengok di http://www.mymms.com

Kaseh,
Kalau besar camtu, nak cari tempat pulak susah tak? Kecuali rumah besar bagak la, hehehe...

Hidayah,
Kenapa tak kesampaian? Syafiq nak masuk setahun kan bulan ni?

Lady of Leisure,
Itu lah, sini party memang beriya ikut tema. Mungkin pasal barang tak mahal mana kot. Kalau di Malaysia cuba pergi Party Shoppe, berpeluh ketiak!

Maslina Rosdiana said... BALAS

Huda,

Cam best giler je bezday party kat sana...kat sini nak buat camtu..kena sewa padanglah nampaknya.hehehe..

Apapun,nanti cik aiyu...tolong demand kat mama and daddy bezday party yg lagi gempaks giler...hehehe...

Syima Syaz said... BALAS

ok..tq

Madam Sooyaree said... BALAS

Maslina,
Sekali sewa kat padang, nasib tak baik hujan, hehehehe... Tak dapek kot. Budak setahun, ape la yang dia paham nanti :P

Syima,
No prob ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...