Tuesday, February 1, 2011

Yuna junior

Ada satu pagi tu, Cik Aiyu seperti biasa sedang golek-golek atas lantai. Aku pun pergilah ke dapur nak buat Nescafe.

Tiba-tiba, dengar bunyi gitar irama twist.

Mula-mula ingatkan aku duk terbayang aje. Biasalah, sejak ada anak ni, tido pun dah tak betul. Apa lagi, ada short circuit sikit lah. Kadang-kadang dengar bunyi macam anak menangis, walhal dia tengah tido. Kadang-kadang pulak dengar macam ada orang ketuk pintu, tapi bila tengok takde.

Tapi kali ini bukan cobaan.. Betul punya!

Bila masuk balik ruang tamu, jumpa Cik Aiyu depan gitar. Pandai pulak dia petik gitar tu. Selalu kalau jumpa benda baru, dia ketuk-ketuk aje.

Masa tu tak sempat nak amik kamera.

Beberapa hari lepas tu, dia buat lagi. Kali ni mak nye sempat rakam.


Haaa... amacam??? Ada gaya artis popular tak? Ala-ala Yuna junior gitu. Best kan Yuna, main gitar pandai, menyanyi pun sedap. Rupa paras pun elok aje, sopan gitu. Kalau Pasah Sendat, mak tak rela you.... Heart attack mak bapak kau nanti.

Aiyu = Yuna. Dua-dua nama ada Yu. Ok lah, Aiyu tak payah jadi Yuna. Jadi Yula. Baru la sempena nama Aiyu Isabella :D

13 comments:

Kaseh said... BALAS

aiseyy kat opis la tak dapek nak tgk..malam kang den layan..

mama maman aka yana said... BALAS

sama la ngan kita..:(
malam ni kena tgk nih...

naimanuar said... BALAS

wah pandai dia petik gitar. ada tune!

Amyz said... BALAS

wah. ada harapan jadi komposer nih. haha.

jgn le mcm pasah sendat tu. mintak jauh.

kalo yuna, sejuk mata nengok. dah le sopan. ayu. pandai main gitar. ewah!

Dinas Aldi said... BALAS

agaknya cik Aiyu fikir, apa la benda ramping yg boleh keluarkan bunyi bila diraba2 ni, kihkihkih!

encore, encore!

Madam Sooyaree said... BALAS

Kaseh & Mama Maman,
Jangan lupa tengok! Hehehe.. thanks ;)

Naimatulrais,
Kita pun terkejut. Bajet dia akan ketuk2 gitar tu sampai jatuh

Amyz,
Best kan Yuna. Cik Abe pun suka walau ada lirik yang tak paham

Dinas,
Encore encore... ala Linkin Park you!

Yours Truly said... BALAS

alahai kiut miutnye yuna jr. ni...cubit pipi skit bleh?

berry said... BALAS

ishk comelnye...dh la petik gitar de tune..heheheh

nur easy said... BALAS

Yula? hehe.. dpt idea baru ye aiyu ;)

Nanak said... BALAS

besar karang balik mesia jd penyanyi ye Yula..ehehee

Unaizah said... BALAS

Kecik-kecik dah tunjuk talent ye. Inilah budak-budak zaman IT...advance!!

Syima Syaz said... BALAS

fuyoooo.... ada tune lah dia petik..balada tu...yuna pun nangis tengok ni...

Madam Sooyaree said... BALAS

Yours Truly,
Cubit sikit boleh la, banyak takleh ;)

Berry,
Thank you :) Thanks for dropping by too!

Nur,
Boleh cari makan tak pakai nama Yula?

Nanak,
Nanti dah jadi, Nanak jangan lupa beli album tau, hehe

Unaizah,
Budak-budak zaman sekarang... Mainan tak pandang, nak handphone & laptop aje!

Syima,
Move over Yuna.. here's Yula! Heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...