Friday, February 11, 2011

Resipi 101: Keledek & brokoli

Hari ini adalah hari istimewa.

Apa ada dengan 11 Feb 2011?

Hari ini kita akan bermula dengan segmen khas, Resipi 101.

Amboi amboi amboi, kau ingat kau tu Ben Ashaari, yang nak bersegmen bagai???

Takdelah, ada waktu bila kita blog walking (kadang-kadang hopping, kadang-kadang crawling, kadang-kadang guling), terjumpa entry dari para ibu yang confuse sudah nak masak apa untuk bayi mereka. Memang la ada jual yang ready made, tapi bak kata Ceeramoon, nak jugak kasi anak rasa air tangan ibu kan.

Alhamdulillah Cik Aiyu takde masalah untuk makan. Agaknya time dia baby dulu (macam la skang ni dah besar sangat kannnn) kami kasi dia rasa makanan every now and then. Kira takdelah dia culture shock gitu. Kasi pun bukan banyak, takat letak kat bibir aje. Amik syarat ke orang kata.

Sebelum ni memang selalu kasi dia bubur nasi/kentang. Bukanlah bubur macam bubur ayam McD, kita kasi blend dulu la tau. Kang kalau sakit perut, naya pulak. Tapi sejak kebelakangan ni, poo poo Cik Aiyu ada sedikit keras. Ada sehari tu dia siap nangis lagi. Mula-mula ingatkan gigi nak tumbuh. Tapi kebetulan time tu tergerak hati nak check diaper dia, nampak dia tengah cuba untuk poo poo. Kesian pulak bila tengok muka Cik Aiyu menahan sakit.

Terus ku Google, dan terjumpa la syariat statement yang menyatakan bahawa nasi ni kadang-kadang boleh buat bayi sembelit. Pisang pun sama. Untuk melancarkan proses pencernaan mereka, boleh cuba kasi keledek, oat atau barli.

Maka, terciptalah resipi keledek & brokoli....


Caranya mudah aje. Memang la mudah, dah kata masak untuk baby. Kalau suruh masak rendang, memang menangis la aku. T__T

Bahan-bahan aku tak reti nak sukat. Tapi nisbah anggaran, 2 bahagian keledek, 1 bahagian brokoli.

- Buang kulit keledek. Potong keledek kecil-kecil agar mudah untuk direbus.
- Masukkan air. Jangan terlalu banyak, hanya cukup untuk merebus keledek (dalam 10 minit).
- Agak-agak keledek nak masak, kecilkan api. Kemudian, masukkan brokoli. Jangan biar hingga mendidih, cukup setakat nak lembutkan brokoli sahaja.
- Kisar hingga sebati.


Ubi keledek ni bukan sahaja dapat membantu proses pencernaan bayi, tapi teksturnya adalah sangat halus. Rasa pun semulajadi manis, sesuai untuk dimasak bersama sayur (kalau-kalau anak korang spesis tak suka makan sayur).

Selamat mencuba!



8 comments:

Nanak said... BALAS

wah, tak pernah try lg resipi ni..selalu brokoli i + dlm bubur nasi je..nti nak try lah..

Dinas Aldi said... BALAS

haa, tengok pun memang boleh nampak halus keledek + brokoli tu.

menyibuk nak komen lagi padahal takda anak nak disuap ni haa, kihkih

Elin said... BALAS

wah...bagusnyer info...boleh try..tapi anak da besor...boleh jer blend..tapi tak payah halus sgt kan..tuk anak umur sthn.. :)

Umie said... BALAS

betul3x...hasil air tangan ibu tu lagi menyelerakan baby kite..hehe

Muaz, peberet dia adalah ikan bilis.. tak kisah la nak buat bubur keledek ke, carrot ke, pumpkin ke..yg penting mesti campur ikan bilis.. kalau tak dia taknak makan.. that day buatkan dia bubur + ayam.. bole dia luah balik & geleng2 kepala... nak buang sayang la kan.. so, adjust la pegi tambah ikan bilis pulak..then, baru dia nak makan..sabo jelah...isk3x

Kaseh said... BALAS

agak2 tekak org tua cam aku leh telan tak..hehhe..

Firdaus Kasim said... BALAS

npe semua follower awk gurl? sy sorang je boy.. hehe.. kak, jom tukar link nk?

FaznFaz said... BALAS

kalu kat mesia, pegi je jusco, beli sweet potato, rebus brokoli kejap, blend.... walaaaaa!!!!!! sedap siot sweet potato jusco!!!!! saja kan, bagi ayat dengki kat ko????? hehehhe!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Nanti kasitau k, kalau Fredo suka :D

Dinas,
Kalau nak makan saje gitu pun ok juga ;)

Elin,
Boleh aje cuba :) Kita kisar pasal Aiyu baru 7 bulan

Umie,
Amboi amboi amboi Muaz... Kita tak kasi Aiyu makan ikan bilis lagi. Baik aku goreng buat sambal, sini ikan bilis yang elok susah nak cari!

Kaseh,
Makanan ni elok dimakan sambil baring. Oopss... lupa lak, tambah sedikit aiskrim :D

Firdaus,
Ni blog mak mak, hahaha... Ada gak follower lelaki, tapi kat belakang-belakang :D. Ok, nanti akak add awak k :)

Eila,
Aku tak pernah makan lak sweet potatoes Jusco. Sedap ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...