Saturday, March 12, 2011

Anak dara duduk bersimpuh

3 minggu lepas, kami shopping baju untuk Cik Aiyu. Bukan apa, baju yang sedia ada makin hari makin mengecut. Especially part kepala, banyak yang susah nak lepas. Member lak kalau baju tersangkut kat kepala, mula lah nak menggelupur. Lagi lah susah kita nak sarung kat dia baju. Bagi pakai t-shirt pagoda hari-hari baru kau tau.

Memandangkan spring nak tiba, (atau dah tiba, tempat aku ni je yang sejuk terlampau), banyak baju yang dijual ala-ala ceria gitu. Kalau anak pompuan, memang best lah. Bunga sana sini. Kalau anak lelaki...... nak jadi mat bunga pun ok kot. Baru metroseksual kan.

Mak nye apa lagi, mula lah berfantasi nak menggayakan anak. Comel-comel kan baju budak ni. Geram tau! Memandangkan sepanjang winter Cik Aiyu asyik berseluar, kali ni kita borong banyak dress pulak. Dengan harapan, anak cepat berjalan, agar dress nampak lagi mantap. Mula-mula ingat nak tunggu sampai Cik Aiyu 9 bulan, baru lah nak pakai baju baru tu. Tapi hari tu kami discover ada baju dia yang untuk umur 12 bulan dah agak-agak meminta nyawa. Kesian aku tengok baju tu. Kesian lagi tengok perut anak aku yang tak bersalah.

Jadi, kami pun mulalah mencuba pakaian baru untuk Cik Aiyu. Kalau muat kami akan terus pakaikan kat dia, kalau besar boleh simpan dulu. Cik Aiyu ni aku perasan baju kena beli saiz besar, seluar saiz kecik. Cam sekarang ni, seluar untuk 6 bulan pun dia ok lagi. Ikut keturunan kami kot, badan bentuk epal.

Fesyen hari ini.


Dress: Baby Guess
Itik: Carter's

Muahahaha... macam blog para fashionista la pulak kan :P

Amik kau! Tengok tv sambil duduk bersimpuh. Kelasss anakku, mengikuti konsep betul. Sungguh sopan dan tertib. Kalau pakai dress, tak boleh la nak panjat sana sini lagi kan?

Kannnnn?????








Macam bukan bayi yang ku jumpa di dapur pagi tadi. Awal-awal pagi sudah bikin onar.



14 comments:

Dinas Aldi said... BALAS

aiseh, sungguh sopan cik Aiyu duduk bersimpuh tuh!

baru ja puji, dah buat onar pulak kat dapur, kahkahkah!

aikasayang said... BALAS

amboi..amboi...amboi..(dalam nada azwan ali)
elok btul dik nun(cik aiyu) bersimpuh...
kalah kak aika...

p/s kak aika bersila tahu la..hehe

Mama Kembar 3 said... BALAS

alolor ayu nya cik aiyu kita nih, rasa nak cubit je peha gebu tuh hehe

mamaDhea said... BALAS

ekekeke.. pepagi sudah mengemas yer..

cute laa cik aiyu dgn dress baby guess itu.. ;)

Mick's Mama said... BALAS

eh, cik aiyu bongkar almari je kejenye ye... hehehe... mesti byk keje nanti bila mick dah boleh jalan. you... i loveeeeeeee carters punya rompers la.. sini tak dapat... germany punya baju baby sumer bosan bosan ah... can pesan kat you tak? i bayar postage and all lah :D ceh, muka tak malu ni tanya. :D

CtmuniRahZainalAbidin said... BALAS

Akak, apakah fungsi rubber ducky??

Amy Z! said... BALAS

ish ish ish.. bayi siapalah yang suka menyepah2 barang tu..?

ekekeke..

ambuiii sungguh ayu cik aiyu. haha.

My Life My World said... BALAS

Cik Aiyu sangat seksi, nampak peha gebu gitu... hehehe.

Gambar kat daput tu, hari hari macam tu ker... teruk ler nak mengemas cenggitu ek :)

TK said... BALAS

Hi Cik Aiyu and mommynya.
Yg bestnya anak pompuan ni, part2 nilah..seronok menshopping baju2 dorang..
Ok aper..Cik Aiyu jadi baby fashionista..auntie suka pesen bebudak ni tau! dengan bebudaknya skali! Rasa nak cubit2 pipi dia..

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
Awek sungguh kan anakku, hihih :P

Aikasayang,
Yang ni nak bersila tak sampai lagi. Terkangkang pakar lah, hahaha

Mama Kembar 3,
Ni peha tulus mulus aje, isi kurang. Sama besar betis dengan peha!

Mama Dhea,
Itu memang rutin setiap pagi. Pantang kita masuk dapur, dia pun projek sama

Mick's Mama,
No prob dear. Sini memang geram tengok baju budak-budak! Anything just email me at hudada@gmail.com

CTM,
Rubber duckie maknya Cik Aiyu baru mandi pagi, hihihi

Amy,
Entahlah, anak sape la tu kan, hahahah

Acik,
Boleh tahan jugak la hari-hari dia kemas. Tengah cari plastik yang kunci kabinet tu

TK,
Kalau budak-budak bergaya kiut aje kan, jangan kita, hehehe.. Silap gaya hazabedah rupanya! (macam tengah tengok cermin skang ni :P)

-CikLabu- said... BALAS

Ya Allah geramnyer dgn budak bolat nih..geget kang baru tau..:P

-CikLabu- said... BALAS

Ya Allah geramnyer dgn budak bolat nih..geget kang baru tau..:P

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

part bersimpuh tu dah boleh buat menantu dah, bila nampak part dapur tu , haahaha..terus tak jadi ;p

yatt said... BALAS

sopan nyer cik aiyu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...