Hari ini, aku kehilangan sesuatu yang berharga :(
Bukan batu permata.
Bukan wang ringgit.
Tapi......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tido ku selama sejam!!!
Daylight saving kini sudah bermula. Jadi dari 24 jam, kami ada 23 jam sahaja. Bulan September nanti baru boleh tuntut balik. Harap-harap awek kecil itu tido awal lah malam ni, dan bukan jam 11 malam, atau tengah malam, atau 1 pagi!
Hari ni mood nak memasak datang tiba. Bukak kabinet, tengok kentang dah tak pejal. Bawang besar pulak siap dah tumbuh pokok. Keji betul kan, nampak sangat pemalas. Jadi setelah mendapat mentol besar di atas kepala, aku pun mula memasak....
Sheperd's Pie!
Resipi ada banyak version, aku amik yang simple aje.
Patut tak perlu letak kacang panjang. Tapi dah mix vege kat sini ada kacang panjang, malas pulak aku nak asingkan. Lantak lah, sayur jugak kan. Vitamin C gitu.
Kentang yang dipukul dengan tanpa rasa belas kasihan.
Resipi tu tak tulis saiz periuk. Aku pakai 8" x 8" pan.
Pandangan sisi.
Pengajaran 1: Sila toskan air daging setelah selesai masak. Aku tak tos, abis minyak melimpah naik atas. Nasib baik sikit. Kira ok lah, first time cuba ni.
Pengajaran 2: Buat kerja tu pakai mata sikit.
Cik Abe kata, pass! Tak sia-sia tangan bertanda :D
10 comments:
i laffff sheperds pie...nyumm...
boleh try ni..tapi lalu ke nak makan ni :p mesti nak nasi jugak..hehehe
Tajuk post Mak Cik Aiyu punyalah suspen. Dah budget nak sedih sedih ... hukhukhuk
Tapi bila terpandangkan Pie yang sedap tu, terus tak jadik nak sedih :) Cian tangan, tak pasal pasal dah merah. Mak kita kata kalau melecur letak kicap.
adoi..boleh terasa pedih tu..
dulu2 berchenta nak call bf kat texas sb tatau time dia.sib baik perth x dok daylight saving nih :p
try letak madu. soothing sket.
Kaseh,
I lap you! Awww... cepat terharu! :P
Ellismie,
Boleh aje tambah nasi kosong tepi tu, hihihi
Acik,
Saje kasi thrill pagi Isnin, hihih... Tadi dah letak sikit, alhamdulillah merah aje, tak gelembung
Dinas,
Dia jadi merah aje, tak gelembung. Tapi tadi gatal aje tangan rasa nak garu
An15,
Waaa.. cinta antara benua tu! Skype aje, sepp!!
Sedapnya...minta skit bleh (dgn muka tak malunya)..
aduiihhh, sakit tu!!! takpe, sekali rasa sakit, sekali ngap itu shepherd pie, abis shepherd pie tu, ilang la rasa sakit, heheheh
Ouch!.
Dah kena daylight saving ye. Spring is here, betul tak? Sukanya spring...byk bunga. Tulip!!
Post a Comment