Monday, March 21, 2011

Baju kurung kuning berseri

Semalam mood mengemas datang tiba. Selalu nya bila mood begini datang, tempat pertama yang akan aku tuju adalah the other room. Bilik kosong merangkap stor dan tempat aku amik gambar handbag, hehehe... 

Memandangkan Cik Aiyu sekarang bakal bertukar saiz pakaian, aku pun kemas lah tempat pakaian dia. Rejeki anakku memang murah, masa dia lahir hari tu dapat banyak baju. Dari baju baru lahir, hinggalah untuk umur 2 tahun. Bagus, kurang maintenance anakku. Jimat duit mak, hehehe... 

Antara baju yang aku jumpa adalah 2 pasang baju kurung cik kak kita. Satu yang dia pakai time raya, satu lagi Auntie Ili kasi. Thanks Auntie Ili! Hari tu masa raya Aidiladha tak muat lagi, jadi takde lah aku pakaikan. Tapi sekarang, tidak lagi!!!!

Jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Baju kurung kuning berseri you!

Macam ni la kan, tak lupa asal usul walau di mana berada :P.

Tapi.....

Ada awek tu buat baju kurung jadi dress daaa!!!!


Dia ni memang, tak suka pakai baju. Kalau dia boleh cabut, memang confirm tercabut. Macam seluar, memang tak lekat lama. Kau pakaikan sekarang, 5 minit lagi dah hilang. Samalah macam kain baju kurung ni. Tu belum lagi topi, kasut ngan stokin, lagi cepat tercabutnya! Sebab tu skang ni kalau nak pakaikan dia aksesori kepala, kimsalam! Silap-silap dia buat bahan kunyah aje.

Ok lah ni kan, kira kena pada nama separa gadis Melayu, hehehe...




17 comments:

ayang said... BALAS

Amboi amboi amboi tomeinya cik aiyu.. Dah nampak cam muka mama dia le pulak pakai baju kurung ni..

Aiyu nak ambik apa tu... siap ginjat kaki lagi tu...

Chik Na said... BALAS

chik na suka tengok budk-budak pakai baju kurung..sweet je :) walaupun tanpa kain hik hik hik

AliceKalut said... BALAS

omG dah terbayang cik Aiyu pakai kebaya nyonya kaler merah!! confirm meletup!! :))

Isabel said... BALAS

hehe...so cute. Kalau da besar mesti lagi cute ! :)

bonda dadif aka akish said... BALAS

waaa...kiut amat nih!!!!!

=)

lemongrass said... BALAS

Alahai Cik Aiyu. Memang secomel2nya perempuan separa melayu terakhir ini, heheheh

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

alahai comel btol anak dara melayu celup ni pakai baju kurung :)

farah said... BALAS

Thanks cik Aiyu, memeriahkan pagi kita yg mendung je ni dgn bj kurung yellow itu!

Senyuman tu plg cute ceria! (^_^)

lyza said... BALAS

kecil2 lagi dah menyeksi ek anak mama ni...bagus bagus bagus..teruskan menyeksi..like it...;)

sri hati said... BALAS

cik aiyu buat auntie gila bayang hahahah...

mama maman said... BALAS

amboi.... berbaju kurung ayu sekali...

nape takde pakai kain sayang.... seksi kamu... ahaks....:)

uNi said... BALAS

alahaiii cute sangat la cik aiyu kita ni..make sure kau ckp melayu dgn dia, huda!

Madam Sooyaree said... BALAS

Ayang,
Timasih, adakah ini bermaksud mak nye comel jua? Hahaha... gurau2 jek :P Dia nak capai wayar belakang decoder tu!

Chik Na,
Sejuk aje hati kan, bila tengok budak2 pakai baju kebangsaan

Alice,
Kebaya kena tunggu dia tahu jalan. Kalau skang ni habis terburai!

Isabel,
Aww... thanks dear!

Bonda Dadif,
Makasih buk!

Lemongrass,
Timasih, tinggal perangai aje tak macam wanita separa melayu terakhir, hihi

Ellismie,
Thanks dear.. Celup pun ok lah, asal ada sket :P

Farah,
Thanks, sana hujan lagi ke? Sini esok bakal snow storm. Tak rela!

Kak Lyza,
Itulah, suka sangat bogel. Nak pakaikan baju macam nak berperang!

Sri Hati,
Alamak, auntie ada calon yang sesuai ke, heheh

Mama Maman,
Baju tu pun dia cuba cabut. Jumpa tadi tangan dah hilang, kena pakaikan balik!

Uni,
Thanks babe! Aku cakap Melayu ngan dia, English pun cakap gak. Tapi dia lagi paham kalau kitorang cakap bahasa Tarzan (jerit2 suruh dia jangan tarik pinggan mangkuk, dekat dengan heater)

Ili said... BALAS

Huda!!! Cik Aiyu sgt chomel ok!!! Geram sungguh tgk dia berbaju kurung without kain tu. Dh mcm Aunty Ili bila petang2 raya, time basuh periuk belanga.. Mmg xpakai kain =p

marinahunny said... BALAS

rasanya ni ikut mak dia ni..kecik2 dlu balik mengaji cabut kain kut..hahaha *gurau je ye *

Dinas Aldi said... BALAS

baju kurung jadi dress pun takpa, cik Aiyu kecik lagi. kaki ala2 ballet gitu, kehkehkeh!

Anonymous said... BALAS

zoom my god!!!!she's so cuteeeeeeee lah!!!!
anak melayu celup nie sgtlah adorable..geramnyeee..mcm nak cubit2 jeh pipi bulat tuh...
untung lah mix kan..cute sgt you daughter nie....
p/s:tlg peluk cium cik aiyu nie...comel sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...