Semalam adalah hari rajin kami suami isteri. Hari Jumaat hari yang mulia, kami mulakan dengan aktiviti riadah bersama Wii Fit Plus. Tak sangka kan, console game yang selalu dikaitkan dengan aktiviti couch potato sebenarnya berguna juga. Sejak kami rajin exercise bersama Cik Wii ni, badan rasa ringan sikit. Nak buat kerja pun kurang rasa semput. Mak nye siap sodok salji depan rumah semalam. Sebelum ni kaut 4-5 kali, aku dah surrender. Tapi kali ini, tidak lagi!
Selain beriadah, semalam juga adalah hari laundry. Sepanjang hari duk dengar mesin basuh & dryer saje. Cik Abe pulak sibuk di dapur masak pot roast dia. Kalau tang daging ni memang dia rajin masak. Dah tau bakat memasak bini dia nan ado saje kan. Lagipun pot roast ni makanan orang sini kan, confirm la tekak dia lagi terror nak detect kalau-kalau ada benda yang kurang. Harap kat aku, kalau cukup masin tu ok aje. Tekak biawak la orang kata, hahaha...
Sambil-sambil Cik Abe di dapur, cik kak kita seperti biasa sibuk nak turut serta. Memandangkan aku dah penat kutip perencah sana sini, kitorang letak dia atas high chair. Pastu kami buat eksperimen, tengok dia reti tak nak pakai sudu. Selama ni kan semua benda dia masuk mulut, jadi kami nak tengok la kalau-kalau dia reti makan sendiri. Kalau dah tau camne nak pakai sudu, lepas ni boleh kasi dia makan sendiri. Kurang satu kerja.
Korang agak-agak Cik Aiyu reti tak???
?
?
?
?
?
?
?
Eh, anak ku, mesti lah retiiiiiii... Lebih dari reti weh!

Tangan kiri? Tangan kanan? Dua-dua boleh!
Iye, memang dia reti sudu masuk ke mulut. Tapi sudu aje lah masuk ke mulut, avokado masuk lubang idong. Dan juga menyalut kerusi, meja, pakaian dan lantai.
Keputusan eksperimen nampaknya gagal. Sebagai side effect, Cik Aiyu dimasukkan ke dalam sinki untuk proses baik pulih, manakala Cik Abe pula terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan di dapur. Tambah lagi laundry aku!
14 comments:
Good try Cik Aiyu lol!
aiseh, cair tengok muka cik aiyu pagi2 nih...
takpa cik Aiyu! teruskan sampai berjaya makanan masuk mulut! kehkehkeh!
bukan saja cik Aiyu, dengan high chair tu sekali kena bagi mandi, haha!
oklaaa tue..... actually, sampai umur 2 tahun lebih pun toksah nak duk harap yang dia akan makan teratur tertib bagai!!! lantai n meja lagi banyak makan.... tue yang kekadang malas nak bagi anak makan sendiri!!!
tapi, bilangan (bilangan ker???) makanan yang akan masuk mulut akan bertambah juga by time....
salam, hahah..nasib bek baju cik aiyu kcik je..shari kotor kan 5 helai bru sama cam satu helai baju parents dia..hahaha...cik aiyu cumel la..x0x0
Va Va Voom,
Cik Aiyu cakap thanksss :D
An15,
Hehehe... dah la sana panas, lagi cepat cair! :P
Dinas,
Bukan mandi lagi, kena samak dah, hahaha
Eila,
Itu la pasal kan, tapi takpe, pelan2 kayuh :P
Cik Chinta,
Baju dia kami asing, basuh pakai sabun lembut sket. Family banyak sensitive skin, takut!
hi narif, thanks for droppin by tanya khabar.. masih di kl tak ke mana pun, cuma kena fenin2 gitu, tu yang senyap jap.. lembik lemau satu badan.. huhu.. kiss cik aiyu skit..
Memang bagus let baby suap sendiri tp for me yg leceh keja-keja pembersihan after that. Oleh itu i lebih rela suapkan anak-anak makan sampai diorang besar sikit hihi....
Pandai nyer..cik aiyu.. mmg ada gaya tersendiri... suke tenguk dia pandang kamera comey nyerr...
cer mintak cik Abe awak recipe pot roast.. tetiba lak terliur bile baca entry ni, hehehe
kena bwa bertendang je le klau masuk bab2 membaik pulih n pembersihan tu ye..
hihi..x pe lama2 teror le
pic yg last tu cik Aiyu mst tgh ckp, 'mummy look at me, see i finished up everything, u proud of me right??? kekeke~~~ comey jek cik Aiyu ^_^
huarghhhhh...tak kesahla aiyu....yg penting..reti menggayakan camner nk gune sudu kan....
gud job aiyu..
=)
Lady,
Alahai, so sorry to hear bout it. Get well soon dear!
Unaizah,
Hahaha, itu aje lah sekali I kasi kot. Lepas ni suap! Tapi kalau dia makan buah pun, melekit satu rumah!
Nur Ede,
Thanks dear :)
DeLancrettLurpak,
Tadi tanya, Cik Abe kata semalam tu rib roast. Dia kata over his dead body, hahaha.. Nanti kita curik k
Fara,
Nasib baik high chair bangsa lap sekali dah bersih. Kalau jenis kain memang bercinta la nak cuci kan
Himawari,
Itu muka mintak lagi, hihih.. mintak nak buat sepah!
Bonda Dadif,
Thanks :) Tapi dua-dua belah sudu gak dia guna, hahaha
Post a Comment