Sunday, March 27, 2011

Hasil tangan anak dara saya

Ingat tak, hari tu kan aku ada cerita pasal kitorang cuba latih Cik Aiyu tido sendiri? Kalau ada yang tertanya-tanya tentang hasil usaha itu.....

Hasilnya 'like this!' 

Alhamdulillah sekarang dia dah boleh tido sendiri. Kiranya waktu kita letak dia atas tilam, dia masih jaga lagi. Menangis tu tetap ada, tapi dah kurang. Dalam seminit dua je dia nangis, lepas tu selalu dah senyap. Tapi yang kelakar, posisi dia tido. Bila kami check lepas tu, macam-macam aksi dia buat. Macam malam tadi, dia tido ala sujud sahwi. Malam sebelum tu tido separa duduk, kepala sandar kat bantal peluk. Hehehe... kesian pulak tengok. 

Tapi yang penting, dia kurang jaga malam sekarang. Kalau dulu hampir tiap jam dia bangun, sekarang ni max dia bangun 3 kali. Selalu dia bangun sekali pukul 3 ke 4 pagi, pastu kul 7 lebih kang dia jaga. Kira ok lah kan, bagi baby menyusu badan.

Yang tak eloknya mak Cik Aiyu. Anak dah tido, mak kekonon nak 'me time'. Kekadang tak sedar diri, pukul 2 pagi baru nak tido. Siapa gak yang kena jaga awal pagi karang? Awak jugakk... Anak terjaga pukul 7 pagi tu, dia terus nak main kat bawah. Jadi mak nya selalu layan kan aje lah walau mata masih mengantuk. 

Selalu lepas pastikan semua kawasan adalah selamat, aku akan curi-curi lelap mata jugak. Macam ada sekali tu, sampai 40 minit tertido, Cik Aiyu main sesorang. Baik dia, tak kacau. Aku tak lah risau sangat pasal semua plug dan heater memang tersorok. Iye, kalau tak sorok dah tentu situ yang dia tuju dulu. Pagar keselamatan pun ada di dapur ngan tangga. Kalau tak, memang tak dapekk...

Tapi ada sekali tu, aku terjaga dengan flash camera. Rupanya ada orang tu dah reti nak on camera. Kamera aku Sony jenis yang kena slide depan tu untuk tangkap gambar. Selalu dia tak reti, skang ni dah maju setapak.

Nak tengok hasil camwhore Cik Aiyu?






objek ni tak dapat dikesan asal usulnya


yang ni aku syak kepala dia belah kiri atas tu 


objek disyaki ialah pakaian Cik Aiyu


getting better....


yang ni not bad la kan? berseni gak anak aku, hahaha...

P/S: Sejak dua hari lalu, Cik Aiyu dah boleh berdiri sendiri. Memula ingatkan disebabkan momentum, tapi tadi dia berdiri beberapa kali dari duduk. Cuma tak lama la, dalam 3-10 saat aje :)



16 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

ok ah tuh...pandai gak dia snap2....

=)

caiyok la cik aiyu..sile berusahe lagi....

Anonymous said... BALAS

Huda
Kira advance jugalah bakal menantu ai ni. Boleh guna kamera pd umur 8 tahun.Dah nak berjalan pd umur 8 bln. Lepas ni siaplah mak dia. Terkejo-kejo le yong nanti

Anak perempuan ai dulu pelik sikit, boleh jalan pada umur 7 bulan. Umur 8-9 dah berlari. Tapi bercakap lambat beno. Cuma yg ai perasan bila besar dia ni boleh jadi school runner. Maknanya motor skill dia mantap gitu. Sesekali masih ada ketidakyakinan dirinya yg ai kesan tapi ai buat tak tahu je. Overall she is inteligent but late bloomer. Tapi ai syukur sangat-sangat. Today, she just turn sweet 17(28-3)

Tukor chanel jab eh.
Semalam, rabak duit ai membeli hadiah untuk si Sweet 17 ni. Yg best tu, siMamat French nak beri hadiah brown lip gloss kat kakak dia, tak ada duit,jadi mama dia yg belikan. Hampeh!

Be-banyak colours, dia pilih brown serupa cam warna lip kakak dia. Listen to this manly dialogue "warna lain tak sesuai dengan Angah ni ma"...ha.ha Lepas kuar GP, dia ketok ai lagi suruh beli buku kat MPH sebelah tu. Grrrrrrrr

Azian

yatt said... BALAS

pandai nyer cik aiyu...

marinahunny said... BALAS

waaah nmpk gaya mak dia kena beli dslr la pasni. anak dh pandai ambik gambo katakan ;)

mama maman said... BALAS

hhhaaa... pandai main kamera dah... :)

Amyz said... BALAS

Uish ada talent la jadi photographer pro nih! Haha! Cayalah Aiyu!

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Cik Aiyu berkata, terima kasih auntie!

Kak Azian,
Wah cepatnya dia jalan! Yang ni tak tau la, mulut sama bising dengan kaki. Kita tengok mana dulu.

Wish Angah Happy Birthday k tuk kita, sweet 17 dah dia. Frenchman kira sweet lah tu, it's the thought that counts ;)

Yatt,
Skang ni takut bila dia main kamera, takut delete gambar! Kamera touch screen, bahaya!

Marina,
Eh eh... mak dia pun takde DSLR. Takleh!

Mama Yana,
Tu belum handphone lagi. Hari tu dia call Fed Ex 20 minit, baru bapak nya sedar, haha

Amyz,
Hehehe.. jadi photographer ke model lagi best? :D

Dinas Aldi said... BALAS

hahaha pandai cik Aiyu ngambik gambor! kena simpan ni, esok dia dah besar tunjuk kat dia, ini gambar yg dia snap, haha!

sri hati said... BALAS

cik aiyu dh pandai snap ye..tolong amekkan gambar auntie ye..autie tgh posing nie:)

fara dean said... BALAS

kecik2 dah pandai ambik gambo..
dah besar bole jadi macam Steve McCurry...

Unaizah said... BALAS

Bila dah jadi mak-mak, me time tersangat la kurang. Pengorbanan seorang ibu!!

ctm.zainal said... BALAS

Hoish..tak sabar tunggu Cik Aiyu ada Facebook.... musti photo album berduyun2 ni... cepatlah membesar Cik Aiyu..

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
Confirm kena simpan, hehehe... Anak pertama, semua pun kenangan, hahaha

Sri Hati,
Kalau auntie posing gedik tepi kolam renang baru Cik Aiyu nak amik gmabar hokayy... :D

Fara,
Hehehe.. lagi elok jadi photographer, dari jadi model tak. Photographer tukang arah, model kena dengar aje, hihihi

Unaizah,
Itu lah kan dear... Panda pun takut tengok mata kita, hihihi

CTM,
Hahaha.. langkah badan bapak dia lah. Cik Abe tak suka sangat FB semua ni, so kena lah mendengar kata :D

DeLancrettLurpak said... BALAS

Kepada Cik Ayu,

sile mintak DSLR dari grandma masa christmas! hehehehe

Madam Sooyaree said... BALAS

DeLancrettLurpak,
Hewah... mintak auntie Lurpak la.. boleh? :D

Amy Z! said... BALAS

Jadi model pun best jugak.. Glemer you... Hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...