Monday, March 28, 2011

How do you wear your hair?

Pendek? Panjang? Paras bahu?

Kerinting? Wavy? Lurus?

Warna hitam? Cokelat? Kuning? Merah? Corak celoreng? Ala bendera Malaysia?

?

?

?

Dilahirkan berambut lurus, selalu aku simpan rambut panjang. Tapi itu lah, dah ada anak ni, lantai tu asyik memanggil rambut. Gugur saje. Banyak pulak tu. Kalau kat PJ confirm mak aku duk sapu hari-hari sambil berkata "ini rambut Sally, ini rambut kau, ini rambut Nisha, ini rambut Helen..." Pakar sungguh kan mak-mak ni, rambut atas lantai boleh kenal. Ala CSI gitu.

Hari tu gatal gi potong ngan highlight rambut. Buruk, padan muka kau. Awal-awal dulu trauma jap.

Akhirnya, sekarang aku dah mula menerima kenyataan.

Kalau dah Melayu bon bon cekelat dan berhidung pesek, takde maknanya kau nak buat rambut kaler-kaler. Tak elok rupanya.

Tapi itulah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kaler rambut, tunggu la kau tiga bulan lagi untuk kaler balik warna hitam.

Ok, korang jangan gelak tau. Ada yang siap nak gelak berjemaah. Kejam kau noks.

Taaaa daaaaaaaaaa.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Iye, gelak la. Mak tak kisah. Cik Abe cakap cam Mexican berangan nak jadi omputeh, hahahaha...

Cakap pasal pesen rambut, sekarang ni rambut Cik Aiyu sudah menjawab panggilan graviti. Takdelah rambut mohawk lagi. Bak kata Danial, rambut mohawk = rambut hensem. Biasalah budak lelaki, kalau rambut terpacak tu bagi diorang hensem le. Pengaruh Korea punya pasal kan...


Ok kan rambut Cik Aiyu skang. Walau berjuntai di depan, tapi dah nampak gegirl la sket. Kalau ikutkan, sekarang ni dia dah 9 bulan. Lahir 29 Jun, 9 pagi waktu Malaysia. Tapi kami di US, tunggu esok la baru wish, hihihi...

Akhir kata, terimalah aksi majalah Mangga dari Cik Aiyu. Golek-golek dengan teddy bear. Bajet comel la tu. Tak kuasa aku.



32 comments:

yusmalisza said... BALAS

lawa lah...sape kata buruk...

Madam Sooyaree said... BALAS

Yusmalisza,
Rasa kelakar lah dear :( Rambut kita yang lama lagi elok, huwaaa

C!kpuanmuda® said... BALAS

i rasa ok je... hawttt!

bonda dadif aka akish said... BALAS

hot mommy!!!

apepon..bior mak mentua cik aiyu wish dulu ya...

hepi ulang bulan ya cik aiyu...

=)

Amyz! said... BALAS

Haha.. Ok je tu.. Xdela sampai cik aiyu pun x cam. Haha.

Ambui aiyu.. Kalo letak gambar camtu kat fb, ramai lelaki nak add ok.. Hahaha..

lemongrass said... BALAS

Ok lah tu highlight dia, cantik apa :-). Takde lah sampai mcm Mexicans berangan jadi Mat Saleh, hehehe.
Amboiiiii Cik Aiyu, kecik2 dah terer posing seksa majalah Mangga. Susah lah Mak Pak kau nanti Cik Aiyu, memang wajib kena beli shotgun, hahahahah

Idy said... BALAS

uikk!! cunlah, *walau gelak skit tadi, siikit je eh!!* hahaha!! tak nampak mcm melayu tau.. :)

cik aiyu tetap comel walaupun tergolek2 ala2 pose majalah mangga.. :)

-iLLa- said... BALAS

ada pung pic mommy cik aiyu...ehehee

Jihan said... BALAS

babe..ok je rambut u..maveles noks.nuff said..lately cik aiyu cam da pandai posing lentuk sane sini ;))

sri hati said... BALAS

mommy..cik aiyu x budget comei tau..memang cik aiyu nie comel hahaha..mommy cik aiyu pn comei gak tambah2 rambut baru:)

Nanak said... BALAS

tantek pun..

hidayah said... BALAS

Chooon pe huda!

Amboi golek manja ngan teddy bear tuhh...shafiq plak kalu suh kiss, monkey dia je lah yg dia kiss...

Pasal tido sendiri, anak mak gak fail lagi...tak larat dh bangun tgh mlm gi angkat dia...trial fail lg la...

an15 said... BALAS

eh, pesen rambut kita sama la. tp i teringin nak try highlight merah2 one day. kena tunggu ada keberanian dulu.

fara dean said... BALAS

Glamer mak!!

Fyda Rahim said... BALAS

cantek rambut tu kak.. xde pon buruknye...
Ya Allah hilang kate2 nk gtaw mmg cik Aiyu tu comel xkisahlah bt adegan pe skli pon..ttp comel momel.gerammmmmmmmmmmmmmmmm... hehe.

Nadia said... BALAS

Lawa apa Huda! Mana ada buruk? I love this new hair of yours - suits you! :))

my everything said... BALAS

eh cantikla!!!!! i suke :)
ala comey sungguh cik aiyu nii tomeyy bombom hehe gerammm

kak ima said... BALAS

Kalau rambut dah diwarna-warni,solat dah tak sah( ke ada dye yg halal selain inai?)sory, itu between u and Allah - none of my business. But sebab sesama islam, i still nak tegur, at least once, the rest is up to you,after all kubur masing2 kan. Kita yg menegur ni pun belum tahu ke mana bila dah sorang2 di alam barzakh...
For those yg memuji tu dan nak ikut buat, fikir2lah sendiri...

AliceKalut said... BALAS

cantiklaaaa huda!! muka cik aiyu mmg ada la iras awak!!! :D tp tang mangga pose tu tak sure ikot mommy ke cik abe awak..hahaha

-ilyannur- said... BALAS

nasib baik rambut pandai panjang balik kan . tp ok apa, xde la buruk pun =)

eeeh cik aiyu makin comellll

Madam Sooyaree said... BALAS

CPM,
I is rasa farney laa

Bonda Dadif,
Aww... pasti Cik Aiyu terharu di wish :D

Amyz,
Kalau amik gambar camtu tu tepi kolam renang, lagi bahaya!

LG,
Tak perlu beli shot gun, Cik Abe dah ada 2-3 lara senapang gajah kat rumah ni ha!

Idy,
Cik Aiyu tengah feeling-feeling dengan teddy bear dia tu :D

Illa,
Kalau nak tengok lebih nanti kena bayar, haha

Jihan,
Lately dia memang suka melentok. Kalau baring-baring pun sat dia lentok kat I, sat gi lentok kat Cik Abe. Manja!

Sri Hati,
Aww.. kembang lah bon bon Cik Aiyu sama mak nya :D

Nanak,
Thanks :)

Hidayah,
Nak kasi dia tido sendiri tu mmg kena rajin sket, hehehe.. Sesuai untuk ibu bapa tidak bekerja

An,
Awak pun rambut pendek ke? Kita dah lama tak pendek gini, rasa lain

Fara,
Mak perasan retis, pakai sunglasses, hehehe

Fyda,
Cik Aiyu aksi manja gitu, hihih.. thanks dear :)

Nadia,
Thanks babe. I just feel funny, I think I am better off rambut lama, nak siput pun senang. Skang asyik kena tarik!

My Everything,
Cik Aiyu tengah layan feeling di pagi hari tu, hihihi

Kak Ima,
Thanks for the thought :)

Alice,
I rasa dia banyak ikut muka I. Except dagu Rosmah tu, tu dapat dari bapak dia, hahaha... Posing tu dapat dari makcik dia kot, hehehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Ilyannur,
Sebenarnya skang ni rasa nak potong betul2 pendek ala Rihanna, hahaha

Anonymous said... BALAS

bajet nak potong rmbut ptg ni tp dok pikir stail apa.ikut stail rmbut u lah..nmpk cute!
comelnye cik aiyu...mcm tengah bgusti ngan beruang tu pun ada...

-yana-

yatt said... BALAS

ni bukan budget comel ni memang btoi2 comellll gerammmmmm

Shue said... BALAS

Your hair looks fine,really.

and you have one super cute and deliciously gorgeous baby in the world! (or at least seantero PJ/KL dan kawasan2 sekitar - kalau ader contest & masuk, sure cik Aiyu pkul abis la kategory baby comel pandai posing)

venusfreedom said... BALAS

cantik apeeeee...sape kata tak cantik..your hair kaler makes your skin tone brighter tau!kira dari belakang sure orang ingat minah salleh:)

DeLancrettLurpak said... BALAS

asalkan confident je babe! hehehehe...

Dinas Aldi said... BALAS

ingatkan teruk tahap mana tapi tak teruk pun, ok ja nampak. mungkin sebab you tak biasa tengok diri sendiri dengan warna rambut gitu, tu yg rasa teruk kot but seriously, okla, tak teruk pun.

ohh cik Aiyu, buat aksi majalah mangga di usia begini sungguh comel tapi besor esok tak bleh lagi okeh, kahkah!

Madam Sooyaree said... BALAS

Yana,
Cute ke I? Hahahaha... thanks! Sebenarnya rambut pendek lagi susah nak jaga, pada I le

Yatt,
Ini bukan cobaan ye, hihih.. thanks!

Shue,
Thanks babe! Cuma I don't think Cik Abe is a big fan of baby contest. Tak dapat nak dipergunakan, hihihi

Venus Freedom,
Thanks babe :) Need some time to adjust. Hoih, takde makne orang ingat mat salleh. Pokok renek ini tak dapat dibendung!

DeLancrettLurpak,
Hehehe.. asal konfiden ok kot kan.. Esok aku nak pakai tank top dengan lemak tersembol, hahaha

Dinas,
Esok dah besar kena tayang kulit sket, baru orang beli majalah, haha

Cik E said... BALAS

okey je rasa..nmpk muda la

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

Nice.

ctm.zainal said... BALAS

ct ingat dahsyat sangat sampai tak dapat mata nak memandang.. yo yo oo je Mama Aiyu ni.. It looks oke what.. Later when warna tu dah turun sikit, surely cantik sangat.. Tapi anda telah pon menghitamkan rambut.. Apekan daya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...