Hari ni Cik Aiyu bangun lambat. Amik kau, pukul 10:15 pagi baru bangun. Selalu paling lambat pun dalam pukul 8 pagi dah terjaga. Heewaahhh... mentang-mentang pagi ni ada appointment untuk 9 month check up. Takut le tu, hehehe *mak nye speku aje*
Tapi mana boleh miss kan appointment dengan doktor. Sini susah sikit nak buat appointment. Dari doktor sampai la ke tukang gunting rambut. Tak dan la kalau nak tiba-tiba nak buat itu ini. Confirm kena tunggu at least sehari dua, baru boleh. Anyway, hari ni Cik Aiyu dijadualkan untuk dapat her 4th Hepatitis B shot. Iye, patut 3 aje kan, tapi Cik Aiyu kena buat 4 kali. Kenapa pulak gitu? Pasalnya dia amik her 3rd shot masa dia 5 bulan. Kat sini kena buat 3rd shot bila baby 6 bulan ke atas. Kalau tak, shot tu tak diambil kira. Nanti waktu nak mula sekolah, akan jadi masalah. Takkan nak hantar private school pulak kan? Manyak cantek! :D Nak tak nak kenalah buat 4 kali. Sian anak mak.
Sampai aje di klinik, ada baby lain tengah menangis. Entah apalah sakitnya, lama sungguh dia menangis. Kesian kat baby tu. Cik Aiyu dengan muka curious, duduk senyap saje. Bunyi tidak, bergerak pun tidak.
* konon-konon habis matured la tu, baca buku sambil menunggu*
Mula-mula dia duduk aje tepi kami. Tapi bila ada budak lain datang, sibuk pulak dia gi dekat ngan budak tu. Boy tu dah besar sikit la, dalam 3-4 tahun kot. Boy tu sibuk main benda kat bawah ni, Cik Aiyu pun sibuk sama. Bila boy tu main dengan mak dia, Cik Aiyu gi tarik-tarik baju boy tu, hahaha... Hamboi kau Aiyu, drop my water face aje tau... Terpaksa lah aku sengih-sengih kerang busuk cakap sorry kat mak budak tu.
Alhamdulillah doktor kata progress Cik Aiyu ok untuk umur dia. Tapi ringan sungguh anakku, baru 7.8kg. Tak sampai double berat waktu lahir lagi! Doktor kata ok, pasal dia still on 25% growth chart. Tak macam masa lahir dulu, 100% you! Carta yang tinggi adalah saiz kepala Cik Aiyu, 90%, hahahaha... Kepala besar harapnya otak pun besarlah, hehehehehe....
*Pesanan pada Watai, cancel la kau nak jadi menantu aku, kepala besar dengan kepala besar tak boleh bersama. Tak elok untuk generasi akan datang :P*
Lepas dapat Hep B shot, Cik Aiyu dapat lolipop dari doktor. Bukan gula-gula, lolipop tu 100% jus buah. Amik kau, tamau lepas dia. Nak pakaikan baju pun susah.
Tapi kan, perkara paling sweet yang berlaku hari ni adalah.....
Kami dapat baby check up free!!!
Kat US medical is quite expensive. Harga lebih kurang private hospital kat Malaysia, tapi dalam USD. Selalunya untuk doctor's consultation, dalam USD100 or so. Tak campur dengan shots lagi. Dalam ratusan USD jugaklah. The good thing is, kalau takde insurans, shots are free. Still, kita kena bayar untuk consultation lah.
Macam sekarang ni Cik Abe tak kerja, jadi memang takde insurance lah kami. So bila nak buat billing tadi, doctor tu cakap "it's ok, it's on me". Kitorang ingat dia main-main, tapi bila kitorang tanya 2-3 kali, she keeps on insisting that it's on her. Kami nak bayar dia tak kasi. Bil pun dia tak buat.
We were rather speechless, and thankful at the same time. Macam karangan waktu sekolah rendah, "cita-cita saya nak jadi doktor kerana ingin menolong orang susah". Semoga doktor itu panjang umur, murah rezeki.
Terima kasih doktor.
17 comments:
waaaahhhh... mana nak dapat lollipop 100% juice eh??? anak aku hantu lollipop! (salahkan laki aku!!!) kalau ada yg juice, ok sikit!!! nasib dia ok nak gosok gigi!!! btw, baiknya dr tue!!! kalau kat malaysia.... harapanlaaa kan??? pernah pergi yg gomen (sbb free), tapi bila dia tengok buku anak aku lain, dia pun malas nak check!!! last2 kena gak opt yg swasta!!! hmmm....
Syukur, Alhamdulillah.
Azian
Happy Belated 9 month Birthday cik Aiyu...hehe...mcamana Nurul, menangis x kena shot? Msti skjp je kan, lps dah dpt lollipop sure suka! :)
Murah rezeki cik Aiyu ya :)
rezeki cik aiyu... alhamdulillah....
alahai baiknyer gigirl nieh ...
Sweetnya Dr. Cik Aiyu..sedih baca entry ni.. :'))
Baiknye doc tu! Sgt2 suka.
Di Australia pula sama mahal mcm dkt US klu nk
Jmpe doc sume..consultation fees yg jumpe skejap lain,jumpa lama lain.
Tapi sini ada Medicare.insurance dr govt.so dpt la bape percent rebate.immunization mmg free x Kira org kaya atau x. So far dari I pregnant smpi bwk Adrian jumpe doctor sume I x kuar 1 sen pun.sume claim dari Medicare. Bdk2 bwh 16thn lagi free jumpe doctor if Ada Medicare.
Tu yg buat rasa bersyukur sgt2 duk sini kadang. Sebab bersalin pun free,if pegi public la.
Eila,
Aku pun nak cari esok, hehehe... Kat klinik tu dalam balang 150 lollipop. Gila kau nak beli banyak tu. Kat Malaysia aku tak pernah cuba gi gomen lagi. Spesis malas menunggu, heheeh
Kak Azian,
Alhamdulillah.. tak sangkakan. Orang selalu bersangka buruk kat Americans. Tapi macam semua bangsa, ada yang elok, ada yang tak
Farah,
Thanks dear! Dia memang tak nangis lama lepas shot selalunya. Masih bayi, kalau dah pandai sket nanti mesti drama lebih, hehe
Mama Yana,
Rezeki kan, alhamdulillah :)
Nurul Diana,
Hari ni dia good mood. Semalam, masya allah!
Alice,
Itulah, baik sungguh kan. Kitorang nak bayar pun dia tak kasi. Rasa serba salah pun ada
Farah,
Wah bestnya sana! Sini nak bersalin I dengar from USD7k to 20k. Sini takde private ke gomen, semua sama mahal, hahaha
sebab cik aiyu comel sgt la tu.hihihi
alolooo.. comeinya baby.... :)
Cik Nani,
Bapaknya cakap camtu, hahaha...
Bunga,
Thanks dear! Enjoy bunga sakura ;)
kepala aku kecik la.tapi kalau kau cakap besar pon ok apa,mmg kitorang meant to be hehe
Wah baik sungguh Dr tu kan..bertuah sungguh cik aiyu kita :)
rezeki cik aiyu...
comei cute miut sgt..
(^_^)
ci aiyu x banyak ragam ke lepas kena shot Hep B ?
Niza
mesti ko suruh anak ko senyum lebih ni kann? cer ajar macamana ko train cik Aiyu senyum ni.. hehehe
Cutenya dia tidur.
Watai,
Iye la tu, baik kau check balik baby book kau
Va Va Voom,
Rezeki Cik Aiyu. Baik kan doktor tu, terharu I tau
Niza,
Thanks dear. Dia jerit dalam 30 secs, lepas umpan dengan lollipop terus senyap
Lurpak,
Biasa aaa.. nak train kena dari kecik beb
SJB,
Thanks dear!
Post a Comment