Hari ni Cik Aiyu 9 bulan. Hip hip hooray!
Alhamdulillah, kadang-kadang macam tak percaya yang aku ni ada anak. Memang bersyukur sangat, I really love being a mother :)
Dan 9 bulan ni, alhamdulillah Cik Aiyu begitu senang dijaga. Setakat menangis nak attention tu biasa lah kan, nama pun bayi. Dia terjaga tengah malam nak susu pun tak kisah sangat. Yang aku bersyukur sangat, pasal dia sihat walafiat sepanjang 9 bulan ni. Sangat-sangat bersyukur ok. Aku tengok kekawan yang anak sakit, rasa kesian sangat. Kalau kena kat batang hidung sendiri nanti, macam manalah kan :(
Anyway, perkembangan baru Cik Aiyu sempena 9 bulan ni adalah:-
- Dah boleh berdiri sendiri. Tapi itulah, dalam beberapa saat aje
- Pandai main peek-a-boo dah. Kali ni dia yang sorok muka belakang selimut, pastu cak cak kan kita. Sekali mula, memang 20 minit la kau main cak-cak tu, hehehe
- Selera makan pun dah makin besar. Purata dia makan dalam 30g sekali, 3 kali sehari
- Sudah terror jengket kaki. Maka semua benda haruslah diletak di tengah. Kalau letak kat bucu, confirm dia tarik
- Sudah kena tido sendiri, hihihi.. Maximum pukul 11 malam, lepas tu kena paksa masuk tido. Sorry baby!
- Rambut sudah menjawab panggilan graviti, hahaha. Takde lagi minah pacak
Hari ni cuba nak amik gambar dia, tapi dia tak layan. Boring kot, selalu jadi model tak berbayar.
Suruh posing malas. Kasi muka mengantuk.
Oooo.. tanak dengar cakap ye. Amik kau, mak buli letak seluar atas kepala.
Esok dengar cakap tau.
24 comments:
skali lagi mau wish...
hepi ulang bulan aiyu....
=)
sile dgr kate..kang abes mak awk buli awk nnti..
=D
sekejap jer kan, anak-anak kita nie membesar???? nanti rindu jer bila waktu diorang baby... :(
hua..hua... emaknyer kaki buli..:p
btl2..pasal kesihatan anak tu, mmg sgt2 bersyukur..kejap btl masa blalu ni weh!
kejis ok mendera anak dengan meletakkan seluar di atas pale..
tp sangat chomelness
comelnya aiyu.. semoga baby terus membesar dgn sihat..
Happy 9 bulan wahai Cik Aiyu.
Mak tak berniat kejam, saja nak perhatian anak kan. Mak memang special.
Azian
hepi 9th month cik aiyu...
chomeiii sungguh bila kena buli ngn maknya hihihi
Happy 9 months, Cik Aiyu! Hehe...my son's hair masih gagah melawan graviti. haha..
haiyooo....manyak cute la ini budak. Nak amik no cop jd menantu buleh?
:)
Bonda Dadif,
Thanks bonda! Eh, auntie!
Eila,
Itu lah, kejap aje. Bersyukur jadi tai tai, tengok anak membesar depan mata :)
MyRule,
Kalau tak buli anak, nak buli siapa kan. Buli anak orang kang habis dirembat mak orang
Nanak,
Dengar anak orang sakit, rasa kesian sangat kan. Itulah Fredo nak dekat setahun la kan?
Dark Angel,
Nasib baik seluar, kalau spender? Hehehe
Hanis Azla,
Thanks dear, really appreciate it :)
Kak Azian,
Selalu dia tarik2 rambut kita kan, nak balas tak boleh. So kita kasi dia annoying lak, hahaha.. Thanks!
Helena,
Thanks dear!
Isabel,
Hehehe.. takpe, nanti panjang sket pasti dia jawab panggilan graviti. Tak pun buat dreadlock, haha
An,
Amboi.. sudah ada calon ke? Teringin rasa nasi minyak Ostolia!
happy 9 months cik Aiyu.. =)
hehe kesiannya kene buli ngn mak sendiri..
happy 9 mos cik aiyu.. kejap aje anak2x kite nie dah besar kan? lagi 3 bln diorg dah nak masuk setahun..isk, teruja jap mama dia nie nak wat birthday party...hihi
maaaakkk! sampai hati mak letak seluar atas kepala Aiyuuu!
kahkahkah! sabor jalah. selamat berusia 9 bulan cik Aiyu!
cik aiyu posing cmner pn still maintain vogue gitu...sluar kt atas kepala pn leh jdk cm topi..jgn jeles :)
comel sungguh budak mix nie kan. Nnt cik aiyu jd ank yg solehah taw!
sgt cute :) geram me nak cubit2 hehehe
Fyda,
Thanks auntie Fyda!
Iqwa,
Buli anak sendiri berani lah, anak orang tak berani!
Umie,
Anak tak berapa, kita yang lebih nanti time party, hihihi
Dinas,
Seluar tu ok lagi. Letak spender kirai kang, hehe
Sri Hati,
Jadi topi chef dah kan, hihihi.. Thanks dear!
Ikah,
Terima kasih, kami pun berharap gitu lah :)
MZ,
Thanks dear! Takut dia cubit awak balik tak? :D
comei nye cik aiyu...
Besar nanti mesti lagi jelita...
(^_^)
Niza
Mai,
Happy 9th month utk Cik Aiyu. *clap clap clap!*
20 minit main cak-cak? Buleh tahan lama tuh :D
Bila dah besor nanti sure Cik Aiyu jeling jek bila tengok semula gambo-gambo dia time kecik. Ahaks!
Time go so fast kan?.
Niza,
Thanks dear :) Asal sihat walafiat I dah cukup happy :)
Patin,
Thanks! Itulah, dia keep on hiding her face, nak tak nak kenalah layan, heheh
SJB,
True, kejap aje kan.. tau-tau nanti dah sekolah, dah tak nak kat kita
Post a Comment