Thursday, April 28, 2011

Bila Cik Aiyu pulak tak sedar diri...

Hari ni awal-awal pagi lagi aku dah bangun. Cik Abe flight pukul 6 pagi, so haruslah berada di airport dalam jam 5 pagi gitu. Dengan tak basuh muka dan tak tukar baju, aku pun memandu ke airport pagi tadi. Isteri sejati you. Cik Aiyu? Pengsan sewaktu kejadian. Dari kami masukkan dia ke dalam kereta, sampai ke airport, Cik Abe dah confirm dapat boarding pass, drive balik, bawak masuk rumah..... Cik Aiyu tetap pengsan. 

Satu hari ni aku kasi Cik Aiyu 'A' untuk kelakuan. Baik pulak dia hari ni, tak banyak songeh. Tido siang pun lama, dalam 3 jam gitu. Malam ni pun pukul 9 lebih dah layu. Terkebil-kebil dia tunggu aku habis tengok tv, sebelum bacakan dia buku cerita sebelum tido. Lepas letak dalam crib pun, dia nangis kejap aje. By the time aku turun tangga sampai bawah, dia dah senyap.

Mari kita kaji selidik balik, kenapa Cik Aiyu penat begitu???


A. Mak nye tak kasi makan
B. Penat keluar meronggeng
C. Banyak senaman di siang hari
D. Letih dengan kelas vokal


Jawapannya?????

?

?

?

?

?

C & D!!!

Siapa yang berjaya teka.......



Saya ucapkan tahniah :D

Siapa yang jawap A, keji ok. I don't want to friend you.



Kalau hari itu mak nye tak sedar diri melompat pagar persis nangka busuk, hari ni Cik Aiyu pulak yang tak sedar diri...

Amaran: Gambar ini tidak sesuai dilihat oleh bayi lelaki


Cuba korang tengok ruang belakang kotak tu....

Sempit kan???

Tapi ada orang tu tak sedar diri, berkali-kali cuba masuk celah tu. First time tersangkut, aku selamatkan. Lepas-lepas tu, biaq pi lah, pandai kau masuk, pandai la kau keluar. In the end dia berjaya masuk gear reverse, keluar sendiri. Memang nampak bersusah payah. Tapi dia jugak yang seronok, duk ulang alik masuk ruang sempit tu. Sudahnya terpaksa mak kau amik gambar seksi ni untuk tatapan umum, hehehe...

Lepas bangun tido siang, Cik Aiyu berlatih kelas vokal pulak. Kata nak masuk American Idol nanti kan...


Amacam, boleh ganti Kak Ziana tak? :D


15 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

huahuahauhauau.....seksi yaw...

ala...tak bleh nak nengok lak lantunan sore dak aiyu nih...

=)

Erma Azman said... BALAS

hahahahaha...tgk dr gamba header kat atas..esp yang feeling2 rozita chik wan tu..tak sangka suara cik aiyu high pitch..

Super Something said... BALAS

cik aiyu nyanyi dgn nada marah nampak nya!!!!

ANR said... BALAS

cik aiyu comel..mari kita beradu vocal cik aiyu..boleh buat duo..LOL

DeLancrettLurpak said... BALAS

Anak ko ni buleh jadik CIA weyy.. suka benau explore tempat tak logic dek akal,hehehhehe

Dinas Aldi said... BALAS

auww sexy! kahkahkah!

memang berbakat, bukan setakat latihan vokal tapi dengan tarian sekali, lengkap!

Kongkang Malaya said... BALAS

Mai,
Haish.. macam nak gigit-gigit je kat bon bon tu!

SJB aka SUELYN J-B. said... BALAS

So cute hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Jangan kasi anak bujang tengok, auwww

Venus Freedom,
Hahaha.. gambar kat header tu semua vogeh vogeh kan :P

Queen of Random,
Itu dia tengah happy. Cuma suara ala soprano tak jadi, hehe

Aqilah,
Feewiittt... kaki karok ke ni? :P

Lurpak,
Hahaha.. CIA ke NCIS ke, mak rela you... asal halal :D

Dinas,
Kita kena datang dalam pakej, macam Akademi Fantasia :P

Patin,
Oh tidak, nanti menjerit cik Aiyu!

NF said... BALAS

cik aiyu cute okkaayyy....klau dpt dier...rase nk cubit2 je....

ayang said... BALAS

Tu bukan test vokal tu.. Cik aiyu tengah tackle pakwe lalu kat luar tingkap tu.. Mama dia mana tau.. Tektik.. hehehehe

Amyz! said... BALAS

Hahaha. Amboiii. Seksanyaa..

Cik Aiyu. Aunty tak dedahkan gambar ini pd si kentang. Hahaha.

Amyz! said... BALAS

Wahhhhhh... Pitching tinggi tuu. Siap joget2 lagik.

Usaha lagi cik aiyu! Boleh ganti Kak Ziana tu nanti. Haha...

Imparfait Saint said... BALAS

Aj=ku rasa dia tgh nyanyi lagu rock tu. Siap ada low key...pastu ending buat suara nyaring hehe.So cute!

daela said... BALAS

comei la cik aiyu ni..buat untie terus melekat kat blog mama dia...btw, salam ziarah...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...