Wednesday, April 13, 2011

Day 10: Cik Aiyu di taman permainan

Sekarang ni, cuaca di sini dah bertambah baik. More reliable. Senang kalau nak plan keluar ke apa. Rata-rata setiap hari cuaca dalam 10 degC gitu. Cuma yang berbeza adalah kalau hari tu berangin ke tak. Kalau berangin, boleh jadi angin kus-kus. Kalau orang berangin selalu panas, bandar kami kalau berangin jadi dingin gitu.  

Hari Isnin lepas, cuaca naik ke 18 degC. Selalu kat Malaysia mak mesti mengamuk kalau kitorang pasang air cond sampai 18 degC. Tak tau anak kat sini boleh jalan-jalan pakai t-shirt nipis bila 18 degC tu. Cuba korang bayangkan, betapa tebalnya kulit aku skang, hehehe... Persis kulit biawak ya puan-puan dan tuan-tuan. Memandangkan cuaca begitu cantik sekali, aku pun bawaklah Cik Aiyu pusing-pusing taman. Sambil-sambil tu aku cuba lah usha taman permainan kat kawasan rumah kami ni. Manalah tau kalau-kalau dah boleh pakai kan. Sebab sebelum tu macam kotor lagi, ada bekas-bekas salji yang tak cair kat taman tu.

Belum sempat sampai kat taman, dah dengar bunyi budak-budak riuh. Padanlah orang kata, riuh setaman, hehehe... Haku dengan berkobar-kobar terus la lencong ke sana.

Yezzzaaaa... ada budak-budak kat sana! Cik Aiyu senyum toksah cakaplah, sampai ke telinga you. Aku pun tak tau apsal, tapi bila dia nampak budak-budak lain mesti dia suka. Tinggi betul azam nak berkawan dia kan. Aku pun bawak dia datang dekat dengan alat-alat permainan kat taman tu. Kasi dia pegang-pegang, ketuk-ketuk sket. Pastu dia duk tunding-tunding jari kat budak-budak lain. Aku pun bawak dekat, tapi takdelah main bersama pasal diorang tu umur dalam 6-8 tahun gitu.

Lepas sesi orientasi, aku letak dia dalam buaian. 


Hehehe.. macam big girl dah kan. Tapi sayang, kamera tak bawak. Handphone pulak bateri tinggal nyawa-nyawa ikan. Sempat snap beberapa gambar aje.


Terkurung dengan gembira. Kat taman kalau aku tunggu opposite pagar, kau gembira ye. Cuba kalau aku tunggu opposite pagar kat dapur, kau jugak yang menjerit.


Satu lah aku puji, selain daripada takde sampah kat taman tu, tiada juga hasil tangan anak tempatan di alat-alat permainan di situ. Takdenya kau jumpa spray tulis "kot*" atau "pant*** ke ape ke... Ok, mungkin diorang tak paham apakah dua perkataan tadi, tapi memang takde jumpa "fu** you" atau "sh*t". Alat permainan pun semua elok aje, takde yang compang camping. 

Agak-agak bila lah masyarakat kita nak ada kesedaran begitu?


14 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

hhheee... cubit pipi anak dara nih sikit...:)

sana depa ada tmpt utk mempamerkan daya kreativiti mrk... sini apa yg ada.... nak2 yg dok flet atau setingan...

Imparfait Saint said... BALAS

Kat Bukit Jelutong ada budak spray BJ Su** haha. Din bising kat management. nasib baik Sime Darby pandai maintain, cepat2 cat balik. We all suspect kes budak2 dari Subang atau Taman Tun yng Mak Bapak pindah ke BJ. Yelah mak bapak cari ketenangan, anak2 bosan lah Subang & Tmn Tun lagi happening.

nur easy said... BALAS

betul tu.. dari segi y itu, kenapa ya masyarakat kita mcm tu..

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

hmm.. ni la benda yg i envy sgt dgn masyarakat kat luar. bahagia je bawak anak2 pegi taman. sini? taman ader depan rumah, tapi penuh dgn bebudak ponteng skolah melepak la.. penuh sampah la, penuh tulisan bukan2 la.. eeiii.. ni yg aku berkobar2 nak migrate nieh.. (boleh? semata2 taman nak migrate.. hauhuahuah)

Anonymous said... BALAS

happy cik ayu..sonot dpt naik buai..kiss cik aiyu cikit...MUAHHHHHHHHHHHHH...
WAWA PUTRAJAYA

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Boleh aje lahirkan kreativiti di kertas, hehe.. Tapi kan bukan Malaysia aje, kat Europe pun sama. suka sangat spray sana sini!

Jas,
Kalau boring pi la lepak OU ke ape kan. Tapi elok lah Sime Darby, cepat. Kalau developer lain jangan harap sangatlah

Nur,
Tatau la, kadang-kadang kecewa gak kan

Konot,
Taman permainan yang elok jadi tempat selamat untuk main, kita jadi ragu-ragu terus :(

Wawa,
Mestilah happy, dapat keluar rumah, hehehe

Anonymous said... BALAS

Oitt! Hari Ke-10 ko carut pulak... Tapi hati Mak Cik Aiyu gumbira setaman.

Bab vandalism ni..kekadang tak tahulah menular semacam. Jangan berjangkit udah le.

Azian

uNi said... BALAS

yes exactly..mentality kita tak sampai lagi ke tahap dorg kot..kat sana no such thing la vandalism kan? anyhow, cik aiyu nampak manyak syok naik buaian.

lyzaCR7 said... BALAS

pabila cik aiyu sudah mau berkawan n berhappening pabila jumpa kawan2.. itu tandanyaa......mummy n daddy kena la bagi kawan serumah..:P

FAD RMLN said... BALAS

sonoknye cik aiyu main kat playground. wiken ni nak bwk imaan pi playground jugaklah.

Umie said... BALAS

muaz pun suka bile time pi playground.. dah elok letak dia atas kuda yg lompat2x tu tp sibuk tgk anak2x jepun lain yg main..dia duk kaku atas kuda tu..ehehe

kat sini pun playground nye terjaga even dah 20 thn usia playground tu takde pun nak tercabut sana sini & conteng sana sini..tu yg bagusnye kan..;-)

DeLancrettLurpak said... BALAS

kat playground yg paling dkt dgn rumah aku ada banyak graffiti.. tapi aku tak perasan diorg tulis ape.. takut siot lalu kat situuu..

Amyz! said... BALAS

Yeayy!! Lagi 4 hari cik aiyu dpt jumpa daddy.


Seronoknya main kat tmn permainan. Macam dlm hati ada taman gitu. Ahaha.

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Itu contoh aje, hehe.. Itulah, macam kes2 kat paper pun, selalu berjangkit. Hari ni orang potong orang, esok ade orang lain pulak yang buat. Macam-macam

Uni,
At least kat sini takdelah. Bigger city might have, but not as bad in Malaysia. Contoh terdekat pintu bilik air. Banyak giler nombor tipon kita leh collect, hehehe

Kak Lyza,
Lama lagi kot, hehe... Tunggu Aiyu boleh membantu dulu :P

Fadilah,
Bawaklah Imaan ke playground, mesti dia suka ;)

Umie,
Muaz nak permainan budak lain ke? Atau dia nak join sekali? Kelakar kan bila tengok semangat berkawan diorang ni

Lurpak,
Eish, iye ke noks? Aku bayangkan macam ghetto superstar, hehehe.. Tapi Europe memang suka kan grafitti ni. Tengok kat train track, baik di Amsterdam ke Paris ke, semua baik terlukis

Amyz,
Yeay! Tapi semalam tak pergi, angin kuat. Hari ni pun bakal tak pergi lagi kot :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...