Thursday, April 14, 2011

Day 11: Siri jelajah taman permainan

Haaa... kalau orang lain sibuk dengan siri jelajah blog, aku lak sibuk dengan siri jelajah taman permainan, hahaha...

Iye lah, nak jelajah shopping mall tak dapat. Apa kes kalau jelajah tapi tak dapat hasil kan? Baiklah kita jelajah tempat yang tak membabitkan wang ringgit ni. Selain dapat berjimat, dapat juga mengeluarkan peluh, mengerjakan otot dan yang paling penting....

Menggembirakan anak!!!

Lepas balik dari taman permainan tu, aku bercita-cita nak bawak Cik Aiyu ke taman-taman permainan yang lain.  Kebetulan masa gi stesen minyak hari tu, aku ada amik majalah tourism untuk kawasan rumah kami, jadi aku pun carilah taman-taman permainan lain yang lagi happening. Nak bawak gi muzium kang mampuih mengamuk cik kak tu kang. Lagi tragis kalau ada benda yang tak cukup sifat gara-gara anakku, oh tidak!

Taman permainan di Davidson Park ni kira taman permainan paling besar kat sini. Siap ada tennis court, basketball court, food court... Ok, food court tu tipu aje. Tapi ada tempat camping, kot-kot ade yang nak bentang tikar merah putih kotak-kotak sambil bawa bakul berisi roti & jus. Nak amik gambar guling-guling atas rumput pun boleh, takde orang nak marah. Kalau agak-agak anti social, boleh aje pergi perpustakaan kat seberang jalan tu.




Cik Aiyu in action:-





Mainan kat sini banyak yang bersambung, jadi aku biar aje lah Cik Aiyu merangkak atas link tu. Nak dukung aje nanti dia boring pulak kan. Dalam duk merangkak tu, sempat lagi dia tackle anak orang. Boy tu umur nak masuk 2 tahun (mak nye kenalah temu ramah bakal besan kan :P). Cik Aiyu merangkak ke boy tu, pastu duk main-main dengan kasut mamat tu. Kasut boy tu bentuk katak, siap ada mata timbul. Lepas main-main dengan kasut orang tu, Cik Aiyu tarik jaket boy tu, pastu berdiri depan dia. Siap support her weight atas dada mamat tu wa cakap lu. Boy tu duk la tengok anak aku, tapi tak berkata-kata. Berdiri lah diorang 2 orang kejap camtu, aku ngan mak boy tu pakat gelak-gelak aje lah.

Cik Aiyu oh Cik Aiyu...


12 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

ekhem..kecik2 dah tnjuk yg dia straight..aharks eh hooded tu ngam dgn cik aiyu..makin tmbah gebuz..sluar ade heart shape chomel..gerammmmmmmmm

nur easy said... BALAS

bestnya tempat day-out cik aiyu..tambah2 leh jumpa ramai kawan

Cik Nani said... BALAS

semalam mimpi cik aiyu..
hehehe

Anonymous said... BALAS

Bestnya kalau dapat play ground cam ni kat M.sia. Tapi nan ado.

Ishh..Cik Aiyu ngorat ye? Tak salah kalau nak kawan-kawan je. Sebenornya Cik Aiyu tak tahu apa-apa, emak-emak yg kecoh ..ek. Sesekali bersosial apa salahnya mak cik oiii. Dah tu bila ada matahari je boleh buat. Bukan berbayar pun cam Tumbletot tu.

Ada je matahari, Huda bawaklah dia tiap-tiap hari. Budak kalo gembira cepat besar. Selalu pergi anak & mak dapat ramai kawan-kawan. Itulah kaedahnya. Betul tak?

Azian

bonda dadif aka akish said... BALAS

wahh aiyu berpaling tadah ya...ke saje mau cuci2 mate...

ekekek...takpe momma paham..momma pon penah muda jugek..

ekekekek

=)

Hidayahsalleh said... BALAS

amboi cik aiyu pandai mengorat eh!! hehehe!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Anggerik,
Seluar tu kita dah kena masuk stor, masa pakai hari tu kesian dia kena tahan nafas masa nak butang, hahaha..

Nur,
Kita pun senang hati tengok anak nak berkawan. Kalau jenis takut semorang pun susah gak nanti kan

Cik nani,
Wah, iye ke? Mimpi pasal apa dear? Harap2 yang elok lah :)))

Kak Azian,
Cadangnya begitulah, bawak dia keluar sekerap mungkin. Tapi dah dua hari angin kuat, nak amik surat pun boleh rasa sejuk. Ni pun tengah saljan, salji + hujan, huwaaaa

Bonda Dadif,
Berkawan biar seribu, berkasih biar satu, hehehe

Hidayah,
Itu baru intro aje, hehehe

Dinas Aldi said... BALAS

waahhh cik Aiyu acquire skill baru tuh, kehkehkeh!

tapi rasanya cik Aiyu dah pernah mengurat sebelum ni kan? older men plak tu, kehkehkeh!

Cik Nani said... BALAS

mimpi main-main ngan dia kat taman mainan macam day 10 tu ha..hehehe

dia main buaian, tapi buaian yang untuk org besar tu..

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
Sekarang ni member tu dah sedar diri kot, hehehe... Dulu takat lambai2, skang ni dah berani contact approach :P

Cik Nani,
Awww.. sweet lah awak ni. Bila lah kita nak mimpi pulak. Belum sempat mimpi Cik Aiyu dah kejut nak susu, huwaaaa

アヌム ちゃん~~ said... BALAS

comelnyee cik aiyu...

Amyz! said... BALAS

Pandai cik aiyu nak berkawan. Nanti masuk skolah, takde jerit2 nak ikot mak blk. Haha.

Best kan playground kat situ. Bersih. Besar. Puas hati nak main. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...