Friday, April 15, 2011

Proud to be Malaysian :)

Saya anak Malaysia.. Saya anak Malaysiaaa.....

Bangga noks, jadi orang Malaysia. Selain daripada Petronas Twin Tower, kita juga ada....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Plain Malaysian Paratha.

Tapi yang kurang bangga sket, pasal roti canai ni made in Pakistan, hahaha.. 

Mana orang Sungai Buloh ni? (aku pun tak tau apsal, tapi banyak benda kat oversea kalau dari Malaysia, mesti datang dari Sungai Buloh) Ada sesiapa nak cuba eksport plain Malaysian paratha made in Malaysia tak???


Walaupun datang dari Pakistan, rasa dia not bad lah. Nak dapat sebijik macam roti canai di Fariz Maju tak dapek la kan. Mak selalu cakap, yang buat roti canai ni sedap adalah peluh mamak tu. Betul ke? Yang pasti antara orang yang telah terpukau dengan roti canai adalah Cik Abe. Kalau boleh hari-hari nak makan roti canai & teh tarik. Boring aku tau, orang nak makan benda lain gak. Seperti KFC hot & spicy, hehehe...

Cakap pasal roti canai dan kedai mamak, teringat aku kat satu insiden ni. Ada sekali tu Cik Abe gi tapau roti canai, aku tunggu dalam kereta. Balik-balik dia tanya aku, kenapa mamak tu cakap dia 'bagus'. Aku pun pelik bin ajaib lah, takkan la mamak tu ada crush kat Cik Abe pulak kan. Nampak macam straight aje mamak tu. Bila dia explain punya explain, baru aku paham, mamak tu tanya dia nak 'bungkus' ke tak -   

Hahahahahaha... itu la, eksyen lagi nak order dalam Bahasa Melayu. Bila mamak tu keluar pencak silat bahasa dia, habis dah tak paham. Nasib baik ada mamak lain yang spekong sket, jadi tercapailah hajat nak bungkus roti canai.


Mai roti canai + kari ayam berasap. Siapa-siapa ada resipi kuah dhal yang simple + sedap tak? Cik Abe sibuk suruh aku belajar -   -


12 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

alamak..aku bab2 masak fail la..ekekekek

=)

FaznFaz said... BALAS

nanti aku email ko resepi kuah kari + dhal + ayam.... sepatutnya tak pedas sangat, so, anak pun boleh makan....

anyway, kat uk ada jual roti paratha brand kawan, kat sana takde eh????

DeLancrettLurpak said... BALAS

kat UK brand kawan tu ada yg dtg dgn kuah dhal.. senang noks! heheheh

Anonymous said... BALAS

Huda, kita buat matematik jap.

Apakah kebarangkalian rindu pada M.sia atau Cik Abe? Kira cari mode, median, trend analysi, siap graph bagai. Cam mana, boleh carikan... kena buat soul searching nih.

FYI, I tak makan roti canai, tapi capati, roti nan dan tandoori aku belasah sampai tak hengat dunia.Keluara ibu mertua ai kan Pakistan yg jenis rambut merah cam brown,mata cokelat terang tu, jadi ko agak-agak le

Mee too proud to be Malaysian..ngeee

Azian

ICAZIESYIRA said... BALAS

cik aiyu,
orang gemok macam aunty ica ni kalau pegi tumpang umah cik aiyu barang seminggu mesti menangis. Sebab tak dapat makan sambal belacan. hehehe

Umie said... BALAS

yours roti canai made in pakistan.. mine plak, chicken cube jenama knorr tu made in pakistan.. hehe.. asal bole aje la kan...;-)

Mick's Mama said... BALAS

amboi boi boi. Makan tak ajak! Oh no! YOure so mean... tiba2 kempunan nak makan roti canai! tak aci tau!

sri hati said... BALAS

apa lg cepat2 belajar buat kuah dhal..nnti leh ajar kami lak ahaks:)

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Kita seruppaaaaa.... hahah.. hari2 masak benda sama. Sib baik laki tak komplen (belum lagi kot, hihihi)

Eila,
Thanks babe, aku tunggu!!! Brand Kawan tak jumpa lagi lah :(

Lurpak,
Kau ni saje kan nak bakar lineeee....

Kak Azian,
Tandoori??? Sedapnya!!! So dah tau buat tandoori tak ni? Nak menambat hati mentua gitu, hehehe.. Hidung anak2 kak mesti cantik terletak kan!

Auntie Ica,
Memang bakal nangis menghentak kaki pasal mak Cik Aiyu tak makan sambal belacan, hhihihih

Umie,
Nak cari yang halal, mana lagi datangnya, hehehe... Kiub ayam saya made in Egypt :D

Az,
Sana takde paratha segera ke dear? Nak menguli nya susah kan!

Sri Hati,
Dhal nye dah berbulan beli, masaknya nan hado, hihihih

アヌム ちゃん~~ said... BALAS

area sg buloh ada bnyk kilang kot..huhu^^

AmyZ! said... BALAS

Pehh.. Bestnya. Dpt roti canai. Kalo nak lagi umph, tampal telur. Peh! Baru terasa mcm kat mesia betul2. Ahaha.

Zura said... BALAS

Narif..ibu mertuaku pergi ke Minnesota last week..melawat adik ipar kat sana..nak duduk 5 bulan tuuu..katanya jumpa paratha made in Shah Alam lagi..brand kawan ler tu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...