Monday, April 4, 2011

Day 1

Hek eleh, macam dia sorang aje kena tinggal laki kan.

Hahahah.. over tau, tak kuasa aku :P. So kawan-kawan, bersabarlah ye dengan saya sepanjang 2 minggu ni :D

So far so good, Cik Aiyu belum jadi diva lagi. Setakat nak attention tu kira ok lah kan. Kekadang dia main sesorang, kekadang dia nak main-main ngan kita.

Dalam banyak-banyak mainan, aku perasan dia suka yang ada muzik. Contohnya macam iPod jadian dia ni.



Tengok tu, ala-ala iPod kan. Siap dengan round shape button lagi. Cuma iPod tak semeriah ni la, ada caterpillar sebagai tangkai. iPod ni kalau tekan nanti keluar lagu, pastu ada bling bling lampu kat screen. Setiap kali tekan akan tukar lagu. Dulu-dulu Cik Aiyu tak reti guna, dia tak layan sangat. Skang ni lagu tak habis dia dah tukar lagu baru. Pastu badang goyang-goyang ke depan ke belakang macam pergi konsert rock. 

Selain iPod ni, dia suka buku jugak. Kalau dapat buku, nanti dia bebel-bebel sambil jari tunjuk-tunjuk kat binatang dalam buku tu. Feeling-feeling tengah membaca la kot. Yang best nya kekadang bila kita tengah baca kat dia, tangan dia pun sibuk duk tunjuk kat gambar. Comel sangat, ehehehehe...

Pagi tadi masa tengah masak, aku dengar dia duk goyang-goyang gate kat dapur tu. Kitorang beli gate yang detachable, malas nak beli yang skru punya pasal mindset dah ke arah nak pindah rumah. Selalunya dia akan jerit-jerit kat gate tu. Tapi pagi tadi senyap aje...

Tiba-tiba aje nampak dia merangkak masuk dapur. Aik, pelik pulak aku. Tengok-tengok, gate tu dia dah tolak ke tepi. Ada la space sikit untuk dia merangkak. Hebat kau mencilok Cik Aiyu, kalah mat rempit kat Dataran Merdeka. Pastu aku masukkan dia balik ke zon bebas bahaya. Tup tup dia berjaya masuk balik dapur.

Is cannot... is cannot... Tak boleh jadi ni. Terpaksa la aku ubah setting pagar tu. Apa lagi, cik kak kita mula lah menjerit, bila tau trick lama dia dah tak boleh pakai lagi.

Ni dia budak tak puas hati tadi. 



Muahahaha... masam gilos! Nasib la kan... Biar dia menjerit, dari aku yang menjerit nanti.

Sementara nak siapkan masak kat dapur, aku umpan dia dengan ice cream cone. Ice cream nye takde, tu untuk maknye. *siap beli 3 pint lagi ni, hihihih* Cone aje boleh. Sini nak cari Farley's rusk tu susah. Biskut untuk budak-budak semua ada gula la, susu la.. macam untuk budak 2 tahun pulak. MIL yang kasi cadangan kasi Cik Aiyu ice cream cone. Kadar bersepah pun kurang, pasal cone tu tak rapuh sangat.



Bila dah settle masak, kasi Cik Aiyu makan... kami main guling-guling. Skang ni dia memang manja sket, suka terlentok-lentok kat kami. Kekadang salah aim, dia terlentok kat lantai, hehehe.. Nasib baik lantai karpet. Nanti kalau dapat kat lantai kayu ke batu, ada pulak peristiwa air mata kang, hehehe


Anak manja saya :D


22 comments:

ANR said... BALAS

hello cik aiyu comel..geram tgk dia...rase nk gigit² je.hahaha

mama maman aka yana said... BALAS

ala..ala...cumil cik aiyu... aksi last sekali tuh takleh blah la... suka...:)

mcm dah byk eks gigi dia.... nnt start nak gigit org la nnt...hhheee

Amyz! said... BALAS

Insya Allah, you will survive. ;-)hehe

Ambui kecit2 dah ada ipod haa.. Hihi. ;-)

Mudah2an semuanya berjln lancar.. Hehe.

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

anak manja yg sangat cumilllll!!!

Anonymous said... BALAS

Huda

U tak OVER, it is just something to talk about. Takkan ko nak cakap kat neighbour gitukan...Nanti dia org kata ko meroyan. Lepas tu ko nanges lak tak leh terima..double meroyan.

Bila hubby tak ade, mak & cik aiyu saling memerlukan each other ler ye. Hope mother & dother will be bff. Believe me, the bonding within will be very great and beautiful. Anak pompuan lain sikit dgn anak lelaki.

Azian

Poist-en Ivy said... BALAS

Mama Aiyu, video!! video!! demand la ai ni.. Dulu mintak upload gmbr..sekarang mintak video terus.. Later misti ai mintak Mama Aiyu post kan Aiyu ke Malaysia.. Anyways, gmbr hok last tu misti time tgh bahagia yang amat.. Hok lain masam mencuka je..

nur easy said... BALAS

cantik ipodnya..auntie pinjam bole? hehe hope sume baik2 saja ;)

Madam Sooyaree said... BALAS

Anggerik,
Thanks dear :) Tamau la gigit! :D

Mama Yana,
Gigi Aiyu dah 8 batang, semua dah besar-besar dah gigi tu. Gigit orang jarang la, dia tau nanti kena jentik, heheheh

Amy,
iPod USD8 aje, hehehe...

Konot,
Thanks dear :)

Kak Azian,
Aiyu kalau ngan kita dia ok sket, kalau dengan bapak memang mengada, hehehe.. Tadi bonding pergi jalan-jalan pusing taman ;) Tapi malam menjerit masa kita nak check temperature badan, heishh...

CTM,
Hewahhh... bayar lah! Hahahah... nanti2 kita buat video k dear. Skang ni baru pegang kamera dia dah terpa!

AliceKalut said... BALAS

huda, malam2 tidur dia rindu cik Abe x? dia ada meragam tak? alaa siannya..but im sure youguys are gonna hv so much fun togede!! girls powerrr!!! :D

Madam Sooyaree said... BALAS

Alice,
So far takde lah. Tapi baru 2 malam kan. Malam ni awal dia tido, jam 9.45pm dah kong. Selalu kul 10.30pm pun segar lagi. Yeah, girl power!

bonda dadif aka akish said... BALAS

cik aiyu...pinjam gajet bleh...

=)

Anonymous said... BALAS

alahaiiii comel nyer anak manja ko maiiii!!! ohhh my aiyu!!! gerammmmmmmmmmm

pB said... BALAS

salam


comei nyor ......

Yours Truly said... BALAS

wah wah so cute la cik aiyu skrang ni...ehh dulu pun cute gak but now so cheeky la!

Umie said... BALAS

Muaz skrg pun suka nak lentok2x gak..that day dia sesuka hati aje nak melentok..sekali salah lentok..terlentok kat kepala mama dia nie.. mengaum terus mamat tu, hahaha... tido pun dah tak sesopan dulu..sekejap aje dah berpusing tido 180 darjah..conquer tilam kat dia sorg aje..hangin aje mak paknye nie..hehe

Anonymous said... BALAS

AIYU YANG CHOMEL....DUK MOLEK2 NGA MUMMY OK..JGN KASIK MUMMY TENSION YER CHOMEL..=)
WAWA PUTRAJAYA

DeLancrettLurpak said... BALAS

geramnye nengok pipi Cik Aiyu niii...
gerammmm!! sakit jaw aku ketap2 gigi tauuu

Nota Cikgu Anum said... BALAS

bijak la Aiyu ni. harus ikot blah apak die ni :)

Mama Rizqullah said... BALAS

Huds,

Ko dok sorang ke ngan MIL ko??nanti ko balik Mesia aku nak pinjam sat anak ko ek..hehehe...

Dinas Aldi said... BALAS

huih, terer cik Aiyu siap boleh buka pagar tu sendiri.

anak manja yg sangat comel!

sri hati said... BALAS

alahai comelnya cik aiyu lentok..makin manja makin cute..mmmuah

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur,
Boleh aje pinjam iPod ni auntie ;)

Bonda Dadif,
Sewa sehari singgit hokayyy.. :P

Anonymous,
Thanks dear :)

Pb,
Thanks :)

Yours Truly,
Dah besar ni makin cheeky dia... kekadang nak marah pun tak jadi

Umie,
Hahahah... tido memang tak sopan kan diorang ni. Aiyu katil besar, memacam acara dia buat. Bunyi macam bergusti kekadang!

Wawa,
Thanks auntie! Nasib baik Aiyu baik, hehe

Lurpak,
Dari kau gigit pipi anak aku, baik kau gigit donut. Oh, topping kasi cokelat ok

Nota Cikgu Anum,
Eh ehhh.... mak dia tak bijak ke? Hahahah

Maslina,
Aku duk sorang le. MIL 7 hours drive. Ok aje, nanti aku balik roger roger

Dinas,
Pagar tu dia tak bukak, dia tolak ke tepi (kes pagar kecik)

Sri Hati,
Manja bermakna tu, hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...