Monday, April 11, 2011

Day 8: Bila anak dah pandai protes...

Tak tau la kenapa, tapi dua tiga hari ni Cik Aiyu asyik lah nak meronda aje. Agaknya duduk dalam rumah ni boring kot. Kalau tak main, tengok tv. Kadang-kadang exercise panjat tangga. Tak pun selongkar apa yang patut. Iye, sekarang ni memang pantang terletak. Semua pintu atau laci dia nak bukak, pastu keluarkan apa yang ada. Kadang-kadang aku rasa dah macam octopus dah aku ni, sebelah tangan pegang barang, sebelah kaki tahan lemari. Agaknya kalau ada 4 tangan ngan 4 kaki, semua pun akan cover area yang berlainan. Yang tak boleh blah, lepas dah selongkar benda, dia buat bunyi penat. Ewaahh... ada aku suruh ke???

Anyway, semalam tengahari Cik Aiyu tanak tido. Kasi susu pun tak layan. Pastu duk merengek. Lama-lama aku dah buntu, ajak dia pergi kedai. Baru 2 minit duduk dalam kereta, dah tertido. Siap ternganga lagi, syiok punya tido. Aku pun tak jadi gi kedai, pusing-pusing kejap, balik rumah balik. Bila dia bangun, dia merengek lagi. Ok fine, jom pusing-pusing naik stroller pulak. Lagipun semalam cuaca elok, so why not kan.



Stroller Cik Aiyu ni ada 2 pilihan; baby boleh mengadap kita, atau mengadap luar. Dulu waktu dia kecik, kitorang selalu buat dia hadap kami. Tapi dah besar ni, kami selalu buat stroller tu hadap luar. Budak kecik ni curious sikit, suka tengok semua benda. Kalau waktu dia tengah tengok iklan (iye, dia suka tengok iklan), jangan la kau duduk depan dia. Mesti kepala dia duk toleh kiri kanan, cari lubang nak tengok tv tu. 

Masa jalan-jalan semalam, memang dia happy. Siap sengih-sengih setiap kali aku check dia. Bukan apa, suka sangat dia cabut hood atau hat dia. Orang takut dia demam. Duduk la dia pandang kiri kanan sambil ditemani alunan muzik dari ipod nya.


Kitorang jalan dalam 40 minit, sampai ke stesen minyak. Selalu aku akan pit stop, beli air kat situ. Lepas tu akan patah balik. Waktu perjalanan balik semalam, angin punyalah kuat, datang dari arah depan. Aku pun sebagai ibu yang prihatin, tukar la posisi stroller Cik Aiyu. Tanak la muka dia mengadap angin kan. Ada pulak yang muka keras kejung macam pakai botox kang.


Tapi tak lama lepas tu, dia mula merengek. Alahai, apa pulak yang tak kena. Makin lama makin kuat merengek. Aku pun dukung la kejap. Senyap, leka duk tengok bayang-bayang. Dalam beberapa minit lepas tu, aku letak balik dalam stroller. Lenguh weh. Muscle tangan mak nan hado. Of course, dia mula merengek balik. Hmmm.. nasib baik waktu tu aku dapat mentol atas kepala. Aku ubah balik dia ke posisi asal, megadap luar.

Settle, terus tak nangis. Oooo... dah pandai protes ek. Baru 9 bulan dah eksyen tanak tengok muka mak nye dah. Bertuah punya budak.

Waktu nak dekat sampai rumah, aku perasan kepala dia makin lama makin menyembah bumi. Tengok-tengok rupanya budak eksyen tu tengah tido-tido ayam.


Bila sampai rumah, dia dah tertido nyenyak. Malas nak kacau tido lena diulit intan, aku bawak dia masuk dengan stroller sekali, hahaha...


Cabut jaket ngan topi, amik kau... sejam jugak dia tido!



15 comments:

mama maman said... BALAS

hhhaaa.... bijak2.. bawa masuk ngan stroller sekali eks...:)

bonda dadif aka akish said... BALAS

aiyu bahagia dapat kene angin sepoi2 tuh.....

mmg sedap titon...

=)

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Kalau alih nanti terjaga. Nasib tak baik mengamuk!

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Itulah, kalaulah ada orang yang tolak kita sekali, hehehe

Fyda Rahim said... BALAS

hehe... sgt pandai cik Aiyu protes skg ye..kot nk buli mak die kot.. hehe. tomei2 je die tdo2 ayam..gerammmmmmmmmmm..

nur easy said... BALAS

haha mmg budak2 suka betul dibawa bjalan. karang dah penat, panjang la lenanya..

Cik Nani said... BALAS

aiyu kecik-kecik dah nampak bijak
comel jangan cakap la

Galeri Makanan said... BALAS

kat sane da takde salji eh?

cik nk udara segar baru blh tido kot

Imparfait Saint said... BALAS

baca entry ni tiba2 teringin nak duduk stroller jugak (tapi kat cold countrylah) kalau kat malasia siaplah berpeluh

~L.o.L.i.P.o.P~ said... BALAS

saye rase la kan kak..mesti cik aiyu rindu kat papa dia..tp dia xtau nak gtau kat mama dia camne..tu pasal dia protes wat mcm2..huhu..

Anonymous said... BALAS

As long as there is empathy and no communication breakdown, considered healthy family. isn't?

Syukur, Alhamdulillah dia cakap ngan bahasa dia. Ni kenanya muka commmmmmm
lagi susak...erk.

Azian

Va Va Voom said... BALAS

omg bestnya tgk dia tidur...

venusfreedom said... BALAS

ehem ehem..gamba yang last skali tu bukan cik aiyu yang kite tgk..tapi seblah cik aiyu..baikkk nye landing spot..siap letak 2 bijik bantal kaler biru and belang2 uuu..adakah maknye tdo peluk abang bulu coklat itu??muahahahaha..alamak..lari**:p

PatinPasta said... BALAS

Mai,
Muahaha! Dok tergelak baca kerenah Cik Aiyu. So kiut lorr! Nasib baik mak dia ada aura octopus, berjaya cabut habis roda, bawak stroller masuk.. siap alas dengan kusyen tu! Hehe!

Madam Sooyaree said... BALAS

Fyda,
Nak tunjuk konon dah besar le tu, hehehe

Nur,
Kalau bawak budak berjalan, bukan dia aje, kita pun lena sama lepas tu!

Cik Nani,
Thanks dear, aminnnn :)))

Galeri Makanan,
Hari tu turun kejap, tapi patut dah takde dah. Skang ni dah boleh jejalan pakai tshirt, yeahoo!!

Jas,
Kau nak duduk dalam stroller ke, atau nak tolak Maiqel/Zaqrie, hehehehe... Aku last kena tolak atas wheelchair lepas deliver Aiyu, gi dating kat Starbucks, hahaha

Lolipop,
Mungkin la kot, hari2 naik tangga sebut daaa deeee...

Kak Azian,
Alhamdulillah, so far so good :)

Va Va Voom,
Hehehe.. kita pun nak tido sama kan. Tapi time dia tido la kita boleh pakai laptop, kalau tak, nan hado

Venus Freedom,
Abang cekelat tu jangan main-main, itu cinta hati Cik Aiyu. Tak rela ku rampas boipren anak, hehe

Patin,
Nasib baik la stroller tu datang 2 bahagian. Tu yang boleh cabut bawah tu. Kalau tak kita sorong masuk, hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...