Wednesday, April 20, 2011

Kerana getah itu sungguh berharga

Agak-agak sekarang ni kan, berapa agaknya harga getah?

Bukan getah sekerap tu. Yang tu memang mahal kan, dalam RM 7.50 sekilo. Siapa yang single lagi, boleh cuba tekel abang penoreh getah. Gaji mahal ni, dalam RM 8,000 sebulan. Tiap-tiap bulan nak mintak handbag baru pun ok, mesti abang getah takde hal punya.

Tapi hari ni kita nak bincang pasal getah yang ni.


Getah gelang.

Getah yang dapat free bila beli roti canai. Tak pun beli lauk kat kedai. Tak pun bila beli kelapa mesin kat kedai mamak.

Aku tak tau sangat harga getah ni, pasal tak pernah beli pun. Lagi banyak yang dapat free dari nak guna. Jadi mengapa perlu bayar lebih kan? Aku bajet tak la mahal mana getah ni, kalau tak takkan lah mamak suka suki boleh kasi kita dua tiga getah setiap kali bungkus roti canai. Satu untuk roti, satu untuk kual dhal, satu untuk kari, satu untuk sambal... dan harga roti canai tak sampai pun singgit.

Getah gelang ni ada banyak kegunaannya. Selain daripada untuk simpul plastik, kita boleh guna untuk ikat rambut. Kalau kasi kat budak-budak pompuan, kompem diorang buat jadi gelang tangan. Juga sesuai untuk lastik anak jiran yang nakal. Siapa sangka kan, getah gelang yang nampak tak berharga ni, sebenarnya amat berharga.

Sebagai contoh, untuk kegunaan di dapur pada hari ini.

Getah gelang diikat pada dua pintu kabinet berdekatan agar dapur anda lebih mesra bayi. Tapi hanya sesuai kalau pintu kabinet itu mempunyai tombol. Kalau jenis kabinet takde tombol macam kat rumah aku, tak dapek den nak nolong.


Pintu kabinet masih dapat dibuka secara separa, tapi akan tertutup kembali secara automatik. Lagi kuat pintu itu dibuka, lagi kuat pintu itu akan tertutup. Cubaan untuk mengeluarkan barang dari dalam kabinet pasti akan gagal.


Maka seorang bayi yang penuh semangat akan menjadi tidak puas hati, setelah beberapa cubaannya gagal. Selalu kalau di rumah, senapas aje segala isi perut kabinet itu akan terburai keluar.


Makin lama perasaan tidak puas hati itu makin membuak. Mak nye yang tak mau masuk campur duduk tepi aje, tergelak-gelak pada anak. Padan muka kau. 

Mangsa yang teraniaya:-


Ini adalah pengajaran, lenkali jangan gatal tangan main lemari kat dapur k.


26 comments:

Tie HT said... BALAS

sian si comel..
tapi skrg ni harga getah dah turun..kalo naik sekejap, bukan main dicanang kat tv..time penoreh sesak duit dulu..buat dek jer..
hehe..mcm mewakili persatuan pekebun kecil pulak :)

Fatt said... BALAS

kejam la mama dia ni...hahaha..tp kesian pulak tgk cik aiyu nangis..but one day cik aiyu pasti tau trick ni..haha. kat sana sng ek nk cari getah? ms kat nz punya la payah..kalau jumpa tu rasa syukur gile..mcm nak lompat2..walhal getah je. haha :P

bonda dadif aka akish said... BALAS

last skali nanes.....taktik2....same dgn drama king kuh!

tp kan wak...kang beso sket..dia tau cabot getah itu....

kene la cr taktik baru nnti yek..

=)

ANR said... BALAS

nangis sbb tangan dia tersepit ke?syian nye..tsk tsk tsk tp gambar sungguh2 bkak pintu xbleh blah..cute dowh.hahahahaah

AliceKalut said... BALAS

comelnyaaaaaaaaaaa!!!! good idea! Xyah beli childproof barang byk2..hehehe sian cik Aiyu..xpe..cuba lagi ok..hahaha tp ikat je kuat2 huda sampai xleh bukak..takut tersepit jari pulak..huhu

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

sgt kreatif!! hahahha and.. alahai... kesian tgkkan expression cik aiyu tu..tapi tgh2 nanges pun comel lagi.. hahah

shuhada said... BALAS

hehehhe..ibu nakal ye..main2 ngan ayu..sian ayu tak berjaya dengan misinye..hehehhe

nur easy said... BALAS

haha cian aiyu.. napa eh budak2 suka main pintu tmasuk pintu kabinet ni?

lemongrass said... BALAS

hikhikhik....cik aiyu menangis sbb gerammmmmmmmmmm misi menyepah2 tak berjaya.

Anonymous said... BALAS

bagus betul idea...blh praktikkan jugak ni.. :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Tihara,
Hehehe.. takpe, jadi warga getah yang prihatin, ok tu ;)

Fatt,
Kat sini not bad lah cari getah, tapi jenis yang tebal sikit tu. Muahaha.. suka Fatt jumpa getah ye. Kalau tak terpaksa la pakai getah rambut, tak? :P

Bonda Dadif,
Hihih.. sama pulak kan. Oh, iye ke? Kena carik trick baru ni, simpul macam simpul pengangkap :P

Anggerik Berduri,
Tak lah, nangis pasal geram tak dapat bukak pintu kabinet, hihih... Tak nangis pun, menjerit aje lebih!

Alice,
Kalau ikutkan ikat pakai tali lagi elok, tak stretchable kan. Tapi kita pulak yang malas nak bukak tutup kalau nak cari barang dalam almari. Yang ni temporary aje, pasal kat rumah in law

Konot,
Hihih... rasakan dia! :P

Shuhada,
Sekali sekala kena cuba tahap kesabaran anak, hehehe

Nur,
Entah la, budak-budak ni memang suka main benda yang diorang takleh main, hihih

Lemongrass,
Mission impossible jap hari, kalau tak selalunya possible, hihihi...

Aisyuhada,
Kalau nak lagi kemas pakai tali, confirm takleh bukak langsung!

lyzaCR7 said... BALAS

hahahahaha...klakar klakar..
go aiyu go..jgn putus asa..cuba lagi okay...
nurul..percaya la..tak lama lagi.. dia akan pandai bk getah tu okeh.. pengalaman lalu aye..hehehe..

farah said... BALAS

Alololo, cik Aiyu ngamuksss...hehe...once cik Aiyu dah besar sikit pandai tolong kemas almari, baru boleh buka k...kiss2!

ayang said... BALAS

Ala ala...cain nye tengok cik aiyu... punah harapan nak "mengemas hari ni". Apa-apa pun cik aiyu.. usaha tangga kejayaan... cuba lagi.. cuba lagi.. kang mama tak de keje kat umah..hehehehee

Dinas Aldi said... BALAS

adoohhhh tak bleh tahan, gelak besau tengok gaya cik Aiyu pulun nak bukak pintu kabinet tuh!

Anonymous said... BALAS

Kelako pula en3 ari nih. Tahniah kepada nenek Cik Aiyu kerada idea bernas ni.

Geli ati nengok gambar 2 dari bawah dgn cita-cita & semangat berkobar-kobar. Akhirnya.....nanges/ngamok.

Dahlah baju berbelang hitam putin cam nak keluar penjara je. Alolo Cik Aiyu.

Azian

Lee said... BALAS

Hi, you got a great looking kid there.
And re that rubber band, when young I used to collect them....had hundreds too.
You take good pics.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

Amyz! said... BALAS

Ahahaha. Bagus mommy. Getah mmg byk kegunaannya. Tp mcm lebih tebal dr gelang getah kat sini kan? Kalo gelang getah kat sini, tarik 2-3 x dah putus dah. Tak sempat nak ngamuk2. Hahah.

Ada baca kat mana ntah, mmg normal budak2 suka sepahkan brg. Kanak2 yg suka susun brg adlh kanak2 yg ada syndrom autisme. Kalau tak salah la. Kalau salah, minta maaf ye?
Hehehe.

Cik Nani said... BALAS

tengok gambar no2 risau plak kot2 tangan cik aiyu terkepit. hehehe

sampai nanges-nanges dia tu memang fedap sangat la tu. takpe, lain kali cuba lagi ye. hihihi

Wahidah said... BALAS

wai kan lagi suke tkg baby nangis..sbb sleagi tk nangis selagi tu wai lg geram..hahaha..:)

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Lyza,
Hehehe.. muka bersungguh kannn... takpe, lenkali kita cari cara lain :P

Farah,
Kena tunggu dia tak tarik benda merbahaya, baru boleh kasi bukak pintu lemari, hehe

Ayang,
Hehehe.. kasi mak dia ternak lemak lagi ni, hihih

Dinas,
Hehehe.. gaya bersungguh kan :P

Kak Azian,
Hahahah.. baju masuk penjara ek :P Dia tak nangis pun, mengamuk aje lebih. Tapi kejap aje, bila dapat benda baru dah lupa kisah luka lara hati

Uncle Lee,
Thanks uncle! The rubber bands came in different color, I like them too ;) Thanks, take care there uncle!

Amyz,
Getah yang nipis pun ade, tapi since ada yang tebal kita pakai yang tebal lah. Kalau kat Malaysia mak saya pakai dalam 7 getah, baru kenyal gitu, hihihi
Oh ye ke, nanti saya check dengan auntie Ica. Thanks for the info dear!

Cik Nani,
Alhamdulillah tak terkepit. Tapi kalau terkepit pun tak sakit sangat kot, pasal pintu ringan. Dia ngamuk aje, air mata takde, hihiih

Wahidah,
Hahahahaha... kena sorok ni anak bila jumpa Wai... abis nangis dia kang, hehehehe

misha.w said... BALAS

alahaiii..chomel nye cik aiyu nanges muke tak puas ati tuh. geram tgk!

Khayrany Fadzlyny Hussin said... BALAS

sangat sweet ur baby dear. salam kenalan. :)

Syima Syaz said... BALAS

kesiannye cik aiyu...
tgk cik aiyu nangis teringat email- yang budak2 office kasi...video budak japan nangis masa performance untuk tadika dia...nangis, nangis jugak, tapi step hafal beb...takde silap pun...hahahaaha

Madam Sooyaree said... BALAS

Misha,
Menjerit sepenuh hati tu, hehehe.. nasib baik tiada juraian air mata sekali

Khayrany,
Thanks dear, thanks for dropping by too :)))

Syima,
Hahahahah... kelakar kan kalau jadi camtu. Step tetap maintain tu yang mahal :D

Missy CSI said... BALAS

comei nya cik aiyu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...